kami sekeluarga..
Tahun ni adalah tahun pertama aku beraya sebagai sorg isteri.Kami beraya di Penang tahun pertama ni.Ramai yang tanya aku kenapa raya kat Penang lak,knp x raya kat Johor?kata dorg sepatutnya tahun pertama harus beraya di kampung suami.ada juga yang cakap aku queen control,sbb ahm kena ikut cakap aku untuk balik raya kat penang.untuk makluman semua keputusan nak beraya di mana adalah di buat oleh ahm sendiri.tiada paksaan atau arahan dari aku k.ahm sendiri yang nak balik raya kat Penang,katanya nak rasa suasana beraya di kampung org.So aku ke yang salah????
gemuk kan aku,huhu...
Raya tahun ni meriah dan sangat best sbb kehadiran org baru dalam keluarga aku...dulu ibu aku ada anak 3 org skrg dah ada 4,so bertambah meriah la raya ktorg.Makanan wajib raya pertama adalah laksa.Tiap2 tahun mst ada,kalau x ada aku rasa tak best.Ketupat dan rendang bg aku kalau x ada,aku x rasa apa2 sbbnya aku x minat sgt.Tapi tak ada la sampai tak buat ketupat kan.Adik aku yang perempuan akan buat ketupat daun palas tiap2 tahun.Tahun ni ktorg first time buat ketupat nasi,sbbnya ahm nak makan,yang buat ketupat tu adalah ahm sendiri sbb dia sorg je yang pandai buat,ktorg selalunya beli yang segera je,tak pandai nak anyam.Ahm anyam,aku yang masuk kan berasnya.aku belajar juga nak buat benda alah tu tapi x menjadi,last sx aku pun give up,hehe...Malam raya dah meriah umah aku,sepupu aku dah dtg tido kat sini,siap bakar2 merecun.Bertambah meriah umah aku dekat je dengan masjid,so tadbir raya mmg jelas boleh dengar.Raya pertama just kat umah je sbb sedara mara semua berkumpul kat umah mak aku.Aktiviti raya pertama adalah melayan tetamu sahaja.So mcm mana raya pertama kauorg semua????
1 comment:
wah. romantik2.. slmt hari raya. salam kenal..
Bosan? Layarilah www.pengeRindu.com
Post a Comment