Cinta Hatiku Sampai Ke Syurga

Showing posts with label DIGI. Show all posts
Showing posts with label DIGI. Show all posts

Friday, December 30, 2011

iPhone 4S Cuma RM55 Sebulan Macam Tak Caya Je

Salam semua,

Rasanya semua orang tahu yang baru-baru ini iPhone 4S telah dilancarkan di Malaysia.. dan pastinya bagi peminat iPhone 4S mesti sedang tercari-cari pembekal talian mana yang akan menjadi pilihan dihati.

Spesifikasi iPhone 4S

Kini korang jangan risau lagi.. sebab dalam keadaan tidak percaya ni.. Digi menawarkan pelan terbaik untuk iPhone 4S ni dengan Pelan terbaiknya iaitu hanya RM55 bayaran sebulan..

Tak Percaya?

hanya dari DiGi Sahaja 

Tengok pelan dibawah ni yang dibawakan oleh DiGi Internet..


So apa tunggu lagi.. jom kita beli secara online sekarang ni..

Thursday, September 30, 2010

DiGi iPhone 4 Life



Aku rasa aku bukan orang yang terakhir membuat entri ke-4 anjuran Digi & Nuffang bagi merebut sebuah iPhone 4 baru.

3 entri sebelum ni telah aku hantar dan entri terakhir lewat aku hantar sebab aku terpaksa mencari beberapa idea yang berbeza dari rakan2 lain.

kali ini aku pertaruhkan gambar aku dekat bawah ni yang mana aku tengah berebut iPhone 4 yang sebenar. tak pasal-pasal iPhone 4 yang manager aku beli ni jadi model rebutan.. hehehe. korang tengok je lah bertapa bersemangatnya aku menarik iPhone 4 tu sebagai tanda yang aku memang nak iPhone 4 ni.. Digi bagilah aku ye..

"klik gambar untuk paparan lebih jelas"

harapan setinggi gunung untuk mendapatkan iPhone 4 ni.. tapi kalau ni bukan rezeki sekurangnya aku dah berusaha untuk mendapatkan iPhone 4 ni.. kepada yang menjadi orang bertuah memilikinya aku ucapkan tahniah.. andai ada jodoh aku dengan iPhone 4 ni .. pasti aku punya..

Tq kepada pihak Nuffnang & Digi..

Sunday, September 26, 2010

DiGi iPhone 4 Real


Kejap je dah masuk hari ke-3 contest Digi iPhone dilancarkan oleh nuffnang dengan kerjasama DiGi.Dah ada tiga tugasan yang kena laksanakan.

Antara entri yang telah aku hantar adalah “DiGi iPhone 4 Me” dan “DiGi iPhone 4 Play” dan untuk hari ke-3 ini aku dikehendaki menyediakan entri bertajuk "DiGi iPhone 4 Real".

Entri kali ini menjurus kepada pelan yang ditawarkan dalam pakej iDiGi untuk pelanggan iPhone 4.

Bagi aku yang sememangnya baru dalam dunia teknologi iPhone 4 ni pasti aku akan memilih pakej plan yang murah dan mampu bayar.

So pakej yang aku semestinya akan ambil jika aku memiliki iPhone 4 ini adalah plan iDiGi 88. Plan iDiGi 88 adalah plan yang paling murah dalam keluarga iDiGi iaitu sebanyak RM58 sebulan.

Jom kita tengok apakah kelebihan plan yang aku suka ni,baca dan fahami,sure kau orang jatuh ati punya dengan plan ni.



Apa kelebihan plan iDiGi 88 ni?

Bayaran bulanan - RM58 (setelah melanggan Auto Billing)
- RM 63 (sebelum melanggan Auto Billing)
- RM 88 Kadar Caj Normal

Percuma - Panggilan suara (200 minit)
- SMS (200)
- MMS (20)
- Internet (1GB)

Kadar setelah tamat penggunaan percuma

- Panggilan suara (15 sen /minit)
- SMS (10 sen / sms)
- MMS (20 sen / mms)
- Internet tiada cas tambahan( kelajuan 128kbps)


Kesimpulannya pakej serendah RM 58 ni amat berbaloi-baloi. Apa tunggu lagi, jom ramai-ramai serbu kedai Digi dan dapatkan plan yang memang akan buat anda semua tersenyum.

DiGi iPhone 4 Play

Hari ini merupakan hari kedua bagi contest Digi iPhone 4 dan kali ini kami diminta membuat sedikit review berkenaan aplikasi-aplikasi yang terdapat didalam iPhone 4.


Untuk makluman di iPhone 4 ni terdapat beribu-ribu aplikasi yang mana sebahagiannya boleh didownload dan yang sedia ada pon sudah banyak di dalam iPhone itu sendiri Untuk iPhone 4 terbaru ini aku mula tertarik dengan satu aplikasi iaitu aplikasi tukaran mata wang asing atau didalam iPhone dikenali sebagai Currency.

Antara ciri-ciri yang menarik pada aplikasi ini ialah ia memaparkan lebih dari 100 mata wang asing luar negara. Maklumat yang kita terima adalah up to date, so x payah susah-susah nak pegi cari kedai money changer nak tengok kadar tukaran mata wang asing atau gi tengok dekat computer @ internet, ini kerana semua kadar tukaran matawang asing telah berada ditelapak tangan anda. ianya memudahkan perjalanan dan percutian kita kalau kita berada diluar negara.

Pasal bahasa lak tak payah nak risau sebab macam-macam bahasa yang di sediakan untuk kemudahan kita semua, antara bahasa yang di sediakan adalah English, Chinese, Danish, Dutch, Finnish, French, German, Italian, Japanese, Korean, Norwegian, Polish, Portuguese, Russian, Spanish, Swedish dan Thai.


Aplikasi kadar tukaran matawang asing yang sentiasa dikemaskini dari masa kesemasa diatas talian

terdapat fungsi calculator untuk mengira jumlah kadar tukaran yang hendak kita buat

Aplikasi ini juga membenarkan kita membuat penambahan matawang negara lain jika tiada di senaraikan didalam aplikasi tersebut


Mudah kan! Memang hebat la Aplikasi Currency ni. So semua kena dapat kan iPhone 4 ni, tak rugi pun kalau kita keluarkan duit beli iPhone 4 ni, aplikasi yang disediakan semuanya memang hebat dan memudahkan penggunanya. Aku memang nak sangat iPhone 4 kerana next year aku dengan ahm nak travel keluar negara so senang kan nanti nak check nilai tukaran semasa matawang asing dinegara tersebut.


Friday, September 24, 2010

DiGi iPhone 4 Me


Fuyooo ... siapa sangka akhirnya Digi berjaya membawa masuk gadget baru keluaran Apple iaitu iPhone 4 .

Selama ini kita berteka teki apa yang dimaksudkan dengan 4 biji apple, seekor kambing dan tarikh 24-9-10 dalam website nuffnang dan akhirnya hari ini terjawap teka-teki tersebut.

Nampaknya tak tido lena la aku selagi tak dapat iPhone 4 ni. Bukan apa sebelum ni aku mengharapkan gadget blackberry tapi tiba keluar iPhone 4 ni aku bertukar fikiran untuk memiliki iPhone 4 pulak.

Sebenarnya dah lama aku idamkan nak tukar hp buruk aku ni, rasanya dah tiba masanya untuk aku tukar terus ke iPhone 4.

Mesti kau orang semua nak tahukan kenapa aku nak sangat iPhone 4 ni, antara sebab-sebabnya adalah kehebatan yang di miliki oleh iPhone 4 ni. Mana tidaknya dengan saiz iPhone 4 adalah lebih slim dari iPhone 3G sebelum ni. Di datangkan lengkap dengan kamera 5 Megapixel dan di pasang dengan flash bagi membuatkan visual dan gambar lebih jelas dan meletup.

So Aku berharap sangatlah kiranya ada rezeki aku iPhone 4 ni menjadi milik ku selamanya. Sekiranya korang berminat untuk mendapatkan iPhone 4 ni secara percuma apa kata layari Digi_Nuffnang sekarang.

Related Posts with Thumbnails