Cinta Hatiku Sampai Ke Syurga

Thursday, September 30, 2010

DiGi iPhone 4 Life



Aku rasa aku bukan orang yang terakhir membuat entri ke-4 anjuran Digi & Nuffang bagi merebut sebuah iPhone 4 baru.

3 entri sebelum ni telah aku hantar dan entri terakhir lewat aku hantar sebab aku terpaksa mencari beberapa idea yang berbeza dari rakan2 lain.

kali ini aku pertaruhkan gambar aku dekat bawah ni yang mana aku tengah berebut iPhone 4 yang sebenar. tak pasal-pasal iPhone 4 yang manager aku beli ni jadi model rebutan.. hehehe. korang tengok je lah bertapa bersemangatnya aku menarik iPhone 4 tu sebagai tanda yang aku memang nak iPhone 4 ni.. Digi bagilah aku ye..

"klik gambar untuk paparan lebih jelas"

harapan setinggi gunung untuk mendapatkan iPhone 4 ni.. tapi kalau ni bukan rezeki sekurangnya aku dah berusaha untuk mendapatkan iPhone 4 ni.. kepada yang menjadi orang bertuah memilikinya aku ucapkan tahniah.. andai ada jodoh aku dengan iPhone 4 ni .. pasti aku punya..

Tq kepada pihak Nuffnang & Digi..

Sunday, September 26, 2010

DiGi iPhone 4 Real


Kejap je dah masuk hari ke-3 contest Digi iPhone dilancarkan oleh nuffnang dengan kerjasama DiGi.Dah ada tiga tugasan yang kena laksanakan.

Antara entri yang telah aku hantar adalah “DiGi iPhone 4 Me” dan “DiGi iPhone 4 Play” dan untuk hari ke-3 ini aku dikehendaki menyediakan entri bertajuk "DiGi iPhone 4 Real".

Entri kali ini menjurus kepada pelan yang ditawarkan dalam pakej iDiGi untuk pelanggan iPhone 4.

Bagi aku yang sememangnya baru dalam dunia teknologi iPhone 4 ni pasti aku akan memilih pakej plan yang murah dan mampu bayar.

So pakej yang aku semestinya akan ambil jika aku memiliki iPhone 4 ini adalah plan iDiGi 88. Plan iDiGi 88 adalah plan yang paling murah dalam keluarga iDiGi iaitu sebanyak RM58 sebulan.

Jom kita tengok apakah kelebihan plan yang aku suka ni,baca dan fahami,sure kau orang jatuh ati punya dengan plan ni.



Apa kelebihan plan iDiGi 88 ni?

Bayaran bulanan - RM58 (setelah melanggan Auto Billing)
- RM 63 (sebelum melanggan Auto Billing)
- RM 88 Kadar Caj Normal

Percuma - Panggilan suara (200 minit)
- SMS (200)
- MMS (20)
- Internet (1GB)

Kadar setelah tamat penggunaan percuma

- Panggilan suara (15 sen /minit)
- SMS (10 sen / sms)
- MMS (20 sen / mms)
- Internet tiada cas tambahan( kelajuan 128kbps)


Kesimpulannya pakej serendah RM 58 ni amat berbaloi-baloi. Apa tunggu lagi, jom ramai-ramai serbu kedai Digi dan dapatkan plan yang memang akan buat anda semua tersenyum.

DiGi iPhone 4 Play

Hari ini merupakan hari kedua bagi contest Digi iPhone 4 dan kali ini kami diminta membuat sedikit review berkenaan aplikasi-aplikasi yang terdapat didalam iPhone 4.


Untuk makluman di iPhone 4 ni terdapat beribu-ribu aplikasi yang mana sebahagiannya boleh didownload dan yang sedia ada pon sudah banyak di dalam iPhone itu sendiri Untuk iPhone 4 terbaru ini aku mula tertarik dengan satu aplikasi iaitu aplikasi tukaran mata wang asing atau didalam iPhone dikenali sebagai Currency.

Antara ciri-ciri yang menarik pada aplikasi ini ialah ia memaparkan lebih dari 100 mata wang asing luar negara. Maklumat yang kita terima adalah up to date, so x payah susah-susah nak pegi cari kedai money changer nak tengok kadar tukaran mata wang asing atau gi tengok dekat computer @ internet, ini kerana semua kadar tukaran matawang asing telah berada ditelapak tangan anda. ianya memudahkan perjalanan dan percutian kita kalau kita berada diluar negara.

Pasal bahasa lak tak payah nak risau sebab macam-macam bahasa yang di sediakan untuk kemudahan kita semua, antara bahasa yang di sediakan adalah English, Chinese, Danish, Dutch, Finnish, French, German, Italian, Japanese, Korean, Norwegian, Polish, Portuguese, Russian, Spanish, Swedish dan Thai.


Aplikasi kadar tukaran matawang asing yang sentiasa dikemaskini dari masa kesemasa diatas talian

terdapat fungsi calculator untuk mengira jumlah kadar tukaran yang hendak kita buat

Aplikasi ini juga membenarkan kita membuat penambahan matawang negara lain jika tiada di senaraikan didalam aplikasi tersebut


Mudah kan! Memang hebat la Aplikasi Currency ni. So semua kena dapat kan iPhone 4 ni, tak rugi pun kalau kita keluarkan duit beli iPhone 4 ni, aplikasi yang disediakan semuanya memang hebat dan memudahkan penggunanya. Aku memang nak sangat iPhone 4 kerana next year aku dengan ahm nak travel keluar negara so senang kan nanti nak check nilai tukaran semasa matawang asing dinegara tersebut.


Friday, September 24, 2010

DiGi iPhone 4 Me


Fuyooo ... siapa sangka akhirnya Digi berjaya membawa masuk gadget baru keluaran Apple iaitu iPhone 4 .

Selama ini kita berteka teki apa yang dimaksudkan dengan 4 biji apple, seekor kambing dan tarikh 24-9-10 dalam website nuffnang dan akhirnya hari ini terjawap teka-teki tersebut.

Nampaknya tak tido lena la aku selagi tak dapat iPhone 4 ni. Bukan apa sebelum ni aku mengharapkan gadget blackberry tapi tiba keluar iPhone 4 ni aku bertukar fikiran untuk memiliki iPhone 4 pulak.

Sebenarnya dah lama aku idamkan nak tukar hp buruk aku ni, rasanya dah tiba masanya untuk aku tukar terus ke iPhone 4.

Mesti kau orang semua nak tahukan kenapa aku nak sangat iPhone 4 ni, antara sebab-sebabnya adalah kehebatan yang di miliki oleh iPhone 4 ni. Mana tidaknya dengan saiz iPhone 4 adalah lebih slim dari iPhone 3G sebelum ni. Di datangkan lengkap dengan kamera 5 Megapixel dan di pasang dengan flash bagi membuatkan visual dan gambar lebih jelas dan meletup.

So Aku berharap sangatlah kiranya ada rezeki aku iPhone 4 ni menjadi milik ku selamanya. Sekiranya korang berminat untuk mendapatkan iPhone 4 ni secara percuma apa kata layari Digi_Nuffnang sekarang.

Wednesday, September 22, 2010

JANGAN BANGGA

''Jangan Berbangga dengan Calvin Klien & Armani Exchange anda kerana….
 Pakaian Terakhir anda adalah Kain Kafan…& perfume anda adalah kapur barus..
 
'' Jangan Berbangga dengan BMW & Caldina GTfour anda kerana….
  Kenderaan terakhir anda adalah Keranda yang akan diusung
 
'' Jangan Berbangga dengan Banglo dan Condo anda kerana….
  Tempat Peristirehat anda yang terakhir adalah Kubur..
 
'' Jangan Berbangga dengan Kehenseman atau Kecantikan anda kerana…..
  Akhirnya Hanya menjadi santapan si Cacing dan Serangga....
 
 
 
  YA RAHMAN YA RAHIM...AMPUNILAH DOSA KAMI YA ALLAH...

Friday, September 17, 2010

RAYA PERTAMA

kami sekeluarga..

Tahun ni adalah tahun pertama aku beraya sebagai sorg isteri.Kami beraya di Penang tahun pertama ni.Ramai yang tanya aku kenapa raya kat Penang lak,knp x raya kat Johor?kata dorg sepatutnya tahun pertama harus beraya di kampung suami.ada juga yang cakap aku queen control,sbb ahm kena ikut cakap aku untuk balik raya kat penang.untuk makluman semua keputusan nak beraya di mana adalah di buat oleh ahm sendiri.tiada paksaan atau arahan dari aku k.ahm sendiri yang nak balik raya kat Penang,katanya nak rasa suasana beraya di kampung org.So aku ke yang salah????

gemuk kan aku,huhu...

Raya tahun ni meriah dan sangat best sbb kehadiran org baru dalam keluarga aku...dulu ibu aku ada anak 3 org skrg dah ada 4,so bertambah meriah la raya ktorg.Makanan wajib raya pertama adalah laksa.Tiap2 tahun mst ada,kalau x ada aku rasa tak best.Ketupat dan rendang bg aku kalau x ada,aku x rasa apa2 sbbnya aku x minat sgt.Tapi tak ada la sampai tak buat ketupat kan.Adik aku yang perempuan akan buat ketupat daun palas tiap2 tahun.Tahun ni ktorg first time buat ketupat nasi,sbbnya ahm nak makan,yang buat ketupat tu adalah ahm sendiri sbb dia sorg je yang pandai buat,ktorg selalunya beli yang segera je,tak pandai nak anyam.Ahm anyam,aku yang masuk kan berasnya.aku belajar juga nak buat benda alah tu tapi x menjadi,last sx aku pun give up,hehe...Malam raya dah meriah umah aku,sepupu aku dah dtg tido kat sini,siap bakar2 merecun.Bertambah meriah umah aku dekat je dengan masjid,so tadbir raya mmg jelas boleh dengar.Raya pertama just kat umah je sbb sedara mara semua berkumpul kat umah mak aku.Aktiviti raya pertama adalah melayan tetamu sahaja.So mcm mana raya pertama kauorg semua????

PERJALANAN PULANG KE KAMPUNG

tgk la betapa ramainya org,siap bersila lg kat jln raya wktu berbuka

Aku dan ahm gerak balik kampung 8 aribulan malam,.
Lps keja ktorg trs gerak balik kampung.
Tahun ni adalah beraya di Penang,yeahhh.
Ktorg masuk highway kul 7.00mlm.Berhenti berbuka puasa kat RNR Rawang,penuh gila,so ktorg berhenti tepi jln je susur keluar dari RNR tu,berbuka dalam keta je.Suasana sgt la meriah.
First time rasa suasana balik kampung time raya,sblm ni mmg x pernah rasa,sbb nenek aku semua duduk satu kawasan dgn umah aku.Tiap2 thn raya,jln kaki pun blh sampai umah nenek aku.
Memang best gila la,walaupun penat.Kauorg nak tahu kul berapa ktorg sampai penang...
Ktorg sampai kul 4.30 pg,nak tau knp lambat,ada dua sbb yang menyebabkan ktorg sampai lewat,
1) Ahm mengantuk,so 2 kali berhenti tido,2 jam pertama di tapah,dah tu 2 jam lg di sungai perak.
2) Masa kat Tapah keta dah banyak so tak blh bw laju.

Apa pun alhamdullilah kami sampai dengan selamatnya.Risau juga aku time ahm bawa keta,asyik megantuk je.aku kat sebelah pun takut nak terlelap mata.Perjalanan balik kampung aku buat pertama kalinya untuk meyambut hari raya sgt la meriah.

Thursday, September 16, 2010

SESI BERBUKA PUASA DIGI ANGELS

Selamat Hari Raya untuk semua umat islam...aku sebenarnya baru nak update majlis berbuka puasa bersama Digi.Gila lembab kan org lain dah lama update....First aku dapat email pada Ahad,29 ogos, 2010 10:54:11 PM..gila detail la,hehe...so aku trs reply akan join berbuka puasa tu...semangat nak g sbb mmg dah lama teringin nak pg majlis2 nuffnang ni dan bertambah semangat bila ahm pun dapat jemputan sama.Jemputan tu bertarikh:

Date: 2 September 2010 (Thusday)
Time: 6.45 pm

Venue: The Apartment, KLCC

Pada ari kejadian 2 aribulan tu aku dgn ahm rasa macam malas nak pg je sbb fikirkan jem kan...ahm nak amb aku lg,nak patah balik lg...sempat ke???so ktorg pun batalkan hasrat nak pg.tp tb2 bila sampai umah,buka email dapat lak email kedua mengatakan majlis tu di tangguhkan kepada:

Date: 6 September 2010 (Monday)
Time: 6.45 pm

Venue: The Apartment, KLCC

Rasanya mmg kami nak kena g juga ni,sbb tu ditangguhkan,hehe...
Kiranya aku dgn ahm pun jadi la pg isnin tu...mmg sgt la best dan sgt teruja k,dapat jumpa beberapa blogger yang mmg dah lama aku teringin nak jumpa...Masa majlis ni Digi ada pekenal kan beberapa produk terbaru dorg..Salah satunya MIFI,Ahm adalah salah sorg yang bertuah sbb dapat try MIFI ni selama sebulan secara percuma dan dapat buat review untuk produk tu....Digi mmg best la...Selamat la majlis tu di tangguh,kalau x mmg aku dan ahm akan menyesal x pg majlis berbuka puasa tu.Blogger-blogger yang dtg pun semua sporting2..aku je malu2 time tu,sbb baru first time jumpa..Rugi tul sblm2 ni kalau ada apa2 event nuffnang tak join...kalau ada peluang lg lps ni dorg jemput apa2 program aku dgn ahm mmg nak join,sbb mmg sgt la best..x tau la mcm mana nak cakap bestnya,hehe...Apa-apa pun thanks Digi dan Nuffnang sbb sudi jemput ktorg.Kalau kauorg semua nak tgk review yang ahm buat sila tgk kat blog AHM k.Kauorg layan la gambar-gambar kat bawah ni k.

ahm tersenyum riang-MiFi free sebulan

antara blogger yang hadir

Ni la antara blogger yang aku dah lama teringin nak jumpa ceera dan viruspadu

Wednesday, September 8, 2010

RESIDENCES HOTEL

dengan anak buah ahm

Sabtu lps teman ahm keja...
Petangnya ada jemputan berbuka kat residences hotel,ktorg g bersama ahm punya adik & family.
Balik keja trs g shah alam,gerak g bangi guna satu keta je.
Aku dah biasa dengan tempat tu,so tak ada la sesat ke apa kan.
Sampai sana pun lg 15 minit nak berbuka,tapi kira ok la,dari lama2 aku duk menunggu nak berbuka...
Lauk2 dia mmg banyak,semua ktorg amb tapi amb sikit2 je la...
masa nak makan tu agak terganggu sikit la,sbb anak buah ahm buat perangai
Mula2 tu ok je lama2 agaknya dorg dah bosan mula la bt perangai
lps adik ipar ahm dan wife dia hbs makan,dorg trs bawa anak dorg kuar,
aku tgk muka dorg dah tension,nak makan x senang anak buat perangai.
lps dorg kuar ktorg makan dgn senang atinya tanpa gangguan,tapi x blh makan banyak mana pun,perut dh kenyang....
Biasa la kan budak2 kecil,mana nak duduk diam,nak tak nak kena la terima peragai dorg,kesian aku tgk adik ipar aku nak makan pun x senang.
Aku tanya adik ipar aku, kenyang makan tadi,dorg kata kenyang,ok la kan kalau x kenyang tu yg kesian.Lps makan ktorg trs g solat..dah tu trs gerak balik.nak merayap2 pun tak boleh sbb hujan lbt,dah tu budak2 pun dah megantuk.
Balik umah aku dan ahm trs tido sbb penat sgt....happy sbb makan free dan sedap,hehe...
tq kepada adik ipar aku sbb ajak ktorg join jemputan berbuka puasa tu...

Saturday, September 4, 2010

RAMADHAN YANG INDAH

Hai semua,dah lama tak bercerita kat sini,bz la kononnya,hehe...
Diam tak diam kita dah sampai ke penghujung ramadhan kan...
Raya mana tahun ni kauorg semua????
Tahun ni adalah tahun pertama aku berpuasa sebagai seorang isteri,
mmg rasa xcited gila la kan.
Tapi satu msalah bagi aku adalah nak masak waktu bersahur...
pening den nak memikirkannya...Selamat la ahm sorg yang tidak cerewet...
Buat pertama kalinya kena bangun awal,masak..kalau sblm khwn bgn trs sahur je,hehe...
Sepanjang Ramadhan ni aku sempat rasanya dalam 4 kali kot masak untuk berbuka...ari lain x sempat sbb balik keja dah lewat,biasa la kan kl kan jem gila...
tahun ni berbuka puasa aku x suka makan nasi,entah knp rasa mcm tak lalu
aku ras 3 kali je kot aku berbuka makan nasi,yang lain makan benda lain selain nasi.
First aku makan nasi masa 1 Ramadhan,yang lg dua masa balik kampung mentua aku kat johor....sedap makan nasi ambang...dengan sambal durian.
Kauorg lak macam mana?apa yang kauorg suka makan waktu berbuka?????
Tahun ni bagi aku adalah ramadhan yang indah sbb dapat sambut bersama-sama dengan orang yang kita syg....tak sangka dah jadi isteri,hehe...
Apa-apa pun selamat berpuasa...tgl lbh kurang 6 ari kita akan berpuasa....
so jgn tgl puasa,hehe....
Related Posts with Thumbnails