Cinta Hatiku Sampai Ke Syurga

Thursday, March 31, 2011

MISTERI APA PULAK YANG SEDANG MELANDA NI

Salam semua,

Sejak aku belikan en.hubby dengan Digital Kamera.. bukan main seronok lagi dia main petik gambar.. tak kira siang ke malam ke..semua nak dipetiknya.. sebagai contoh gambar klcc dekat bawah ni.. sehari selepas beli Digital Kamera tu terus gi ronda-ronda klcc.. katanya nak ambil gambar.

KLCC Kebanggaan Negara
Tapi yang peliknya semalam seorang sepupu yang berada di Penang mengirim satu gambar yang penuh dengan tanda tanya?.. KENAPA?

Apa yang peliknya gambar yang sepupu aku kirim tu nampak berbeza dengan gambar yang en.hubby pernah ambil sebelum ni.. ini kerana gambar yang sepupu aku kirim tu ada satu simbol pelik diatas menara klcc tu.. Pada awalnya bila aku amat-amati aku sangkakan awan.. tapi kalau awam mana ada boleh kita nampak diwaktu malamkan..

sepupu aku minta aku siasat apa benda ni.. sebab kebetulan opis hubby aku dekat je dengan KLCC ni takut-takut nanti hubby aku kena jangkitan pulak.. huuhu.. takut ni..


Tiba-tiba je aku rasa macam aku meremang je bulu roma tengok lama-lama photo tu.. semacam ada tanda isyarat sesuatu akan berlaku... YaAllah apa akan berlaku ni?

Menguatkan lagi degupan jantung aku bila video ini ku temuai..







Dalam benak fikiran aku tertanya-tanya...

Mungkinkan ini isyarat satu petanda perkara besar akan berlaku... ohhh moga dijauhkan atau hanya kesilapan lanser kamera sahabat yang mengambilnya..  atau simbol dari mahluk asing yang tinggal di planet lain.... masih berteka-teki sampai sekarang aku ni..

Sampaikan nak tidor pon aku masih terbayang-bayang simbol pelik tu.. Tolonglah bantu aku.. rasa-rasa korang apa sebenarnya akan berlaku ni?

** Aku tidak mahu hidup aku diselubungi dengan misteri...

Monday, March 28, 2011

RANDOM GIVEAWAY POLO WALLET BY DARKBATMAN

Tengah jalan-jalan kat blog member-member blogger lain, tiba-tiba terjumpa lak GiveAway yang menarik dari blog darkbatman.

Best juga hadiah ni....Kalau menang nanti ni boleh bagi hadiah b'day En Myvitrd tak lama je lagi ni. Harap-harap boleh la menang ya darkbatman,hehe....


Ni la hadiah untuk pemenang Give Away,menarik kan...

Jom  kita tengok macamana nak join giveaway ini 

1. Buat entri dengan copy tajuk entri kat atas tu ‘’Random GiveAway Polo Wallet by darkbatman’’.

2. Sertakan Gambar Wallet Polo sekali.

3. Tag 3 orang rakan untuk join contest ini (sapa – sapa pun boleh tapi mestilah blogger )

4. Tinggalkan link entri anda kat bawah ruangan komen supaya senang darkbatman nak jejak entri anda semua. 


3 orang rakan yang aku nak tag adalah,jeng-jeng,hehe....

Monday, March 21, 2011

HADIAH

Fuhuuu...tak lama je lagi b'day En Myvitrd yang ke 3_, hehe sila isi sendiri ya....En Myvitrd kata tak boleh bagi tau,rahsia....apa agaknya hadiah nak kasi...kalau tanya sure minta kaw-kaw yang mahal kan, pengsan den nak membelinya....

Teringat lak kat entry Eyriqazz ni, hadiah yang boleh buat suami menitis air mata, bagus juga cadangan hadiahnya, mmg supper best, betul-betul boleh buat suami menitis air mata, malah air mata ku juga menitis sbb duit habis,hehe...

salah satu idaman En Myvitrd, Nokia E7
Ada masa lagi 2 mgg untuk aku fikir nak beli apa, kalau susah sgt sayang belikan kek replika kamera boleh tak syg,hehe...Hadiah untuk orang laki mmg susah nak cari, kalau ada pun yang mahal-mahal gila...Tak boleh habis kan banyak duit untuk hadiah, sbb tahun ni banyak nak pakai duit...kena budget-buget. Ada beberapa projek untuk tahun ni yang perlu diselesaikan, perlukan kos yang banyak...ermmm, pening-pening...sapa yang ada cadangan sila bagi tahu...
Untuk kamera ni, insyallah tengah kumpul kan duit...
Nikon ni insyallah sayang kita kumpul duit sama-sama ya,nanti kita beli k. Tak pun kita minta sponser kat eyriqazz sikit ke dia kan masyukkk...sekarang ni,hehe...

Saturday, March 19, 2011

PAMERAN DINOSAUR (DINOS ALIVE)

Sapa yang dah pernah g tengok pameran dinosaur ni angkat tangan,hehe...sebenarnya aku belum berkesempatan nak pegi sana lagi, ingat nak tgg budak kecik kesayangan kami semua datang dari penang, baru nak pg, tapi dia tak datang la pulak. So insyallah ingat esok kalau rajin nak jalan-jalan pg sana, nak tengok apa yang menarik kat sana.

sapa yang belum pernah pg boleh la pegi tengok...
Harga masuk kesini pun aku tengok murah,tak macam tempat lain yang sangat mahal. Ok la nanti dah pegi, baru aku bercerita panjang lagi k.

Nikon Coolpix S1100pj

Hehe..nak senyum dulu sebelum cerita, bukan apa happy sangat-sangatkan...Dah lama nak bercerita sebenarnya, tapi tangan ni macam malas je nak menaipkan. Lain la En Myvitrd, dia mmg super rajin kalau bab mengupdate blog dia kan...

Sebelum tu nak tayang dulu muka aku yang tak sihat time ni,tapi bila dengar Em Myvitrd kata nak g survey kamera kesukaan aku ni, trs macam sihat,hehe....padahal satu malam tak tido menahan sakit...tapi setelah En Myvitrd belikan kamera ni, terus sihat,hehe..

tgh fikir nak ini atau tgg duit cukup amb DSLR,hehe..

First time tgk kamera ni adalah didalam blog Redmummy terus jatuh hati. Search lak kat web nikon bertambah jatuh cinta,hehe...kalau nak tau ttg kamera ni boleh terus searh kat web nikon.Aku nak cerita kat sini tak pandai la pula,hehe...
4 warna yang menarik hati
Mula-mula ingat nak survey dulu, walaupun sebelum ni dah survey, tapi En Myvitrd kata kita beli je syg, aku tengok je muka suami ku itu, betul ke dia nak beli, bila dia dah keluar kan kad bank dia kira mmg betul la tu, aku apa lagi tersenyum kegembiraan la kan.

tengok tu siap ada projector

Kamera ni kita orang beli kat Time Square, sampai je kat sana terus g kat bilik pameran dia. Kitaorang tanya staf kat situ, kedai dia kat mana?staf dia cakap kalau nak beli, kedai dia kat bawah,so kitaorang pun turun la cari kat bawah. Minta nak tengok kat tokei kedai tu, sambil borak-borak last sekali kita orang terjebak untuk beli, tapi ok la tokei dia tu boleh tolak ansur, bagi harga diskaun semua. Setengah kedai  bagi diskaun sikit sangat.
Ini la warna kamera aku
So ini la warna kamera yang aku pilih dari 4 warna, mula nak beli hijau, tapi kebanyak kan kedai mmg tak ada warna hijau. Kalau nak juga warna hijau kena tunggu stock dulu, jadinya aku pilih la warna asal dia. Apa pun thanks En Myvitrd sbb buat isterimu ni terseyum...mmuahhh...

Saturday, March 12, 2011

IKANO POWER CENTRE

Hai apa khabar semua, lama rasanya tak bercerita disini. Apa aktiviti kauorang semua hari ni???Mesti ada yang g shopping kan...Shopping...sebut je shopping ramai orang tersenyum andai kata yang tersayang bawa g shopping hari ni kan,hehe....kalau tanya aku mmg suka gila shopping, selamat En Myvitrd pun suka juga shopping dan rajin melayan aku...sebut je mana nak pegi ada masa sure dia bawa...kalau tak bawa muka aku sure senyum tak ada manis,kata En Myvitrd...hehe..

Kalau kauorang tengok tajuk atas sure dah tau kan aku nak cerita pasal apa. Baru ni aku ada pegi jalan-jalan kat ikano, saja nak survey satu barang ni, barang apa nanti next entry aku cerita k So masa sampai kat ikano aku pelik bila tgk ada perkataan IPC Shopping Centre kat sana, aku ingat ada pasaraya baru ke. Sambil jalan-jalan tu aku sempat ambil satu pamplet yang diaorang ada letak kat tepi-tepi tangga. Bila aku baca baru aku tau yang ikano dah bertukar nama kepada IPC Shopping Centre.

Lepas ni jangan keliru kalau ada yang sebut nak g shopping kat IPC Shopping Centre, sbb IPC tu adalah nama baru bagi Ikano. Setakat yang aku tengok tak ada apa-apa perubahan yang diaorang buat kecuali nama dia je yang ditukar. So kauorang tak payah la risau ikano tu dah bertukar jadi apa, best ke atau tak, sbb buat masa ni still sama macam ikano juga, tapi tak tau la kalau lps ni ada apa-apa perubahan kan, nanti aku g siasat lagi k,hehe...

Ikano Power Centre
Nama baru mengantikan Ikano - IPC Shopping Centre

Kalau kauorang nak tau maklumat lanjut mengenai nama baru yang telah diberi kepada Ikano sila tengok kat laman web IPC Shopping Centre.
Related Posts with Thumbnails