Cinta Hatiku Sampai Ke Syurga

Tuesday, March 20, 2012

Wang Tunai RM5000 untuk Blogger

Salam semua,


Korang faham tak apa maksud banner diatas tu? Sebenarnya pemilik blog bloggerwanita (unik betul nama tu) akan melancarkan satu program berbentuk Ganjaran Wang Tunai RM5000 untuk Blogger di Malaysia ni sempena ulang tahun ke-2 BloggerWanita.com.

Tuah ayam nampak di kaki.. tuah anda siapa yang tahu... apa kata jom kita join bersama-sama.. 

Nota : Terhad untuk 100 penyertaan terawal... jadi rebut peluang ini sebelum terlambat.

Sunday, March 4, 2012

Cara Menyimpan Susu Perahan

Salam,

Disebabkan Deep Freezer tak sampai-sampai lagi so aku duk kena fikir macam mana nak manage susu Harraz ni.So hari ni aku nak kongsi sama-sama cara nak simpan susu perahan. Ada 5 cara menyimpan susu perahan. Jom kita tengok cara-caranya...
  
 
   1) Susu fresh baru perah (Suhu bilik) 
                          Suhu 25c - 37c  - 4 jam
                          Suhu 15c - 25c  - 8 jam
      2) Peti sejuk (Rak atas) - Bahagian sejuk
                  Suhu 2c - 4c  -3-5 hari 
       (> 5 hari - perlu masukkan dalam freeze)
             3) Peti sejuk (1 pintu)
         Bahagian beku - 2 minggu
4) Peti sejuk (2 Pintu) -20c bahagian beku - 3 bulan
5) Deep Freeze - 6 bulan

Ini apa yang aku tahu dan aku baca dalam internet dan dari buku Panduan Penyususan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerjaya. Kalau salah atau tak betul, tolong betul kan ya kawan-kawan...

p/s : Gambar credit google...

Oh...Deep Freezer ku..

Salam semua..

Mood untuk menulis kembali,tapi tak tau la berapa lama mood ini bertahankan,hehe...tapi mood sebenar adalah tidak ok,sbbnya Deep Freezer yang aku beli tak sampai-sampai lagi. Dah 2 kali tertangguh pengantaran, stok EBM Harraz dah penuh peti sejuk kat bahagian beku tu..yang kat bahagian sejuk pun dah separuh.

Mulanya agak keberatan nak beli Deep Freezer ni, bukan apa duk fikir mana nak letak, rumah kecil je kan, dah tu duk berkira membazir tak beli, berapa lama nak pakai, bincang punya bincang akhirnya nak tak nak mmg kena beli sbb dah tak termuat peti sejuk kitaorg, kat bahagian sejuk tak boleh lbh dari 7 hari, dah tu kena masuk kan ke tempat beku. Tempat beku mmg dah penuh, dah tu duk fikir mgg depan nak balik kampung ambil stok EBM bawa balik KL,kalau tak beli mana nak letak kan stok-stok tu.

Ni lah rupa Deep Freezernya..

Masa mula-mula dapat tau kata Deep Freezer diaorg tak dapat hantar sbb masih belum sampai stok, terus rungsing mana nak letak susu-susu Harraz, tak kan nak buang lagi kan,sayang la sgt. Nak menumpang rumah orang adalah sgt aku tak berkenan, bukan apa takut orang tak suka. Tapi akhirnya terpaksa juga tumpangkan kat rumah pengasuh Harraz, setelah mendapat nasihat dari beberapa orang kawan termasuk tokey walfer,hehe.. apa pun thanks kak Nor sbb sudi tumpangkan peti sejuk...

Ok la entry pendek dulu ya,pendek ke?bukan tadi membebel panjang ke,hehe... nanti aku update lagi k,ni kiranya entry amb mood dulu...
Related Posts with Thumbnails