Cinta Hatiku Sampai Ke Syurga

Wednesday, January 18, 2012

Rezeki Harraz | Terima Kasih

Salam,

Selamat pagi semua. Tak sabar rasanya nak tunggu esok, En Myvitrd nak balik penang. En Myvitrd nak datang ambil aku dan Harraz balik KL dah tu kitaorg bertiga nak balik Johor, nak bawa Harraz jumpa fuang, ambok wang, mak wang & family En Myvitrd. Ni kiranya first time Harraz nak jumpa orang Johor.

Ok la kita balik ke tajuk asal, aku dah melalut dah tadi,hehe. Firstly aku nak ucapkan terima kasih pada yang sudi bagi hadiah untuk Putera kesayangan kami Muhammad Harraz Fahim & tak lupa juga pada yang sudi bagi angpaw. Alhamdullilah atas rezeki yang tuhan berikan buat Harraz. Sayang rasanya nak buka hadiah-hadiah kat bawah tu, walaupun ada sebahagiannya kitaorang dah buka.  

Sebahagian hadiah Harraz yang belum dibuka.

Orang pertama yang bagi hadiah dan angpaw selepas 2 jam Harraz dilahirkan adalah member office dan big boss aku. Diaorang merupakan orang pertama yang datang melawat aku. Thanks Shida hadiah dan angpow buat harraz, thanks my big boss Pn Fazleen give a big angpaw untuk Harraz. Nanti Harraz simpan duit tu dalam bank ok,hehe..

Jelous lak aku tengok Harraz dapat hadiah banyak,mamanya tak dapat pun,huhu...kesian kat mamakan Harraz,hehe.. Apa pun sekali lagi terima kasih dari aku, En Myvitrd & baby Harraz pada semua yang baik hati. Kalau murah hati selalu-selalu la bagi hadiah dan angpaw kat Harraz ya auntie-auntie semua,hehe...

Tuesday, January 17, 2012

Stok EBM hari ke 40 berpantang

Salam,

Selamat petang semua, mesti masing-masing tengah sibuk berkerja kan, tak pun tengah tunggu jam kul 5 je waktu balik. Aku macam biasa masih berpantang, so duk tunggu hari je nak habis pantang.

Jom nak tunjuk pencapaian aku setakat hari ke 40 berpantang dalam mengumpul stok EBM. Nak tunjuk pencapaian menguruskan badan rasanya macam tak berapa nak berjaya lagi sbb tak balik ke bentuk badan yang asal kan, walaupun ada penurunan. Tak pa bak kata En Myvitrd mana ada org  lepas bersalin terus kurus, kena amb masa sikit, ayat menenangkan aku la tu,huhu...Ok la untuk menyejuk kan hati sebab tak kurus-kurus balik macam dulu, aku pun buka la peti sejuk untuk tengok banyak mana aku dah kumpul EBM untuk Harraz.

Stok EBM

Lagi sikit nak penuh peti sejuk mak aku, selamat Jumaat ni dah nak balik KL, kalau tak mahu mak aku yang kena beli peti sejuk baru,hehe..Risau juga ni macam mana nak bawa balik KL dengan selamatnya, ada baca beberapa blog cara-cara nak bawa EBM dengan selamat dalam perjalanan jauh, insyallah akan cuba ikut cara diaorang tu. 

Kalau orang tanya aku cukup ke stok banyak ni, jawapan aku cukup tak cukup lain cerita yang penting aku dah usaha sebaik mungkin untuk sediakan stok EBM ni, harapan aku ia mencukupi dan akan bertambah dari masa ke semasa. Insyallah semoga semangat aku tak luntur nak BF kan Harraz.

Kesayangan kami

Semua susu kat atas adalah untuk si kecil Harraz. Cepat membesar ya sayang. Tak sabar nak tengok Harraz boleh berjalan dan berlari,hehe..

Friday, January 13, 2012

Kopiah untuk Harraz & Daddy

Salam,

Selamat petang semua. Macam mana jumaat anda semua, mesti bestkan esok dah nak cuti. Bagi  aku disini masih menanti kepulangan yang tersayang. Insyallah minggu depan kami akan kembali bertiga. Tak sabar dah rasanya, rasa macam lama je lagi nak tunggu khmis depan.

Ok la tak nak cerita pasal tu, tak mau sedih-sedih, tak lama lagi je kan nak jumpa. Hari ni aku tunjuk Kopiah pertama Harraz. Sejak aku tengok anak kawan aku pakai kopiah jenis tu aku dah tertarik hati dan berniat nak belikan satu buat Harraz. Dok cari kat online takjumpa-jumpa, last sekali senang cerita aku tanya terus dia beli kat mana. So dia bagi aku link kat blog mana dia beli. Tanpa membuang masa aku terus buka blog tu dan order. 

Barangnya dah sampai

Mula-mula niat nak order untuk Harraz je, sambil tengah-tengah pilih corak, tiba-tiba terlintas kat hati, kenapa aku tak order sekli untuk En Myvitrd kan. Nanti Harraz dan daddy boleh pakai sama-sama. Jadinya aku pun order la dua.Corak dan warna yang sama.

Harraz & Daddy punya
Yeah Harraz dah ada kopiah boleh ikut daddy g surau

Itu dia kopiah diaorang, yang Harraz punya aku letak nama, yang En Myvitrd punya kasi corak je, kalau aku tempah nama juga mau dia tak pakai, katanya macam budak-budak punya,haha...Harga kopiah ni bagi aku ok la tak mahal, dia ikut saiz juga la, tapi kalau ukuran budak harga RM10 satu yang dewasa lak RM15 satu.

Harraz dah pakai dulu

Kalau kauorang nak order boleh  tengok blog ni ya kopiah kait.Cuba-cuba la tengok mana tau ada yang berkenan kan. Comel je tengok budak-budak pakai kopiah macam ni.

Thursday, January 12, 2012

Impian 2011| Impian 2012

Salam,

Sempena tahun baru 2012, aku nak cerita sikit pasal impian aku tahun 2011 & 2012. Mesti kau orang cakap, la baru nak cerita ke orang lain dah cerita habis dah tahun lepas dan awal tahun baru ni...hehe..biasa la aku kan, tahun ni punya cerita,  tahun depan pun boleh cerita,hehe...

Macam-macam impian dan harapan setiap kali tahun baru menjelma, antara impian besar yang di harapkan pada tahun 2011 adalah, di kurniakan permata hati sebagai penyambung kasih dalam perkahwinan kami, memiliki rumah sendiri, memiliki kereta  kedua dan memiliki peniagaan sendiri, bukan la business besar punya, kecil-kecil pun jadi la.

Line 2 yang ditunggu-tunggu selama ini

Alhamdullilah berkat kesabaran serta usaha dan doa yang tak putus-putus, pada April 2011 aku telah disahkan mengandung 7 minggu, sangat tak sangka sebab tak ada sebarang perubahan kecuali berat badan aku makin naik, ingatkan mmg makin gemuk kan,hehe...Masa tu tak tergambar perasaan aku dan En Myvitrd, macam bermimpi pun ada. Siap En Myvitrd suruh aku tampar pipi dia time tu,hehe..

Masih kurus ketika kunci diterima,hehe..

Akhirnya kunci rumah yang kami nanti-nantikan, telah kami terima pada bulan Mei 2011. Maka tercapai la satu lagi impian aku. Sangat bersyukur proses pembelian rumah berjalan dengan lancarnya, walaupun tepaksa lalui macam-macam prosidur. Dapat je kunci rumah, minggu depannya terus cari orang untuk renovate, siap je renovate dalam 2 minggu terus kami berpindah ke rumah baru, punya la tak sabarkan. Walaupun hanya rumah yang kecil, bukan rumah banglo, tapi sangat bersyukur sebab telah memiliki rumah sendiri.

Permata hati yang di tunggu-tunggu

December 2011 adalah bulan yang penuh bermakna dalam hidup kami sekeluarga. Sebab bulan dec adalah  ulang tahun perkahwinan kami berdua selain itu ulang tahun kelahiran aku dan ayah juga jatuh pada bulan dec dan yang paling bermakna adalah permata hati kami yang pertama juga lahir pada bulan tersebut. Syukur tak terkira atas kelahiran yang dinanti-nanti ini.

Antara impian atau azam tahun 2012 aku adalah untuk BF Harraz sehingga usianya mencapai 2 tahun atau lebih, memiliki kereta kedua dan memiliki perniagaan sendiri. Impian untuk memiliki kereta kedua dan memiliki perniagaan sendiri ni tahun lepas punya tapi tak tercapai, so kita bawa tahun ni,hehe.. kalau tahun ni pun tak tercapai kita bawa ke tahun berikutnya,haha...

Rocks tu,hehe..

Semoga dipermudahkan, dimurahkan rezeki dan di beri semangat yang kuat untuk meneruskan BF kepada permata hati kami Muhammad Harraz Fahim. Sebelum mengandung lagi memang dah berazam kalau di kurniakan cahaya mata, aku nak BF sepenuhnya anak kami insyallah.

Keta idaman

Ini keta dah lama teringin nak beli, bila dah bertambah ahli keluarga keinginan tu lagi bertambah, so En Myvitrd dan aku kena keja keras untuk nak capai impian ni. Tapi tak pa jangan risau sayang kalau tak ada rezeki nak beli lagi, kita postpone tahun lain ya, jangan risau i tak paksa u,hehe..


Semoga tercapai hasrat memiliki perniagaan sendiri
Impian memiliki perniagaan sendiri ni dah lama juga terpendam, bukan la nak business besar-besarkan atau nak buka company ke, tapi business kecil-kecil dulu pun jadi la. Insyallah akan di usahakan supaya tercapainya impian ini, lambat atau cepat tu tak tau la, yang penting ada usaha kan. 

So itu la antara impian yang dah tercapai, yang tak tercapai, akan cuba di capai dan yang bakal di capai,hehe...Hope semuanya berjalan lancar, amin...

Tuesday, January 10, 2012

Breast Pump Baru | Madela Harmony Manual Breast Pump

Salam,

Selamat malam semua. Hari ni semangat sikit nak update blog sebab baru dapat barang yang di order. Ahad lepas aku order Manul brest pump. So isnin pagi baru aku dapat email order aku dah diproses dan dihantar 9.1.2011, so aku ingatkan esok baru sampai, tak sangka tengah rehat-rehat petang tadi dapat kol dari KTM kata dah ada kat depan rumah aku.

Ini kotaknya.

Jom kita buka kotak dan tengok isi kat dalam. Betul ke barang yang aku order dia hantar jangan di hantar lesung batu macam dalam berita hari ni, dah la, tak baik betul menipu orangkan. 

Tu dia barangnya.

Alhamdullilah betul barang yang dihantar. Bukn apa risau jugakan, dengar macam-macam penipuan sekarang ni, bro Eyriqazz pun ada pesan baru ni, hati-hati beli barang online ni, banyak orang dah terkena. So agak risau juga la kan sebab pertama kali order kat web littlewhiz ni.

Madela Citystyle Brest Pump Bag & Madela Storage Bottle
Madela Hormony Brest Pump

Member aku yang bagi web ni, dia kata tengah ada offer baik punya, bila tengok dan bandingkan dengan web lain memang pakej yang dia bagi ni, harga dia murah dari yang lain. Mula-mula aku berbelah bahagi nak beli Jenama Avent atau Madela. Tanya sana sini mana yang bagus, ramai cakap Madela, mula-mula ingat nak tunggu kak Sumi buat review pasal Brest Pump Avent tapi dah tak sabar terus tekan beli Madela,hehe..tapi akk buat juga review pasal Avent tu k,nanti kalau best, lain kali boleh beli Avent lak,hehe..

Tak sabar nak buka tengok isi kat dalam.

Sebenarnya aku dah ada Electric Brest pump, aku beli sebelum bersalin lagi. Tapi itu  nak guna untuk bawa g kerja atau kat rumah. Yang manual ni aku beli untuk nak bawa g jalan-jalan atau untuk guna kat dalam keta atau tempat yang tak ada electrik.

Set Madela Harmony Manual Breast Pump yang aku beli

Insyallah kalau aku ada masa nanti, aku review pasal ke dua-dua pump ni, itu kalau aku rajin la kan,hehe...Apa pun banyak-banyak terima kasih buat En Myvitrd yang tersayang sebab sudi belikan untuk sayang...

EBM Stock buat Harraz

Salam,

Selamat petang semua, hari ni nak tunjuk stok EBM yang dah berjaya aku kumpul selama sebulan dalam pantang, ini buat bekalan Harraz bila aku dah masukkerja nanti...

Alhamdullilh dengan rezeki yang tuhan beri, berharap rezeki untuk Harraz akan terus ada sampai usianya mencapai 2 tahun atau lebih...

Susu Harraz ni, Daddy tak leh minta ya,haha..

Kena usaha lebih lagi ni, nak kumpul sebanyak boleh...Harraz sekarang sangat kuat menyusu takut tak cukup je bekalan yang aku kumpul ni...Penuh peti sejukrumah mak aku, sampai adik laki aku cakap, "bila aku buka peti sejuk ingat kan ais ketul, rupanya susu yang banyak"hehe.."aku siap warning kat adik aku,hang jangan silap pi minum lak susu tu,kang tak pasal-pasal jadi anak susuan aku"haha...

Terima kasih atas sokongan suami tercinta En Myvitrd, yang banyak beri kata dorongan dan menyediakan kelengkapan untuk menyusukan Harraz, buat keluarga tercinta yang sangat mengalakkn saya BF Harraz dan buat kawan-kawan yang banyak membantu memberi maklumat mengenai BF dan tak jemu-jemu menjawap setiap persoalan saya, biasa la kan banyak tanya, budak baru belajar,hehe..Ok la doakan yang terbaik untuk aku dalam menyusukan Harraz k..

Thursday, January 5, 2012

Thanks Sayang - Surprise yang tak disangka

Salam,

Selamat tahun baru semua. Mood hari ni adalah sangat happy dan tersenyum smpai ke telinga,sbb salah satu impian tahun baru 2012 dah tercapai,hehe....

Petang tadi tiba-tiba En Myvitrd masuk bilik dan serahkan bungkusan dibawah. Aku perasan ada orang kol dia, dah tu dia keluar rumah tak lama dia masuk balik dan bagi bungkusan tu kat aku,katanya ada orang bagi. Aku dengan muka peliknya, sapa lak bagi ni,aku tak ada order apa-apa barang pun. Aku baru teringat nak order barang, tapi tak kan baru teringat nak order barang dah sampai kan,hehe...
Ini dia bungkusannya

Hujung tahun lepas En myvitrd ada tanya apa aku nak untuk hadiah ulang tahun perkahwinan kami dan hadiah birthday aku, so aku ada la senaraikan beberapa barang. Kalau aku tak senarai pun rasanya dia dah tahu kot apa yang aku suka. Satu hari aku ada jumpa satu benda ni,so aku bagi tau dia,aku suka benda tu, dia kata ok abg belikan. Tak sampai sejam, En Myvitrd kol dan bagi tau aku benda tu dah sold out, aku tak percaya mula-mula tu. En myvitrd cakap cuba buka tengok web tu,dah cuba try order, aku pun try la order,mmg betul dah sold out, huhu..kecewa gila rasanya. Tapi bila En Myvitrd cakap nanti kita cari yang lain sejuk la sikit hati.

Agaknya apakah di dalam kotak itu

Sebab pelik apa barang dalam tu dan sapa yang bagi kat aku,aku pun buka la bungkusan tu dengan rakusnya,haha...Kat luar bungkusan lak tak ada nama pengirim,just ada alamat je..mmg pelik la kan.Bila buka bungkusan dan ternampak kotak di atas aku terus terdetik ni mesti kerja En Myvitrd. Bila buka kotak dan ternampak barang di bawah mmg tak salah lagi, ini adalah surprise dari En Myvitrd. Sangat terharu k, rupanya dia dah order pun barang yang aku nak, dan kebetulan masa dia order, dia adalah orang yang terakhir sebelum barang sold out, apa lagi berlari aku cari En Myvitrd yang menyorok kat dapur, terlupa lak masih berpantang, kang mak aku nampak aku lari mau kena marah,hehe...Kata En Myvitrd surprise dia tak jadi kali ni sbb di ingat barang yang dia order ni akan sampai bila dia dah balik KL,tapi sebaliknya berlaku.

Jam Tanga dari Royal Crown.

Tu dia jam tangan yang dah lama teringin nak beli, bukan tak ada jam tangan sebelum ni, dah ada tapi aku tak pakai,sbb berat sangat, ikut kan mmg aku suka gila jam tangan yang sebelum ni. Sebab tu sampai sekarang still simpan baik-baik. Apa pun thanks sayang sebab penuhi salah satu impian 2012 dengan menghadiahkan sayang jam tangan ni. Semoga abang dimurahkan rezeki dan boleh penuhi impian sayang yang lain lagi,hehe....
Related Posts with Thumbnails