Cinta Hatiku Sampai Ke Syurga

Monday, November 28, 2011

Samsung Galaxy Note Buat En Myvitrd

Salam semua,

Wah En Myvitrd dapat hadiah Samsung Galaxy Note ke? Kalau la dia dapat sure tido malam dah tak peluk bini, samsung galaxy note tu yang di peluknya,haha....Cuba tanya dia kalau kauorang tak percaya,hehe...

Samsung galaxy note idaman En Myvitrd

Ahad petang lepas En Myvitrd balik keja, dia bawa aku keluar jalan-jalan, tujuan sebenarnya adalah untuk survey barang our junior dan Samsung Galaxy Note. Dari one utama sampai ke ikea dan ikano kitaorg survey akhirnya balik dengan tanggan kosong, barang untuk our junior belum jumpa yang berkenan di hati. Samsung Galaxy Note lak, En Myvitrd kata nak balik fikir-fikir dulu, nak beli ke tidak.

Jadinya aku biarkan dia balik dan fikir-fikir kan dulu. Tapi pagi isnin dia bangun tido sambil tersenyum, aku tanya kenapa senyum-senyum? dia kata semalam dia mimpi, aku tanya la mimpi apa? dia cakap mimpi beli benda tu... benda apa aku tanya lagi? sambil tersenyum-senyum dia cakap abg mimpi abg beli Samsung Galaxy Note, happy sangat katanya...aduh dah parah kalau macam ni....Nak kena beli juga ni...

Cantikkan
En Myvitrd minta pendapat aku nak beli ke tak, aku cakap kalau suka beli je, kalau rasa ada duit, kalau tak ada duit nanti aku potong gambar kat pamplet yang dapat tu aku kasi dia,hehe....Aku benarkan En Myvitrd beli sebab sebelum ni dia tak pernah nak bazirkan duit dia untuk gadget-gadget atau selalu tukar-tukar hp, hp buruk yang satu tu la dia pakai dari sebelum kahwin sampai sekarang. So Bagi aku apa salahnya dia beli kali ni, sbb aku tengok dia dah suka sangat. Kalau nak suruh aku belikan kena tunggu hujung bulan 12 la, itu pun kalau company aku murah hati nak kasi bonus,hehe....

Kalau nak tau apa keistimewaan Samsung Galaxy Note dan pakej yang ada boleh tgk kat sini.

Persiapan Barang Baby Yang Belum Siap

Salam,

Otak ni tengah fikir apa lagi barang yang tak cukup untuk our junior.Boleh dikatakan semua yang basic dah siap beli. Sekarang tinggal yang besar-besar je belum beli lagi. En Myvitrd kata tunggu baby lahir baru beli, tapi bila mata ni dah terpandang yang cantik dan tgh offer lak tu, tak keruan jadinya aku,hehe...

Antara barang yang belum dibeli adalah seperti di bawah, sapa yang nak tolong sponser sila beri detail anda,hehe....Jom kita tengok apa lagi yang belum cukup.

Bottle Sterilizer and Warme r

Ni aku rasa perlu, sebab nak sterilizer botol-botol susu nanti. Warmer lak senang nanti nak panas kan susu badan yang dah sejuk dalam peti sejuk nanti.

Masih tengah survey carseat yang berkenan di hati En Myvitrd

Car seat ni macam nak beli lepas bersalin je, tapi aku terfikir macam perlu beli awal sebab lepas je bersalin nanti aku terus balik penang. So larat ke aku nak pegang our junior sampai penang. Tak pun lebih selesa baringkan atas tilam kat kerusi belakang. Masih menghitung keperluannya. Tapi mmg nak kena beli carseat ni, cuma bila nak beli tu tgh fikir-fikirkan lagi, senang En Myvitrd nak hantar our junior g rumah pengasuh bila aku dah mula kerja nanti.

Stroller yang kita orang sangat suka

Stroller ni memang confirm dah bersalin baru beli, kata En Myvitrd bila aku dah lepas pantang nanti baru g beli kat Penang, katanya tak pernah lagi shopping barang baby kat penang. 

Almari baby macam ni pun dah ok

Katil baby yang kita masih tengah survey

Almari baju dan Katil untuk our junior lak memang tengah survey, semalam pun dah g survey...Tapi masih belum ada yang menarik hati. Dah jumpa yang cantik mahal gila la pulak..Yang murah lak tak cantik, macam mana tu, kata En Myvitrd kita buat sendiri je la,hehe....Rajin ke nak buatnya sayangku?

Sangat suka warna bilik baby ni,tapi perabut dia agak tak berkenan dihati.

Gambar kat atas ni aku jumpa masa tgh google tadi...merah memang warna kesukaan aku dan En Myvitrd, tadi terpandang je gambar ni terus jatuh cinta. Terasa terus nak tukar warna bilik our junior kepada warna merah,hehe..macam mana suamiku setuju tak?mesti kurang setujukan sebab baru je 6 bulan cat bilik tu,hehe....

P/S : Ok la pesanan ni aku tujukan buat adik ku, sila pilih salah satu barang kat atas yang hang nak sponser, wajib sponser ya, sebab anak buah pertama dan cucu pertama k, hehe...gila kejam kan aku....

Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerjaya

Salam selamat pagi semua,

Hari ni masuk hari ketiga berseorangan dirumah, En Myvitrd terpaksa bekerja, ikutkan aku ni penakut duduk sorang kat rumah, selalunya kalau hujung minggu dia berkerja sure aku akan ikut dia bekerja, tapi dah dekat-dekat nak bersalin ni, badan dah tak larat nak duduk lama-lama kat office dia. So terpaksa beranikan diri untuk duduk sorang-sorang kat rumah. Nak menhilangkan rasa takut aku online atau pun aku tido je.

So sebelum aku sambung tido, pagi ni aku nak bercerita sikit tentang buku Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerja yang aku dapat masa 2nd Maternity and Children Expo Mid Valley hari tu. Bagi aku buku ni sangat berguna, banyak panduan yang berguna, terutama buat ibu-ibu yang baru pertama kali ingin menyusukan anak secara eksklusif.  Buku ini ditulis didalam Bahasa Melayu.

Buku Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerjaya

Ok aku cerita sikit info tentang buku ni yang aku dapat dari web Moms Little Ones. Buku ini diterbitkan oleh Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu WPKL khusus buat ibu-ibu bekerjaya yang ingin meneruskan penyusuan susu ibu secara eksklusif. Kandungannya sangat sesuai untuk para ibu yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan penyusuan susu ibu.

Antara topik kandungan buku ini: 

  1. Pilihan-pilihan bagi Ibu bekerjaya 
  2. Penyusuan Susu Ibu 
  3. Perancangan Awal Ibu Bekerja Yang Ingin Melakukan Perahan
  4. Latihan Memerah 
  5. Memerah Susu dengan Tangan (Manual)
  6. Memerah Susu dengan Pam 
  7. Jenis-jenis Pam
  8. Panduan Am Cara Menyimpan Susu Perahan 
  9. Cara Menyimpan Susu Perahan 
  10. Mencairkan Perahan Susu Ibu Yang Dibekukan 
  11. Cara Memberi Perahan Susu Ibu 
  12. Tips Kejayaan Penyusuan Susu Ibu Bekerjaya 
  13. Cara Mudah Memantau Tumbesaran Bayi 
  14. Carta Pertumbuhan WHO (2006) 
  15. Sumber Makanan Berkhasiat yang Boleh Merangsang Penghasilan Susu
  16. Dilengkapi dengan 7  lampiran yang boleh dijadikan rujukan khusus untuk ibu bekerjaya yang menyusu.
Di bahagian akhir buku ini (Lampiran 7) terdapat senarai maklumat lengkap kaunselor - kaunselor laktasi untuk bantuan dalam penyusuan.

Buku ni kauorang boleh dapat kan di Moms Little Ones dengan harga RM 10. Bagi aku harga buku ni murah, orang kata harga mampu milik dan panduannya sangat berguna. Nanti ada masa aku kongsi dengan kauorang serba sedikit isi dalam buku ni ya...

Sunday, November 27, 2011

2nd Maternity & Children Expo Mid Valley

Salam semua,

Orang lain dah lama cerita pasal Expo ni,aku je yang baru nak bercerita,hehe...Aku sangat menanti expo ni...dah cakap kat En Myvitrd awal-awal lagi, ada apa sx pun nak pg juga...Bukan tak pernah pegi masa 1st Maternity & Children Expo Mid Valley, tapi timu 2e tu tak beli apa pun, just jalan-jalan tengok dan survey harga.Masa tu baru lagi pregnantkan, memang tak nak beli apa pun lagi,tapi geram je tengok.

Di depan pintu masuk 2nd Maternity & Children Expo Mid Valley

Kitaorang ke sini hari Jumaat, lepas aku Checkup, terus gerak ke sini. Kitaorang datang jumaat sebab petang tu juga kitaorg akan balik johor. En Myvitrd dah rindu dengan bondanya. Lagi pun aku nak jumpa ibu mentua sebelum nak bersalin ni, nak minta sikit tip, ya la mak mentua aku berpengalaman melahirkan 11 orang anak, power kan.

Mula-mula aku ingat tak ramai orang sebabnya hari Jumaat,hari orang kerja kan, sekali dari jauh sebelum masuk parking dah nampak signal merah full parking. Apa lagi, time nak mencari parking mau 10 x juga la pusing, alhamdullilah akhirnya dapat juga parking yang agak dekat dgn pintu masuk.

Tujuan utama kesana adalah mencari brestpump...Sebelum mengandung lagi aku dah berniat bila dah ada zuriat nanti, aku nak susukan anak aku dengan susu aku sendiri. Alhamdullilah niat aku di sokong olen En Myvitrd. Bila aku dah tau aku mengandung benda utama yang aku survey adalah brestpump. Dari awal-awal lagi dah letak tepi siap-siap duit untuk brestpump ni. Kalau ikut hati dah lama aku beli, tapi selamat la aku sabar, sbb time expo tu, aku dapat harga yang murah. Macam-macam brestpump yang aku tengok ada jual kat pasaran dari harga beribu hingga la beratus. Macam-macam pandangan dan pendapat yang aku baca kat forum dan aku tanya kat member-member yang pernah guna brestpump. Akhirnya brestpump kat bawah tu la menjadi pilihan hati aku dan En Myvitrd. Aku lebih berminat Electric Brestpump dari yang manual.

Spectra 3 Electric Double Breastpump

Gambar kat atas adalah set brestpump yang aku beli, selain dalam gambar tu macam-macam lagi yang aku dapat dengan harga RM 689 harga sepatutnya adalah RM 745. Ok jom kita tengok apa yang aku dapat dengan harga diskaun tu :
  1. Spectra 3 Brestpump - RM 388
  2. Spectra Breatsheild Set (for double pumping) - RM 70
  3. Spectra Filter -RM 13
  4. Pro Mom Bag
  5. Cooler Bag
  6. 3 Reusable ice packs - RM 38
  7. 6 pcs 5oz Storage containers and 2 Cup Feeders - RM 39
  8. 10 pcs 2oz Storage containers and 2 Cup Feeders - RM 35
  9. Rain Cover (for mom bag) - Ni aku rasa tak ada jual kot dia kasi free je
  10. MLO Jute Bag - Ni aku rasa tak ada jual kot dia kasi free je
Harga yang aku letak tu harga asal kalau beli satu-satu la kan, harga Pro Mom Bag dan Cooler Bag aku tak pasti, kalau tak salah aku dalam RM 200 lebih kot harga kedua-dua beg tu. Sebab kebanyakan dia org jual pakej sekali dengan beg.

Washable Bra Pads (6 Pcs)- RM 15.90


Selain tu aku sempat juga beli Washable Bra Pads harga asal dia RM15.90 tapi dapat RM 11. Murahkan, bagi aku berbaloi-baloi la g expo,budget untuk beli brestpump dapat beli benda lain sama, sbb brestpump dah dapat harga murah..

Nursing Bra - RM 39.90

Kalau dah beli bra pads tak kan tak beli Nursing bra kan, niat nak beli satu dulu, nak cuba kan, tapi En Myvitrd suruh beli banyak tu pun aku amb dua je, aku kata try dulu, nanti kalau sedap pakai dalam pantang aku order la lagi. Tapi dia cakap nanti harga dia dah lain. Tapi nak buat macam mana kan, kang beli banyak-banyak tak sedap pakai rugi juga. Bra ni aku dapat harga RM 28 sehelai, harga asal RM 39.90.

Diaper Bag - RM 59.90

Tak dilupa buat En Myvitrd ada juga, beg kat atas tu dah lama dia mengidam nak beli, tapi aku je yang tak kasi dia beli dulu, aku suruh tunggu time expo, sure ada yang murah. Betul tekaan aku, beg kat atas aku dapat dengan harga RM 49.00. Dari apa yang aku tengok satu booth je yang jual harga murah macam tu,yang lain ada juga diskaun tapi still harga dia atas RM 50 keatas. 

Kalau ikutkan banyak lagi nak beli, ada yang dah aku pegang tapi sekali tengok beratur panjang nak bayar tak jadi aku nak beli, baju baby yang paling aku tak tahan, tambah bila tengok warna merah, membara je hati nak beli. 

Car seat lak agak kecewa, sbb tak dapat nak beli, sbb itu antara senarai barang yang kita orang nak beli. Katil baby lagi la kecewa sbb masa first expo harga Set katil baby dari Twin baby adalah RM599, kali ni pergi harga dia lagi mahal RM899. Tengok la mana tau next expo harga turun lak kan, time tu pun aku dah habis pantang kan, jangan harga bertambah dah la. Yang aku nak tak ada stock dan mahal la pulak, tak pa la minggu depan ada J CARD member kat mid valley nak g tengok la pulak, katanya ada offer best punya.

Insyallah 3rd Maternity & Children Expo Mid Valley tahun depan bulan March akan kami terjah lagi. Terima kasih buat En Myvitrd sebab melayan kehendak si isteri ini,hehe..love u syg...

Olay Total Effects

Salam semua,

Selamat pagi semua..Hari ni saja nak cerita sikit tentang Olay yang baru ku beli, sebenarnya entry ni dah terperap beberapa mgg, tapi tak habis-habis aku taip..Punya la malas aku nak update skrg ni..

Aku ni jenis suka kan barangan kecantikan..Sebelum ni dah macam-macam produk aku guna...tapi olay still dalam senarai aku..aku pun tak tau kenapa aku suka olay ni. Kalau nak kata sebab sesuai dgn muka aku,aku rasa ada juga produk lain yang sesuai dgn aku.Tapi balik-balik olay juga yang aku cari,hehe....Berhantu betul olay ni...

2 botol olay yang telah habis...

Bila olay aku ni dah habis je,terus aku buat suara manja kat En Myvitrd, hehe...cakap nak beli yang baru. Macam biasa En Myvitrd akan menjawap,ok esok kita cari...Sebenarnya still ada lagi sikt, tapi nak standby awal-awalkan...

Nilah dia kotak olay yang baru di beli 

So seperti yang dijanjikan esoknya kitaorg pg la cari Olay aku tu, tapi yang aku pelik harga kat Guardian agak mahal. Kalau ikut En Myvitrd dia suruh amb je,tapi aku dah biasa beli so tau la harga dia kan, lagi pun hujung tahun ni sure la ada offer. Aku pun cari kat tempat lain la, mmg betul harga dia sgt berbeza selamat tak beli mula-mula  tadi. Biasa la kan orang perempuan kalau membeli sure survey harga dulu kan...Bukan apa nak berjimat. Kalau boleh dapat harga murah buat apa nak beli dengan harga mahal kan..Tapi orang laki jenis tak kisah sangat..

Olay kita yang baru

Saturday, November 5, 2011

La Senza New Pin-Up Store Launch | One Utama

Hai semua,

Wah cepatkan masa berlalu esok dah nak raya haji, aku dan En Myvitrd pun dah ada kat kampung. So kauorang  semua macam mana dah balik kampung?Kitaorg gerak balik kampung petang semalam, hari khamis lepas sehari sebelum balik kampung sempat aku hadiri satu event atas jemputan pihak Nuffnang di One Utama bagi pelancaran La Senza New Pin-Up Store..

Korang nak tahu apa bendanya La Senza New Pin-Up Store jom layan beberapa keping gambar dulu yang sempat aku ambil.

La Senza New Pin-Up Store sangat cantik k..
Tengah beratur nak daftar, dari jauh aku sudah terpandang kelibat Kak Ina dan Cik Lily Putih
Zaman sekarang dah canggih,daftar semua pakai guna iPad je
Wah tersenyum semua,sebab dapat goodies bag kan....
Ini budak kan (Afrayuri) dia sampai paling awal k,sbb tu cuba tengok gambar orang tak ramai lagi,hehe.....
Makanan yang disediakan cantik sangat, nak makan pun sayang,hehe...
Si Tembam bersama Atilia
Sangat berbeza saiz aku dan Aishah Sincale yang cantik ni.
Ni lak Ambie Chia yang sangat sporting dan friendly
Baju tu semua harga RM119
Baju tido ni cantik,kain dia sangat lembut,Hajat di hati nanti nak beli satu bolehkan En Myvitrd, hehe...
Paling seronok bila gi Event adalah dapat goodies,pasti tak akan pulang dengan tangan kosong.
Kali ni punya event best sangat sebab dia akan jemput kita bergambar dan gambar tu terus dia cuci dan frame bagi kat kita seorang satu. Mula tak tau pun, tapi time kitaorag tengah borak tiba-tiba je dia datang bagi gambar seorang satu, so apa lagi sangat teruja k.

Orang bergambar sekali je,tapi kitaorg dua kali,hehe...

Foto kenangan bersama beberapa blogger.. antaranya Kak Ina, Cik Lily Putih, Afra Yuri, Zuriey & sorang lagi lupa pulak nama dia.. hehehe

Terima kasih nuffnang atas jemputan ini.

Korang boleh baca siaran akhbar untuk pelancaran La Senza New Pin-Up Store ni

Suasana Kedai Yang Baru Di Buka Di One Utama

Kuala Lumpur, 3 November 2011 – La Senza, the ultimate global fashion destination for the young, fun, and flirty, will open its first ever concept store in Malaysia, located in the 1 Utama Shopping Centre, Petaling Jaya in partnership with FJ Benjamin (M) Sdn Bhd. Inspired by the iconic 1950’s pin-up girl, the new La Senza ‘Pin Up’ concept store reestablishes the brand’s leadership in the market. From Paris to Rome, Shanghai to Caracas, Sydney to Dubai, La Senza’s new store is catered cater to today’s Globetrotting Lingerista.

Set to impress, the store offers a fresh design and layout that is characterized by flirty, feminine, fun polka-dots and sassy in-store artwork, a reflection of La Senza’s fashion loving customers. With this timeless image and strong emotional contents, the new iconic ‘Pin-up’ brand image connects with the young, aspiring individuals.

This coming Holiday, customers will be greeted with exciting ‘party’ ambience complete with glitters, bows and even tutus. Vivid window displays and point-of-sale materials, interlaced with familiar holiday messages will be evident throughout the store. With its new Holiday Collection themed as ‘Santa Babies’ this year, La Senza is sure to bring out the sexy, obvious and all-out attitude in every consumer. Alluring laces, comfortable cottons and body lifting push-ups at value prices are certainly up for grabs!

Whilst the look for La Senza is ever-changing, the company’s renowned customer service remains, with friendly, knowledgeable staff available as always. The store windows continuously provide latest and compelling product stories, offering in-store experience that emphasizes on fashion lifestyle to ensure every customer walks out perfectly fitted with the expert bra fittings.

Become a Fan of La Senza Malaysia in Facebook:

About La Senza

La Senza is the ultimate shopping destination for the young, fun, flirty, Globetrotting Lingerista! La Senza owns and operates more than 200 stores throughout Canada, and more than 250 additional stores in 48 countries around the world.
Related Posts with Thumbnails