Cinta Hatiku Sampai Ke Syurga

Saturday, January 29, 2011

MAYBELLINE SUPERFILM PARTY

Dah hujung-hujung bulan ni baru ada masa nak update blog yang tak seberapa ni, aku nak cerita sikit pasal jemputan daru nuffnang ahad lepas...

 gambar with kak ina & Liyana Jasmay-kredit to kak ina for this pic... 

Kali  ni aku seorang je yang dapat jemputan dari nuffnang, En Myvitrd tak dapat la pulak jemputan, sbbnya ni event untuk girls sahaja. Tak kan ahm nak pakai maskara pulak kan,hehe...

salah satu aktiviti yang diaorang sediakan...
Event ni adalah untuk melancarkan & memperkenalkan Maskara keluaran terbaru Maybelline The Magnum Super Film. Sangat cantik dan mesra pengguna. Bagi penggemar maskara aku syorkan kau orang guna maskara ni, sangat mudah untuk ditanggal, so kauorang tak perlu lg risau susah bila nak tanggalkan maskara.
aksi superhero aku & kak ina..kelakarkan..hehe...
Masa kat event ni macam-macam aktiviti di sediakan, makanan pun sangat sedap. Masa kat sana aku dapat jumpa Redmmumy....sangat teruja k,hehe...kamera lak tak ada, selamat la ada ciklilyputih yang sangat baik ati tolong tangkapkan gambar kita.
Melentik  dan menjadikan mata anda lebih super dari biasa.
24hr Smudge-Proof Magnum Volume.
Rahsia Terungkap
Super Film is Super Because.....
ni la maskara baru yang diaorang lancarkan sangat marvelous k...
Goodies yang kami dapat - kredit to ciklilyputih for this pic..
Apa pun tq Nuffnang & Maybelline sebab sudi jemput saya. Sangat happy dan  terbaik maskara terbaru Maybelline...kalau kau orang tak percaya sila beli da cuba k. Aku dah dapat cuba masa kat event tersebut & dapat bawa balik satu Maskara...best....boleh la tiap-tiap hari pakaiMaskara Maybelline ni..

Wednesday, January 12, 2011

IZAMIR RIDZWAN PENDRIVE GIVEAWAY

Aku telah di tag oleh En Myvitrd oleh yang demikian aku kena tunaikan tanggunjawap yang telah di berikan,hehe...Saja je suka-suka join..bukan apa saja bagi support kat member-member yang buat Giveaway ni. Ok jom tengok apa syarat-syarat yang dah di tetapkan.


1) Mesti jadi follower blog Izamir Ridzwan.

2) Buat entry bertajuk "Izamir Ridzwan Pendrive GiveAway" dan linkkan ke entry ini.

3) Mesti letak poster ini dalam entry dan sidebar (linkkan ke entry ni juga) korang..

4) Tag sekurang-kurangnya 4 orang rakan.Kemudian, masuk blog rakan yang korang tagged tu, dan maklumkan di entry terbaru mereka yang mereka kena tagged dalam entry korang. Jangan lupa kasi link sekali kat mereka. Nanti susah pulak meraka nak cari kan.

5) Akhir sekali tinggalkan URL entry yang korang buat tu kat entri ini.. Itu jer.. 

##Spesifikasi hadiah :
  • Kingston Data Traveler 101 G2 ( IR akan gantikan dengan latest model, kalau keluar baru laa)
  • Berkapasiti 4GB setiap satu
  • 4 Pemenang.. Pemenang akan ditentukan melalui Random.org... Ala-ala macam cabutan bertuah gitu.

Aku nak taglah 4 orang untuk join Giveaway ni, aku minta maaf kalau korang tak suka aku tag-tag ni.

Tuesday, January 11, 2011

iPad 3G

Ni la gadget idaman aku dan En Myvitrd untuk tahun ni. Kami berdua telah berazam akan mengumpul duit sehingga berjaya untuk membelinya, hehe..tapi entah bila la kan...Dah lama teringin nak beli, bila tegok orang pakai. Tapi keinginan tu bertambah-tambah bila sabtu lepas masa kat ikano kita orang g tengok dan pegang sendiri iPad tu. Sangat mengkagum kan.

 Bila kan akan menjadi milik ku.

Nampaknya kami berdua akan bermimpi setiap malam la, selagi tak dapat beli iPad ni. Bila kan mimpi ni akan jadi kenyataan,hehe...Jom tengok apa yang best pasal iPad ni.

 Sangat kagum dengan iPad ni.

iPad adalah sangat ringan, screen multi sentuh yang besar dan sistem operasi yang mudah digunakan. iPad diciptakan dengan kategori tersendiri, tetapi tidak memiliki keyboard, mouse dan kompatibel dengan aplikasi desktop.

Namun iPad unggul dalam membantu pengguna seperti melihat foto, melayari web, email, bermain game, menonton film dan membaca buku atau komik.iPad akan memberikan pengalaman yang sangat menarik kepada pemiliknya. iPad mempunyai sebagian besar dari 185,000 aplikasi yang tersedia untuk iPhone, dan mempunyai lebih banyak aplikasi  lagi  terutama yang memerlukan screen yang lebih besar. iPad juga adalah lebih mesra pengguna. Kalau nak tau lebih detail sila tegok sini iPad.

Warna kesukaan aku, kalau ada merah lagi cantik...

Monday, January 10, 2011

KENCING KOTOR (UTI)

Petang ni aku saja nak kongsi sikit makluman mengenai kencing kotor. Rabu lepas aku baru je terkena kencing kotor, sakitnya, hanya allah saja yang tahu. Masuk ni dah dua kali aku kena. Lepas ni aku kena banyak kan minum air, aku ni memang susah nak minum air kadang-kadang dalam sehari tu segelas je air aku minum.

Jom sama-sama kita baca dan cegah sebelum terkena, kalau dah terkena mari kita berubat. Ok sebelum tu maklumat di bawah  ni aku amb dari blog ubatsihat. 

Saluran kencing merupakan sistem penapisan badan kita untuk membuang segala sisa cecair. Air kencing bergerak dari buah pinggang melalui tiub kecil yang dikenali sebagai ureter ke pundi kencing, di mana air kencing itu disimpan. Air kencing akan keluar dari badan kita melalui saluran uretra.
Jangkitan saluran kencing (UTI) merupakan keradangan saluran kencing. 80% daripada kes-kes ini adalah disebabkan oleh kuman bakteria Escherichia coli (E.Coli)
Bakteria ini boleh menyebabkan:
  • Jangkitan bahagian bawah saluran kencing atau jangkitan pada pundi kencing yang dikenali sebagai sistitis.
  • Jangkitan yang lebih serius ialah di bahagian atas saluran air kencing atau jangkitan pada buah pinggang yang dipanggil pielonefritis.
  • Keradangan uretra atau uretritis.
Kaum wanita adalah lebih mudah mendapat UTI kerana saluran uretra mereka lebih pendek dari lelaki, menjadikan bakteria lebih mudah merebak naik ke sistem saluran kencing. UTI jarang berlaku di kalangan kaum lelaki.
Tanda dan Gejala
  • Kerap terasa hendak membuang air kecil tetapi gagal untuk mengeluarkan air kencing yang banyak.
  • Terasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil.
  • Air kencing mengandungi darah, berkabut atau berbau busuk.
  • Terasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen.
  • Terasa sakit ketika melakukan hubungan seks.
  • Demam dan seram sejuk.

Komplikasi
Jika jangkitan ini tidak dirawat di peringkat awalnya, ia boleh membawa kepada penyakit pielonefritis, apabila bakteria merebak naik ke buah pinggang.

Penyebab dan faktor-faktor penyumbang
  • Penyebab UTI yang paling lazim di kalangan wanita adalah disebabkan oleh tabiat mengelap dari belakang ke depan selepas membuang air besar. Perbuatan yang demikian akan menggalakan bakteria dari dudur atau faraj memasuki uretra.
  • Hubungan seks juga merupakan faktor yang boleh menyumbang kepada UTI, kerana kawasan kemaluan wanita disentuh dengan tangan atau zakar yang kotor.
  • Menggunakan kontraseptif pembunuh sperma atau spemasid.
  • Memasukkan tampon tanpa membasuh tangan terlebih dahulu.
Pengurusan sendiri
  • Mendapatkan nasihat anggota kesihatan jika anda mensyaki dijangkiti UTI.
  • Doktor perlu memeriksa kanak-kanak yang menghidap UTI.
  • Jika anda terasa gejala-gejalanya berlaku, minumlah lebih banyak air supaya anda dapat menyingkir keluar bakteria dari pundi kencing melalui pembuangan air kencing yang kerap.
  • Elak dari mengambil alkohol, kafein, makanan berempah yang boleh mengganggu pundi kencing.
  • Ambillah ubat antibiotik seperti yang telah dinasihatkan oleh doktor. Jika gejala masih berterusan selepas 2-3 hari, berjumpa doktor semula. (anda perlu menghabiskan antibiotik yang diberikan itu).
  • Larutkan 1 sudu teh baking soda ke dalam air dan minum setiap 6 jam sekali untuk menawarkan asid dalam air kencing serta mengurangkan gangguan pada pundi kencing.

Apakah yang boleh doktor lakukan untuk anda?
  • Ambil sampel air kencing dan menjalankan ujian bakteria (Catatan: Jangan mengambil sebarang antibiotik sebelum berjumpa doktor. Jika anda berbuat demikian ia akan menyukarkan diagnosis).
  • Mengecualikan anda dari penyakit-penyakit lain yang mempunyai gejala yang sama seperti diabetes, batu karang, penyakit kelamin dan lain-lain.
  • Memberi antibiotik tertentu.
  • Memeriksa sebab-sebab lain terutamanya bagi pesakit lelaki.

Pencegahan
  • Meminum lebih banyak cecair; sekurang-kurangnya lebih 10 gelas, sehingga air kencing menjadi jernih.
  • Kepada mereka yang mudah mendapati UTI berulangkali, makanlah secawan dadih setiap hari. Dadih mengandungi lactobacillus acidophilus yang dapat membentuk persekitaran berasid dan mencegah pembiakan bakteria yang tidak diperlukan.
  • Buang air kecil jika terasa untuk berbuat demikian. Menahan air kencing dalam pundi kencing mengalakkan pembiakan bakteria.
  • Wanita perlu mengamalkan kebersihan diri yang baik dengan mengelap dari depan ke belakang selepas ke tandas, untuk mengurangkan bakteria merebak dari kawasan dubur ke uretra.
  • Elak dari melakukan aktiviti-aktiviti fisikal terlalu lama yang boleh memburukkan UTI, contohnya berbasikal, menunggang kuda, menunggang motosikal dan mengembara.
  • Memakai pakaian dalam yang diperbuat dari kapas dan pakaian hendakalah longgar. Elakkan pakaian yang ketat dan stokin nilon kerana ia menyerap haba dan kelembapan.
  • Elakkan dari mandian berbuih, sabun wangi, pencuci wanita, deodoran, tampon dan napkin.
  • Buang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan seks.
  • Mandi dengan air pancuran bukan dari dalam kolam mandi.
  • Tukar tuala wanita dan tampon dengan lebih kerap.
Maklumat yang aku dapat dari sumber lain menyatkan jika sakit ini berulang lebih dari 3 kali setahun, sila buat pemeriksaan lebih lanjut, sbb katanya mungkin ada sesuatu yang tak kena.Semoga anda semua sihat-sihat selalu.Tq buat owner blog ubatsihat sbb sudi kongsi maklumat yang sangat bagus ni.

Sunday, January 9, 2011

BADAN KEBAJIKAN KEWANGAN TNB

Aku bukan nak cerita tentang Badan Kebajikan Kewangan TNB, saja je letak tajuk macam tu,hehe...aku nak cerita yang jumaat baru ni aku dapat hadiah b'day dari Badan Kebajikan Kewangan TNB. Best sangat, dah lama ternanti-nanti hadiah ni,hehe...

hadiah b'day dari badan kebajikan Kewangan TNB.

Kenapa aku cakap ternanti-nanti hadiah ni, macam aku tau je dia orang nak bagi hadiah ni kan. Sebenarnya mmg setiap bulan siapa yang menyambut b'day pada bulan tu di bahagian kewangan akan terima hadiah. Semua orang akan terima hadiah yang sama. Setiap tahun akan berubah-rubah hadiah dia. Jadinya aku dah tau la kan hadiahnya, sbb member-member yang lahir sebelum bulan 12 semua dah dapat kan. Sabar je menanti bila turn aku nak dapat lak kan, tgk orang letak atas meja jelous je, hehe...

 
 Bekas pensil yang sangat cantik.

Ini ada lah kali pertama aku dapat hadiah dari Badan Kebajikan Kewangan TNB, sbbnya aku baru je 11 bulan bertukar ke bahagian kewangan. Apa pun terima kasih banyak-banyak atas sumbangan hadiah ni, sangat suka. Harap tahun ni hadiahnya lagi best la kan,hehe...

 
 Jam pun ada.

 
Boleh letak gambar ahm kat sini.

GASTRIK

Pagi ni sementara aku tunggu En Myvitrd habis kan game bowling dia, aku nak kongsi sikit maklumat mengenai penyakit Gastrik. Kenapa aku nak kongsi tentang penyakit ni, sbbnya aku adalah salah seorang yang mempunyai penyakit gastrik, kat luar sana aku rasa tentu ramai juga yang menhadapi masalah yang sama kan.

Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.


Penyebab Gastrik
Perut meliputi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah rusuk. Orang dewasa mempunyai perut sepanjang lebih kurang 25 sentimeter dan boleh mengembang untuk menampung sehingga satu gelen makanan dan minuman.

Tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama sendiri seperti kipas semasa perut kosong. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang. Dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus. Daripada mulut, makanan perlu melalui saliran makanan yang panjang dan berotot yang dinamakan sebagai esofagus sebelum sampai ke perut. Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang menggodak makanan sehingga hancur.

Kelenjar pada dinding perut, dalam masa yang sama, merembeskan jus gastrik termasuk enzim dan asid perut bagi membantu mencernakan makanan. Salah satu asid termasuklah asid hidroklorik yang bersifat kakis dan boleh melarutkan besi. Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menyeimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut.
Punca-punca lain Gastrik:
  • Penggunaan kerap ubat penahan sakit bagi melegakan kesakitan tertentu seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen
  • Pengambilan alkohol yang berlebihan
  • Pengambilan kokain
  • Merokok
  • Stres
  • Gangguan autoimun
  • Penyakit crohn
  • Radiasi dan kemoterapi
  • Makan atau minum bahan-bahan menghakis seperti racun
  • Pengaliran semula hempedu ke dalam perut
  • Rembesan asid gastrik yang berlebihan
  • Jangkitan kuman/parasit, terutamanya di kalangan mereka yang lemah sistem ketahanan badannya
  • Lain-lain masalah perubatan seperti HIV/AIDS, penyakit buah pinggang.

Gastritis Terbahagi Kepada Dua:
  • Akut, apabila keradangan berlaku secara mengejut lazimnya disebabkan oleh gabungan klasik mual dan rasa panas membakar atau ketidakselesaan pada bahagian atas abdomen/hulu hati.
  • Kronik, terjadi secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang, cenderung menyebabkan kesakitan dan rasa terlalu kenyang atau hilang selera makan selepas makan sedikit.

Tip Sepanjang Bulan Puasa
  • Mengambil berat tentang pemakanan semasa bersahur bukan hanya disebabkan oleh masalah gastrik tetapi kerana ia merupakan amalan yang disunatkan
  • Bersahur pada waktu menjelang imsak dan bukannya sebelum tidur
  • Bersederhana semasa berbuka dan tidak mengambil makanan berlebihan kerana ini mungkin menyebabkan sebu hulu hati
  • Mengelakkan makan sepanjang malam dan tidur dalam keadaan perut yang penuh. Keadaan ini hanya membebankan usus yang sepatutnya berehat semasa tidur. Oleh itu, makanlah antara tiga hingga empat jam sebelum tidur.
  • Elakkan tabiat terus tidur sebaik makan sahur kerana ia menimbulkan masalah pada sistem penghadaman.
  • Ada sesetengah individu yang alah pada makanan tertentu seperti cuka dan rempah. Jadi, elakkannya.
  • Begitu juga, elakkan makanan yang berlemak
  • Sesetengah sayuran mengeluarkan banyak gas seperti brokoli, kubis dan kacang soya. Hindari makanan ini.
  • Bersahur dengan makanan dan bukan sekadar minum air supaya dapat mengisi perut yang kosong.
  • Amalkan solat tarawih bagi memudahkan penghadaman makanan.
Maklumat ni aku perolehi dari laman web Pusat Maklumat Rakyat.Semoga maklumat yang aku kongsi bersama kauorang boleh di jadika panduan kita semua bersama.

BOWLING TIME

Hai selamat pagi semua, apa kau orang buat hujung minggu ni. Aku pagi ni temankan En Myvitrd ada tournament bowling, office dia buat. Sejak kahwin ini adalah rutin aku setiap bulan temankan ahm g tournament bowling. Kalau 2 jam tournament dia, dua jam la aku melangut tgk dia orang main.


Tahun lepas agak mengecewakan sebabnya, ahm dah pegi sepuluh kali tournament tu, syarat untuk ke final adalah kena menyertai sekurang-kurangnya 10 kali tournament. Ahm dah penuhi syarat tu, tapi malangnya bila tarikh final tu ahm tak dapat pegi sebab terpaksa keja dan tak ada orang nak ganti dia. Aku pun turut kecewa, tapi tak pa la mungkin tak ada rezeki.

 

Insyallah tahun ni, harap-harap dapat la En Myvitrd bermain sampai ke final. Ni baru perlawanan pertama, masih ada sembilan lagi perlawanan sebelum layak ke final. Ok la kauorang aku nak layan ahm main bowling lak.

Saturday, January 8, 2011

HOBI BARU SUAMI ISTERI

Selamat malam semua. Apa aktiviti kau orang malam ni??? Aktiviti aku petang ni adalah menemankan En Myvitrd keja. Masuk kul 4 ptg, kul 12 mlm baru balik. Apa boleh buat dan tanggunjawap kena la keja, aku sbg teman setia ahm, akan sentiasa temankan dia keja bila time aku cuti,insyallah...

Melalut lak aku ni, sebenarnya aku nak cerita pasal hobi baru aku dan ahm. Dalam hati dah lama nak bela ikan, ingat nak beli aquarium, rancangnya lagi 2 atau 3 bulan baru nak beli. Tapi nak tunggu macam lama lagi kan, so dalam 3 mgg lepas kita orang akhirnya terbeli juga ikan,hehe..Tak rancang pun nak beli, time tu kat bandar baru bangi tunggu my family, so sementara tgg diaorang, kita orang pun singgah la jap kedai ikan, kononya nak tengok-tengok je, tapi akhirnya terbeli juga.
Akuarium pertama kami, kecil je kan..
Buat permulaan kami beli aquarium yang kecil, ikan pun 4 ekor je yang kecil2...beli barang kelengkapan semua sekali dgn ikan ada la dalam RM 50. Seminggu lepas tu ahm ajak g ikano beli ikan bandaraya lak, sbb katanya penat asyik tukar air je, 2 hari je air dah kotor gila.
Nampak tak ikan yang warna hitam tu, itu la ikan bandar raya..
Dua ekor ikan tu lak, ikan baru yang ahm beli setelah 4 ekor ikan lama mati
Dah beli ikan bandaraya pun sama je airnya kotor juga. Masuk minggu ketiga ikan kitaorang sekor demi sekor mati, yang tgl ikan bandaraya je. Ahm sedih je ikan dah tak ada,ahm ke atau aku yang sedih,huhu...

Petang semalam lepas keja terus singgah kedai ikan kat uptown damansara, kitaorang beli 2 ekor ikan baru dan makanan ikan yang baru, sbb orang kedai tu cakap makanan ikan yang menyebabkan air jadi kotor, lagi satu sbb kita orang tak ada penapis air. Mana nak ada nya penapis, aquarium pun kecil, ingat dah beli aquarium besar nanti baru la nak beli penapis air dia kan. Balik rumah ahm tersenyum gembira sbb dah ada ikan baru. Asyik duduk depan aquarium je semalam, ahm kata best tgk ikan tu, apa pun boleh la syg jgn tgk perempuan lain mcm tu dah la, tengok ikan tak apa,hehe...
Ni je hiasan yang aku beli untuk permulaannya, 
yang bestnya ahm beli pokok hidup.
Bangun pagi tadi agak mengejutkan aku, sbbnya ahm pagi-pagi dah ajak pegi ikano, katanya nak cari aquarium besar, biar betul ahm ni, janji hari tu tunggu pindah dulu baru beli aquarium besar, ni tiba-tiba je nak beli. Kul 10 pagi aku dan ahm pun keluar sarapan kat luar dah tu trs pg ikano beli aquarium dan hiasan dalam aquarium. Lepas beli terus gerak balik, dah tak sabar-sabar ahm nak masuk kan ikan dalam aquarium baru. Jenuh la nak pindah nanti nak mengangkat aquarium tu.
Ini la aquarium baru kami..tak besar, tak kecil, 
sedang2, siap dengan penapis air semua
Sangat happy sebenarnya tercapai juga impian nak beli aquarium letak dalam rumah, tapi sangat terkejut bila ahm beli awal dari apa yang di rancang. En Myvitrd ni memang suka buat kejutan, apa pun terima kasih sayang penuhi impian I.

Sunday, January 2, 2011

TERIMA KASIH SAYANG

Entry sblm ni aku ada cerita yang En Myvitrd bawa g dinner kat haven, sempena b'day aku dan ulang tahun perkahwinan kami. Masa tu aku ada publish gambar aku dapat hadiah kan, so hari ni nak cerita sikit hadiah apa yang ahm bagi aku.

Cantikan kotaknya...
 Aku dapat dua hadiah dari ahm. Hadiah pertama adalah satu set Perfume, hadiah kedua set makeup limited edition dari Esteer Lauder. Thanks sgt kat ahm sbb bg hadiah ni, suka sgt.

Ni la hadiahnya...Suka sgt...

Sangat happy tahun ni dapat sambut b'day bersama suami tercinta buat pertama kalinya, sangat teruja juga atas sambutan ulangtahun perkahwinan kami, tak sangka romantik juga En Myvitrd ni,hehe....Terima kasih banyak-banyak sangat sebab buat I happy. Love you...
Beg Makeup Coach yang dah lama menjadi idaman kalbu...
Kalau u all nak tau apa lak hadiah ahm dapat dari aku, sila tanya sendiri dia ya,hehe.. aku bagi hadiah simple je...tak tau nak bagi apa kat dia, kalau tanya dia sure dia nak sport rim baru, atau nak barang-barang keta...pengsan aku nak beli,hehe..Tunggu la isterimu jadi kaya dulu ya sayang, baru boleh belikan benda-benda tu...Ok la jom layan gambar lebih dekat hadiah yang aku dapat...

Limited edition Ester Lauder & Coach
Set Perfume Estee Lauder

Saturday, January 1, 2011

AL-FATIHAH BUAT PELAKON FAIZAL YUSOF

Al-fatihah buat Pelakon Faizal Yusof, berita yang amat mengejutkan. Tengah duduk lepak-lepak kat office En Myvitrd, tiba-tiba ahm bagi tau kata Faizal Yusof bekas suami Siti Noordiana meninggal dunia, macam tak percaya je. Aku cakap biar betul abg, dia kata betul, bab kematian ni mana boleh main-main. Kebetulan ahm ada turun kat tingkat bawah tempat wartawan, dia tanya diaorang betul ke berita yang dia dengar, diaorang kata mmg betul Pelakon Faizal Yusof  Faizal Yusof  meninggal dunia akibat Serangan Jantung.



Dari sumber yang ahm dapat arwah telah meninggal dunia pada jam 2.30 petang tadi akibat serangan jantung dan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pusrawi.

Takziah Buat keluarga arwah, banyakkan bersabar atas ketentuan dari Allah.. Semoga rohnya  ditempatkan di dalam golongan orang-orang yang beriman.. AL-Fatihah..

TAK RETI NAK UCAP TERIMA KASIH KE?????

Manusia ni kadang-kadang berat mulut betul kan nak ucap terima kasih, tapi kalau bab mengutuk orang atau bergosip ringan je mulut. Orang dah tolong kita atau dah bagi kita sesuatu, apa salahnya ringan kan mulut ucapkan terima kasih bukan orang minta kita balas apa2 pun, just dua perkataan je nak kena sebut, tu pun susah ke. Aku dah jumpa banyak orang macam tu, baru-baru ni pun ada jumpa seorang hamba allah ni, tak yah cerita la kat sini kang sentap lak.

Kat sapa aku marah ni???hehe.. tak marah kat sapa pun, marah kat diri sendiri sebab lambat siapkan entry ni. Dah lama nak tulis sebenarnya, asyik bz je kononnya. 

20.12.2010 baru ni adalah ulang tahun kelahiran aku yang ke 2_ , kebetulan jatuh hari isnin, so sambut kat office je  la kan. Tak ada buat majlis apa-apa pun, tapi tak sangka dan terharu sebab kawan-kawan office ingat b'day aku. Dia orang ada bagi hadiah kat aku, hadiahnya bukan berbentuk barang, tapi duit. Alhamdullilah  rezeki tuhan beri. Berapa jumlahnya tak payah la aku sebutkan,hehe...tapi sangat happy.

sampul yang berisi duit hadiah b'day dari memeber-member office

Entry ni aku buat khas nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada yang sudi beri hadiah ni, walaupun aku baru je 10 bulan bertukar ke department tu, baru sangat kenal diaorang. Tapi hubungan dan layanan diaorang kat aku macam dah kenal lama. Kau orang jangan ingat aku baru nak ucap terima kasih lak, masa dapat tu dah ucap dah terima kasih,hehe...tapi ni entry khas untuk ucapan terima kasih untuk member-member office yang super best. Entry ni sebagai antara simpanan kenangan aku sepanjang tahun 2010. Terima kasih banyak kawan-kawan, semoga tuhan murahkan rezeki anda semua, dah tu boleh bagi hadiah kat aku lagi tahun ni,hehe...sayang you all semua....

SELAMAT TINGGAL 2010, SELAMAT DATANG 2011

Selamat pagi semua, mesti ramai lagi yang masih diulit mimpi kan pagi ni..penat katannya smlm g sambut tahun baru kan. Aku dan En Myvitrd masih seperti smlm, bangun awal bersiap-siap ke office, ahm masih lagi kena kerja hari ni, walaupun dalam keadaan yang tidak sihat. Semalam badan dia sangat panas, ajak g klinik agak liat ahm ni, so aku bagi dia makan panadol, selamat la ada panadol kat rumah, kalau tak mau aku paksa juga g klinik.Alhamdullilah pagi ni dah ok sikit demamnya, cuma batuk dan selsema dia tak kurang-kurang, jap lagi mmg nak ajak juga ahm g klinik ambil ubat. 


Tahun 2010 baru saja berlalu semalam meninggal kan kita. Sure semua orang ada kenangan masing-masing kan, tak kira kenangan manis atau pahit. Apa yang dah berlalu biarkan berlalu, yang indah dan baik jadikan kenangan terindah dalam hidup kita, yang pahit dan menyakitkan biarkan ia berlalu, apa yang dah di lalui boleh di jadikan panduan dan pendorang supaya kita menjadi lebih baik pada tahun 2011 dan tahun-tahun akan datang.

Selamat tinggal tahun 2010, penuh dengan kenangan yang menjadikan aku lebih matang dan mengajar aku erti sebuah kehidupan. 

Selamat datang tahun 2011 semoga perjalanan hidup aku tahun ni berjalan dengan lebih baik, bermakna di samping orang-orang yang ku sayangi dan di murahkan rezeki darinya. 
Related Posts with Thumbnails