Cinta Hatiku Sampai Ke Syurga

Saturday, May 15, 2010

KEDAI KAIN ONLINE2U

Mari-mari tengok dan beli,tapi beli apa kan?mst kau org tertanya2 kan.Sebenarnya aku baru je melancarkan kedai maya ...kat kedai ni aku ada jual pelbagai jenis kain dan tudung,yang berkualiti dengan harga yang berpatutan.Kat bawah ni ada contoh2 kainnya,kalau kauorg nak lbh detail tgk kat sini k...http://malarang-kak.blogspot.com/p/kedai-kain-online2u.html


Friday, May 14, 2010

BARANG BARU

ni begnya,cuba teka apa dalamnya...

Apa yang baru??x ada apa just aku baru beli satu benda ni.aku beli dari adik ipar aku...tapi bendanya x lengkap lg,ada 3 semuanya tapi x ada stock yg lg satu tu,so aku amb 2 dulu...walaupun harganya ribu aku nak juga beli,sbb benda ni penting untuk masa depan aku,haha....apa ya benda tu????kau org teka la sendiri aku just letak kan gambar je k,hehe...ahm x boleh teka k,sbb dia sure la tahu kan apa bendanya.

masih dalam bungkusan..

ni dah buka bungkusannya....tapi still ada lg pembalutnya....

Wednesday, May 12, 2010

AHM & LAYANG-LAYANG

layang-layang berterbangan...
bapak mentua dan adik2 ipar aku..

Ari ahad lepas adik ahm dan suami dia gerak balik Johor,ktorg pun gerak balik umah.Kitaorg bukan balik berdua,tapi berlima,sbb ari isnin ktorg ditugaskan untuk hantar adik ahm untuk daftar masuk matrikulasi.so yang follow ktorg balik,bapak mentua aku dan dua org adik kembar ahm...mst kauorg tertanya2 kan berapa banyak la adik ahm kan.Ahm ada 11 adik beradik,ahm adalah yang sulong,so aku ni kakak ipar yang paling berkuasa sx la kan,hahaha...tapi aku kakak ipar yang baik tau x,x caya tanya ahm..ahm baik jawap btl,kalau x balik nanti kena cubit,hehe...ptgnya ktorg bawa dorg mkn kat luar dah tu pusing-pusing KL.
adik ahm tringin sgt nak tgk KLCC dari dekat so ktorg bawa la pusing-pusing.hbs pusing-pusing KL,kitaorg singgah kat kepong tgk org main layang-layang.asalnya nak tgk2 je,tapi aku tgk ahm asyik tgk je org jual layang-layang tu mcm suka je,so aku srh la dia beli sbb dah lama dah dia tringin nak belikan.ktorg hujung mgg rajin juga lepak kat situ kalau x ada apa2 aktiviti.akhirnya dapat juga ahm beli layang2.aku ngan adik2 ipar aku just lepak2 je kat situ smb tgk ahm main layang2.tegelak2 ktorg tegok ahm main.bila ahm dah x nak main layang2 baru kitaorg gerak balik umah.kalau ada masa lapang boleh ktorg g main lg layang-layang sama2 nanti.kat bawah ada gambar ahm tgh main layang2,jom layan....
mana layang-layangnya syg???hehe

tengah naik kan layang-layang...

UMAH ADIK IPAR

x sabar tgg nk potong kek...

rumah sebelah-sebelah je siap blh buka pagar lg tu...

Ari sabtu malam ahad lps selesai ktorg punya urusa,aku dan ahm trs gerak g umah adik ipar aku.tujuan kesana sbb bapak mentua dan adik2 ipar aku dari kampung baru smp.dorg tido 1 mlm kat umah adik ipar aku.esok nya baru bermalam kat umah aku lak.sampai sana adik ipar aku dah sediakan satay.lps mkn,ktorg lepak2 smb borak2.umah adik ahm ni sblh dgn umah abg ipar dia.kebetulan mlm tu abg ipar dia ada buat majlis sikit sempena bday anak dia,so ktorg join la sx,sedap ooo mkn kambing bakar dgn black papper,byk gila aku mkn,mlm tido panas gila badan aku....meriah juga la walaupun yg dijempun cuma sedara2 dan jiran2 je... jom layan gambar...

udang bakar,sedapnya...

Thursday, May 6, 2010

FREE DOWNLOAD DRAMA BARU TV3 2010 - NOKTAH ERNA

Mulai 5/5/2010 drama baru yang menggantikan Asmaradana akan bersiar di kaca tv anda menerusi slot Samarinda di TV3.

Drama bertajuk "Noktah Erna" lakonan Rita Rudaini, Aqasha dan seorang lagi artis naungan Alibi Music, Awal Ashaari akan disiarkan setiap Selasa hingga Khamis jam 10.30 malam.

Bagi yang terlepas menonton drama baru ini boleh download di link bawah yang telah disediakan dalam bentuk FLV


P/S:-Kalau nak download dia tak detect link tu. Maksudnya belum ada dekat server tv3 atau dengan kata lain, belum ditayangkan kat tv. harap depar sabar ye...

download direct link dibawah ---->

Episod 1 ---- Part 1 , Part 2, Part 3, <--- Boleh didownload (5/5/10)

Episod 2 ---- Part 1 , Part 2, Part 3, <--- Boleh didownload (6/5/10)


Episod 3 ---- Part 1 , Part 2, Part 3, <--- Boleh didownload (11/5/10)

Episod 4 ---- Part 1 , Part 2, Part 3, <--- Boleh didownload (12/5/10)

Episod 5 ---- Part 1 , Part 2, Part 3, <--- Boleh didownload (13/5/10)


Episod 6 ---- Part1 , Part 2, Part 3, <--- Boleh didownload (18/5/10)

Episod 7 ---- Part1 , Part 2, Part 3, <--- Boleh didownload (19/5/10)

Episod 8 ---- Part1 , Part 2, Part 3, <--- Boleh didownload (20/5/10)


Episod 9 ---- Part1 , Part 2, Part 3, <--- Boleh didownload (25/5/10)

Episod 10 ---- Part1 , Part 2, Part 3, <--- Boleh didownload (26/5/10)

Episod 11 ---- Part1 , Part 2, Part 3, <--- Boleh didownload (27/5/10)


Episod 12 ---- Part1 , Part 2, Part 3, <--- Boleh didownload (1/6/10)

Episod 13 ---- Part1 , Part 2, Part 3, <--- Boleh didownload (2/6/10)

Episod 14 ---- Part1 , Part 2, Part 3, <--- Boleh didownload (3/6/10)


Episod 15 ---- Part1 , Part 2, Part 3, <--- Boleh didownload (8/6/10)

Episod 16 ---- Part1 , Part 2, Part 3, <--- Boleh didownload (9/6/10)

Episod 17 ---- Part1 , Part 2, Part 3, <--- Boleh didownload (10/6/10)


Episod 18 ---- Part1 , Part 2, Part 3, <--- Boleh didownload (15/6/10)

Episod 19 ---- Part1 , Part 2, Part 3, <--- Boleh didownload (16/6/10)

Episod 20 ---- Part1 , Part 2, Part 3, <--- Boleh didownload (17/6/10)


Episod 21 ---- Part1 , Part 2, Part 3, <--- Boleh didownload (22/6/10)

Episod 22 ---- Part1 , Part 2, Part 3, <--- Boleh didownload (23/6/10)

Episod 23 ---- Part1 , Part 2, Part 3, <--- Boleh didownload (24/6/10)


Episod 24 ---- Part1 , Part 2, Part 3, <--- Boleh didownload (29/6/10)

Episod 25 ---- Part1 , Part 2, Part 3, <--- Boleh didownload (30/6/10)

P/S : pastikan anda telah menginstall perisian FLV terlebih dahulu sebelum memainkan drama ini.. Download disini

"Sila Tinggalkan Komen Sebagai Tanda Penghargaan Anda Kepada Saya"

Anda juga boleh mendownload lain-lain drama seperti dibawah:-

* Anda meminati "Laila Asyikin" [Download Sini]
* Anda meminati "Ilusi" [Download Sini]
* Anda meminati "Syahjihan" [Download Sini]
* Anda meminati "Asmaradana" [Download Sini]
* Anda meminati "Adamaya" [Download Sini]
* Anda meminati "Na O Mei" [Download Sini]

Wednesday, May 5, 2010

SEKADAR KATA.....

Sama-sama kita kongsi,apa yang kawan aku emailkan.member aku cakap ni adalah Chinese Good Luck Tantra Totem.Aku x tau la betul atau tidak,

tapi buka aku suruh percaya,just amb kata2 yang baik tu sebagai renungan.

Anda mungkin tidak mempercayainya tapi ia merupakan nasihat yang baik untuk di baca.Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya.

1) Bersedekahlah kepada org lain lbh drpd yg mereka perlukan & lakukanlah dgn penuh kerelaan.

2) Kahwinilah lelaki @ wanita yang gemar anda berbicara dgnnya,kerana kemahiran berbicara antara satu dgn lain akan menjadi lbh penting apabila usia semakin tua.

3) Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari.Berbelanjalah sekadar apa yang ada. Tidurlah seberapa lama yang anda perlu.

4) Apabila kamu berkata. “Aku Cinta Padamu”, maka tunaikanlah.

5) Pabila mengatakan, “Maaf”, tenunglah matanya.

6) Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sblm kamu diijabkabulkann.

7) Percayailah cinta pandang pertama.

8) Usah tertawakan impian org lain.Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

9) Cintailah sesorg dgn sepenuh hati & penuh kasih sayang,Sesungguhnya anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa,tapi percaya itulah satu-satunya utk melengkapkan kehidupan ini.

10) Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman.Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

11) Usahlah menilai sesorg berdasarkan peribadi keluarga mereka.

12) Berbicara dgn tenang & berfikirlah dgn pantas.

13) Apabila sesorg bertanyakan satu soalan yg tdk anda gemari, lontarkanlah senyuman & bertanyalah padanya,”kenapa anda ingin tahu?”

14) Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yg besar akan melibatkan pengorbanan & risiko yg besar.

15) Ucaplah “Semoga anda diberkati” apabila mendegar sesorg bersin.

16) Apabila anda kerugian, jgnlah jd kurang ajar.

17) Berpeganglah kepada tiga R: RASA Hormat pada diri sendiri, RASA Hormat kpd org lain & RASA Tanggungjawab terhadap semua tindakan anda.

18) Usahlah benarkan pertikaian yg sebesar hama merosakan sebuah persahabatan yg besar.

19) Apabila menyedari bahawa anda tlh melakukan kesalahan,usahlah berlengah utk perbetulkan kesalahan itu.

20) Tersenyumlah ketika menjawab telefon.Pemanggil akan melihatnya daripada suara yg mereka dengar.

21) Ada ketikanya anda perlu bersendirian.

Koleksi cerita lawak yang tak boleh nak gelak

Cerita 1
Dalam hujan lebat, malam gelap gulita, jalan tidak berapa nampak, aku cari jalan mudah follow kereta depan, tiba-tiba kereta itu emergency brake, aku sondol belakang keretanya. Aku turun dalam hujan lebat dan marah pemandu itu kerana berhenti mengejut, tapi dia nampak kehairanan kerana aku marah dia dalam garaj kereta rumahnya.

Cerita 2
Dua ekor anjing telah terperangkap di sebuah pulau dan ingin berenang menuju ke seberang. Untuk sampai ke seberang ia memerlukan stamina yang cukup. Anjing A pun training habis-habisan, anjing B relaks je. Tiba masanya kedua-duanya pun menyeberang dan anjing B sampai awal daripada A, malahan sempat makan lagi. Anjing A tak puas hati, tapi anjing B kata,”Ala… releks le, aku ni kan anjing laut.”

Cerita 3
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat. Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.”Atok buat apa tu?” “Atok bagi surat kat kawan atok, cu!”jawap atoknya. Cucunya bertanya lagi,”Apa ******* sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?”

Cerita 4
Seorang makcik nak beli tembikai merah, penjual menjamin tembikai yang dijualnya berwarna merah, tetapi bila tembikai tersebut berada di tangan makcik, tiba-tiba ianya terlepas, jatuh dan berwarna sedikit keputihan, takut di panggil penipu, si penjual pun berkata,”Eh! Tadi merah, pasal jatuhla, dia takut terus jadi pucat dan putih.”

Makcik tu pun baling tembikai tu kat muka si penjual tu.

Cerita 5
Sebuah helikopter yang membawa seorang juruterbang berserta 2 orang kenamaan telah jatuh terhempas. Juruterbang itu terselamat tetapi alfatihah buat 2 orang kenamaan itu. Apabila sedar dari koma, juruterbang itu telah disoalsiasat oleh pihak polis,”Cuba awak ceritakan apa yang telah terjadi untuk memudahkan siasatan kami.”

“Mmmmm… entahlah tapi pada ketinggian 30,000 meter tiba-tiba saya terasa sejuk sangat. Jadi saya telah matikan kipas Helikopter tu….”

Cerita 6
ketika saya baru masuk ke lift, sorang wanita masuk dan menekan butang 2 dan kemudian butang 4, manakala saya lak menekan butang 18 untuk ke tingkat 18. lift pun naik la dan berhenti di tingkat 2, tp wanita tue tak keluar. kemudian lift berhenti pulak di tingkat 4, tp wanita tue pun tak keluar juga dan lift pun mula naik. maka bertanyalah saya pd wanita tue, “akak(sbb nampak cam tua dr saya) dah terlepas tingkat yg akak nak naik..” “ooo.. saya nak ke tingkat 24″, jawabnya selamba..”tp td akak tekan butang 2 dan 4″ tanya saya lagi tak puas ati.. “astaga!!! nilah akibatnya kalau terlalu lama bekerja dgn kalkulator”sambil menggaru kepala…

Cerita 7
Seorang eksekutif muda dengan penuh semangat bercerita pada temannya tentang kehebatan komputer yang baru dimilikinya. “Bayangkan ! komputer saya ini setiap hari mampu menyelesaikan setengah dari pekerjaan saya”. “Lho … kenapa kamu tidak membeli dua komputer” sahut temannya..

Cerita 8
Pada suatu ari, ada sorang anak dimarahi bapanya kerna tak lulus exam.. dalam report kad semuanya merah2 belaka.. jd,bapanya membanding2kan anaknya dengan anak jirannya yang cerdik dan pandai... bapa : “kamu tak penah belajar ke? lihat anak jiran sebelah, report card dia tak de pun merah2. dia anak yg cerdik.. tak macam kamu, malas betul..” kerana kesal dibanding2 si anak menjawab: “yelaaaa bapa... anak jiran sebelah kan bapanya cerdik…..” bapa : ??

Cerita 9
Dua orang sahabat baik pergi ke sebuah kedai makanan segera untuk memesan minuman ringan. setelah pesanan sampai, mereka masing2 keluarkan roti sandwich dan mula untuk makan. pemilik kedai yg dari tadi asyik memerhatikan tingkah laku mereka terus menuju ke arah mereka dan seraya berkata, “Maaf en, anda tidak dibenarkan memakan sandwich Anda sendiri di sini!”.. maka dua org sahabat itu perpandangan, sesama mengangkat bahu dan mula
menukar sandwich memasing...

Tuesday, May 4, 2010

ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS?

Mari sama-sama kita kongsi cerita yang aku dapat dari Email,.Email ni aku terima dari CEO aku. Dia emailkan kepada semua staff dia satu Malaysia.Apakah maksud CEO aku yang sebenarnya?????

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.

“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.
“Mengapa?” balas saya.
“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar.. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”

Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan.. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?

Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”
Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
“Oh ramai encik…”
“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”

Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
“Kakak, boleh saya bertanya?”
“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.

“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”

Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”

Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.
“Maksud encik?”
“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”

“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”
“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”
“Maksud kakak?”

“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”
“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”

Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”

Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.
“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”

Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”
“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’
“Pasti ada! Insya-Allah.”
“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita.. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”

“Subhanallah!”
“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”
“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.

“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”
“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”
“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”

“Maksud encik?”
“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”
“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”

Giliran saya pula tersenyum.
“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.

“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”
“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”
“Maksud encik?”

“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”
“Kenapa?”
“Kita akan sakit jiwa!”
“Kenapa?”
“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.

“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.
“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”
“Ah, kita terlalu ego…”

Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?


Related Posts with Thumbnails