Cinta Hatiku Sampai Ke Syurga

Friday, December 31, 2010

SAMBUTAN TAHUN BARU


Hai semua, malam ni kauorang sambut tahun baru kat mana?aku kat umah je kot...tak gi mana-mana, sbbnya ahm keja esok pagi. Perancangannya kami nak naik genting sambut tahun baru. Kitaorang nak naik genting sebab nak mengimbau kembali kenangan kami tahun lepas.


Apakah kenangan itu??tahun lepas kami naik genting untuk sambut tahun baru, masa tu kami baru je selesai majlis kahwin kami. So kononnya pre honeymoon la kan, sambil sambut tahun baru, petangnya kami pun panjat la genting tu, sampai sana orang dah ramai pun. Kami pun jalan-jalan la kat sana, sementara nak tunggu sambutan tahun baru.Sejuk gila la, aku lak bukan yang jenis tahan sejuk mmg,mengigil-gigil la aku, rasa mcm kat oversea,hehe...


Kami tak sempat pun nak bermalam kat sana sebab esoknya kita orang nak terbang ke Bali, pegi honeymoon. Malam tu juga kita orang turun dari genting. Masa turun tu ahm dah mengantuk, so terpaksa la berhenti tido kejap. Hampir 2 jam juga la dia tido, padahal kalau ikutkan lagi setengah jam nak sampai rumah ktorang. Ahm dah mengantuk sangat, aku pun suruh berhenti tido, bukan apa walaupun dah dekat dgn rumah kalau tiba-tiba terlelap tgh drive apa-apa pun boleh jadi, jadi baik la berhenti tido.

So bila tibanya tahun baru akan mengingatkan saat-saat manis kita orang kat genting dan honeymoon di Bali...sangat manis saat tu, rasa macam nak balik saat-saat tu,hehe..En Myvitrd kata nak g Bali lagi sekali, bila ya agaknya???? Isterimu ini sedia dan setia untuk ke sana, hehehe...

BERKAMPUNG DI OFFICE


Selamat pagi semua, mesti masing-masing baru bangun tido kan. Bertuahnya la hai badan, aku pagi-pagi lagi dah bangun sbbnya ahm kena keja, macam biasa aku akan temankan dia keja....so berkampung la aku kat office ahm. Rancangnya nak naik genting hari ni, tapi apa blh buat ahm terpaksa keja hari ni & esok, maka terbatal la perancangan kami,huhu...


Tapi ahm dah janji balik keja dia nak bawa aku g shopping,yeah....Tak ada nak shopping apa pun, just nak beli beg & kasut. Kasut dah cari lama tapi tak jumpa yang berkenan lagi, kalau my mom tau ni sure bising sbbnya kasut aku dah penuh bonet keta ahm..hehe...tapi apa blh bt ibu anak mu ini mmg suka membeli,hehe...


Aku nak beli sandle je, kasut high heel ni aku dah banyak, smlm ada juga singgah 1 Utama cari, tapi kat sana aku x jumpa lak butik-butik kasut yang menarik terutama clarks,mungkin aku tak hbs jalan kot,besar sgt 1 Utama tu..lenguh kaki den.... Dalam jusco ada la, tapi x banyak la pulak pilihan. Ingat nak cari kat midvalley atau sunway  la pulak. Beg pun sama yang menarik tak jumpa, kalau ada pun harga riban,hehe.. tak sampai ati nak pau En Myvitrd srh beli...sure dia nagis sampai guling-guling kalau aku paksa srh belikan juga...jangan risau ya sayang i bukan isteri yang kejam,hehe...

Kau orang apa aktiviti hari ni, sempena cuti free hari ni, sure banyak aktiviti yang best-best kan. Pasti ramai juga yang balik kampung juga, apa-apa pun berhati-hati memandu ya....

Monday, December 27, 2010

GIVEAWAY eqbalzack "SERBA SATU"

Sejak dua menjak ni aku macam teruja je nak join contest atau giveaway, kalau tak sebelum ni, aku tgk je...malas gila nak join....hehe...Ni Satu lg Giveaway yang aku nak mencuba nasib, hadiah dia agak menarik, salah satu yang menarik perhatian aku adalah Lampu dari ikea....Harap sangat aku dapat sbb tak lama lg aku nak masuk rumuah baru...so boleh la pasang kat umah baru aku kan...En eqbalzack,harap-harap saya menang la ya,hehe...

Jom kita tgk macam mana kauorang nak menang giveaway dari eqbalzack ni..sgt mudah...x perlu pening-pening kepala....


1. Jadi Followers eqbalzack.com.
2. Buat 1 entry bertajuk Giveaway eqbalzack "SERBA SATU"
3. Entry MESTI mengandungi banner di atas dan linkkan ke blog eqbalzack.com.
4. Tag 1 (SATU) orang rakan blogger lain dan pastikan mereka tahu.
5. Tinggalkan link anda pada entry ini.

Tarikh tutup: 
1.1.11 jam 1.11 pagi

Keputusan: 
1.1.11 jam 11.11 pagi


Ok jangan fikir lama join je.....kalau tak sure rugi....aku nak tag Giveaway ni kat adik manis seorang nila,nama dia Afrayuri....sbb apa aku tag kat dia...sbbnya dia seorang yang rajin mencuba dalam sebarang  contest atau giveaway.Selamat mencuba...

Sunday, December 26, 2010

ROMANTIC DINNER - HAVEN RESTAURANT

haven restaurant

Ahad lepas ahm bawa aku g dinner kat haven restaurant seperti dalam gambar kat atas....Tujuan ahm bawa aku ke sana sure la sbb nak makan kan,hehe...

Sebenarnya tujuan utama ahm adalah untuk sambut ulangtahun perkahwinan kami yang pertama & b'day aku yang ke 2+....teka sendiri k...hehe...First time kami berdua sampai kat sana...tempat yang sangat best dan romantik..i like,hehe...

Pemandangan kat atas menara tinjau ni sangat la cantik...agak teruja aku bila ahm bawa dinner kat sini...Makanan yang di sediakan pun sangat sedap...kat atas ni ada mcm-mcm lagi restauran selain haven ni..kauorg blh pilih mana yang nak ikut selera kauorg.Harga dia pun ok.

Jom layan gambar kat bawah ni...sebelum tu nak ucapkan terima kasih kat my sayang sbb bawa dinner kat sini...memori yang sangat indah, tak akan di lupakan sampai bila2..thanks syg...

Pusat Pelancongan Dan Menara Tinjau (Look Out Point)

happy sgt dapat sampai ke sini......

ahm tersenyum malu..

air yang fresh dan sedap...

sup cendawan yang super best...

udang tempura yang ranggup gila...

Lamp chop adalah kegemaran aku...

Chicken chop lak fav. ahm...

ahm makan sampai lincin..dah tak pandang tempat lain...

sedap...tapi pisang ahm yang hbskan..

Romantic Dinner berlatar belakangkan bandaraya KL.

yeah dapat hadiah..

hadiah untuk ahm ada juga...senyum je dia.

apakah hadiahnya???kena tgg next entry aku...bila la agaknya,hehe...
Hadiah dari ahm utuk aku...

Cantik tak kad ni???cantik kan..tq syg...

Thursday, December 23, 2010

4 PERKARA UNTUK SIHAT


kredit google

Empat perkara menguatkan badan

1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan

1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan Mata

1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4 Berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan Mata

1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran

1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama

Nota : macam mana pandangan korang, sanggup ikut petua diatas..

Sunday, December 19, 2010

HABIS

Apa yang habis..sure kauorg tertanya2 kan...Exam aku untuk Mid term dah hbs la, skrg tgg lak Final Exam bulan 4 nanti, dah tu kalau result ok masuk la tahun 3 lak aku...kalau ikut kan tahun depan aku dah masuk tahun 4, yaitu tahun akhir....Tapi apa blh bt di saat-saat nak final exam tahun lepas tb2 aku kena apendix dah tu terpaksa masuk wad dan operate, so terpaksa la aku untuk tangguhkan pengajian aku tahun tu...rugi la aku satu tahun..huhu...


Exam tahun ni  sgt berbeza dari tahun lps sbbnya aku tak duduk hostel mcm tahun-tahun lps, x berjimba-jimba dgn kawan-kawan mcm tahun sblmnya, sblm ni x khwn lg..skrg dah kahwin, dah khwn kena la bt cara dah khwn kan, x kan nak bt mcm single kan, hehe.... Waktu aku exam baru ni ahm ikut sx balik penang, jadinya ktorg duduk kat umah my mom la. Sepanjang kat penang, time aku exam ahm la yang hantar aku g exam, dah tu tgg aku smp exam hbs..best sgt rasanya...

Habis exam ktorg apa lg jalan-jalan la kan. Sempat la juga aku jumpa dan keluar makan dgn member-member office lama aku dulu, sgt best jumpa dorg. Walaupun dah hbs mid term tp aku still kena stdy lg sbb final dah x lama lg pun. assigment pun banyak lg tak siap. Apa pun hope result mid term aku ok la kan.

TAMAN PERTANIAN BUKIT CAHAYA SERI ALAM

Entry ni sepatutnya dah lama aku nak publish, tapi di sebabkan kesibukan yang melanda aku hampir terlupa ttg entry ni...hehe....

Seminggu sebelum aku balik penang bercuti untuk exam....aku bawa adik2 aku g taman pertanian bukit cahaya shah alam...sebelum ni dah lama teringin nak pg..tapi  asyik x sempat je...

Bayaran masuk adalah RM 3 sorg...kat dalam tu mcm2 aktiviti kauorg blh buat...kauorg blh pilih,nak berjalan kaki, nak berbasikal atau naik bas...kalau nak naik basikal ada bayaran di kenakan untuk sewa basikal dorg.

Kitaorg mula2 nak naik bas tapi beratur sgt la panjang,so kami amb keputusan untuk jalan kaki je.tujuan utama kami adalah nak masuk Taman Iklim Sederhana Empat Musim, ingat dekat berjalan rupanya jauh la juga.Masuk taman iklim dikenakan bayaran juga RM 3 sorg juga....

Taman Iklim Sederhana Empat Musim ni dia ada bulan2 dia yang dah di tetapkan ikut musim bunga, musin salji atau lain. Kitaorg mmg nak sgt tgk musim salji, time beli tiket  dah siap-siap tanya dia musim apa skrg ni, dia cakap musim salji so apa lagi excited la kan nak tgk.

Kami x jalan hbs pun satu taman tu sbbnya panas dan penat berjalan, x sangka taman tu besar sgt, ingatkan kecik je, insyallah kalau ada kesempatan ingat next  time nak jalan satu taman.

Jom Layan Gambar-gambar masa kat Taman Pertanian Bukit Chaya Seri Alam...

Berpayung di tengah panas...

      
Jom g Paris syg....

Taman Iklim Sederhana Empat Musim

Salji tu...walaupun bukan salji btl,ttp teruja,sbb tak berpeluang lg nak pegang salji btl...

Sejuknya...

aksi tari menari dua beradik,hehe...

tak dapat pg negara org putih kan, peluk tiang signboard pun jadi la kan syg....

aksi ntah apa2..abg ipar dan adik2 iparnya...

ahm nak peluk aku atau nak peluk benda alah tu sebenarnya??hehe...

kenapa la ahm dari awal smp hbs gambar ni x buka2 spek mata dia????

CHRISTMAS GIVEAWAY

Cepat-cepat jangan tunggu lama2...nak bagi hadiah kat kauorg ni...cepat join Christmas Giveaway dari diva-darling, hehe..mst kauorg ikut aku yang nak bt Giveaway kan... tak la..nanti2 la aku lak yang buat Giveaway kat kauorg ya,hehe...

Anda semua berpeluang untuk memenangi salah satu dari 3 item di bawah.....Syarat-syarat dia adalah sgt senang....x perlu pening2 kepala...Hadiah yang di sediakan adalah sgt best...

Nak Tau macam mana nak dapat hadiah-hadiah di bawah sila visit diva-darling

Jom kita tgk hadiah apa yang sedang menunggu anda semua.....

Limited Edition Estee Lauder Pure Lip Gloss Set
 
Limited Edition Bobbi Brown Crystal Eye Palette

Crabtree & Evelyn Lavender Duo Gift Set

Thursday, December 9, 2010

MAHA 2010

Semua org kalau tgk tajuk mst dah tau kan apa aku nak crt,sure ramai yang tak lepas kan peluang pegi ke MAHA, kalau tak pg sure rugi sbb kalau kauorg nak pg kena tgg la lg 2 thn lak baru ada,hehe.....Sabtu lps aku, ahm dan 2 org adik aku g  MAHA...mcm biasa ahm mmg hobi dia bawa aku jalan2,walaupun jalan2 pusing kawasan perumahan kitaorg,hehe...

Kami berdua yang suka bt iklan colgate....

Lps aku exam rabu lps adik aku yg laki ikut kitaorg balik KL juga..tujuan utama dia ikut kitaorg adalah nak g MAHA...So kami pun menunaikan la impian dia....kebetulan aku & ahm pun x pernah sampai lg ke sana...so dengan berkobar2nya ktorg pg sana...walaupun amat menguji kesabaran, nak cari parking punya la lama dan beratur panjang, selamat last dapat parking kat tapak pameran 2,dah tu dekat je nk jln ke pameran tu.

MAHA mmg best la sbb kat sana macam2 benda baru aku dapat tgk..semuanya berkaitan pertanian. Haiwan yang x pernah aku pegang dan belai2 contohnya lembu, kambing semua dapat pegang..walaupun aku duduk kampung tapi x pernah pun la nak g pegang2 haiwan2 tu,hehe...gila jakun kan...Binatang yang pelik2 pun dapat tgk. Memang tak rugi la ktorg pegi.Jom layan gambar2 yang sempat ktorg amb.

me with my sis..

ayam serama...haiwan kesukaan ahm..

ini adalah arnab yang sangat pelik rupanya...

adik2 ku dan lembu,hehe...

ahm bukan main suka lg,tgk kambing.

Kami bertiga adik beradik..ini je laadik beradik aku...

wah kuat tu abg..angkat nangka berat....

ini dia aku bersama kambing.first time tu pegang kambing.

abg & adik2 ipar yg kagum tgk lembu...sampai nak masuk dalam kandang tu,hehe... 
Related Posts with Thumbnails