Cinta Hatiku Sampai Ke Syurga

Tuesday, March 30, 2010

HADIAH

Aduh pening kepala aku fikir hadiah apa nk beli untuk bday husband aku,first time ni nak beli hadiah untuk suami.Esok bday hubby aku,walaupun umur dah meningkat,hubby aku still nampak mcm org muda..muda ke abg,hehe....hubby aku jenis yang tak cerewet kau bagi la apa pun,dia ok je.kadang aku lak naik agin sbb minta pendapat ahm kalau nak beli barang untuk ahm,mesti ahm cakap,sayang pilih la apa pun x pa,abg ok je...tapi itu yang mudahkan untuk belikan ahm barang.kalau la dapat lagi cerewet sure gaduh selalu kan.Buat masa ni aku ada satu plan je untuk bday ahm,hadiah tgk la aku dah fikir,tapi belum comfirm la kan.apa pun tgg esok,hehe...

Saturday, March 27, 2010

WEDDING

Makan jangan tak makan,lauk sedap gila..
Semalan aku dan ahm blk umah hampir kul 2 pg.Best jln2 berdua.selalunya gagal je rancangan ktorg nak berdating berdua,sbb ada saja keja nak kena bt.Ari ni lak aktiviti utama aku adalah menghadirkan diri ke majlis perkahwinan abg kepada kawan kelas aku.aku kenal abg dia,sbb ktorg satu sekolah,umur dia cuma beza dgn ktorg stahun je.kawan aku ni pun kahwin dgn membr sekelas ktorg juga.so mmg masing2 kenal la.aku konvoi dgn munirah my best friend,kul 12 lbh gerak dari umah,dekat kul 1 ktorg smp.ms masuk kawasan majlis di adakan aku rasa mcm pernah tengok,ingat2 blk,br aku perasan,umah member aku masa belajar kat kolej,aku pernah pg beberapa kali la juga rumah dia.
Member-member lama dan aku yang dah gemuk,huhu...
Masuk je kat dalam dewan,pandang kiri kanan ramai pulak yg ktorg kenal,apa lg berjejak kasih la kat situ,yang aku jumpa semua dah khwn dan ada anak,tgk semua happy dgn kehidupan baru dorg.borak2 smb makan,tgk2 jam dah kul 2.30.aku dan ahm terpaksa gerak blk dulu sbb ahm kena msk keja kul 4ptg.makanan kat sana mmg best,semua sedap,puas ati mkn.sblm balik aku singgah jap umah kwn aku kat belakang dewan tu,tapi sygnya dia dah pindah,so aku amb no fon dia je la,sepupu dia bagi.aktiviti aku seterusnya adalah teman ahm keja,so aku lepak la kat office ahm,teman kan dia keja.

Thursday, March 25, 2010

SHAKEN BABY SYNDROME (SBS) - AWAS......

MARI KITA KONGSI BERSAMA-SAMA APA YANG KAWAN AKU EMAIL.

TQ ,KONGSI PENGALAMAN BETUL APA YG DITULIS .KEKADANG DGN KELUARGA SENDIRI PUN APABILA BUAT LAMBUNG2 ANAK PUN BOLEH BUAT GADUH..SEBAB APA DIA ORANG NI TAK FAHAM..KEKADANG DIA ORANG MENGGUNGKIT ANAK2 YANG LAIN TAK ADA APA2 MASALAH PUN....AKU START ANAK AKU KENA TEMPOHARI KENA BEDAH TEBUK TEMPURUNG BUANG DARAH BEKU KAT KEPALA PUN SALAH SATU PUNCANYA AKIBAT MELAMBUNG KAN ANAK @ MENDODOI KETERLALUAN @TERJATUH TANPA SEDAR JAWAPANNYA SAMPAI SEKARANG KENA TANGGUNG SENDIRI(MAK BAPAK LER) KESAN2 RISIKONYA SAMPAI SEKARANG MASIH TAK ADA PERUBAHAN KAT MATA KEDUA BELAH ANAK AKU (MATA BUKAK MACAM BIASA TAPI TAK NAMPAK)ITU HARI MASA SEMINGGU KELUAR HOSPITAL AKU PANGGIL ANAK AKU.AKU TENGOK MACAM DIA TENGOK AKU...SAMPAI TARIKH CHECK UP DOKTOR CAKAP ANAK AKU MEMANG TAK NAMPAK CUMA DENGAR SUARA AJER..ADUHHHHHHHHHHHHHH LETIH BRO..KEPUTUSAN SEKARANG AKU KENA BERSABAR DAN PERLAHAN2 GUNA TERAPI YANG DOKTOR AJAR SUPAYA SARAF MATA BERSAMBUNG SEMULA(GUNAKAN KERTAS BERWARNA TANPA ADA BUNYI BISING @ LAGU) SO AKU KAT SINI SAJA MENGINGATKAN JUGA PADA RAKAN SEPERJUANGAN YANG LAIN TAK KIRALAH ANAK KITA SIAPA YANG JAGA.APA2 HAL ORANG YANG JAGA ANAK TU MESTI JUJUR KENA BAGITAHU APA YANG BERLAKU DENGAN SEGERA...BAGI KITA YG BERKERJA NI TERPAKSA AMBIK CUTI LAH , EL LAH DEMI ANAK KITA SEMBUH SEMULA...TAPI DIAORANG YG JAGA ANAK TU ADA AMBIK TAHU....JADI FIKIR2 LAH MENCEGAH LAGI BAIK DARI TERJADI.....................AKU MENULIS KERANA PENGALAMAN.......... AKU PAPARKAN GAMBAR ANAK AKU LIHAT LAH...AKU MEMOHON SEMUA SEDEKAHKAN AL FATIHAH SUPAYA ANAK AKU CEPAT SEMBUH...AMIN

General Info.....

Pesakit terakhir yang kami 'tidurkan' ialah bayi berusia 4 bulan.
Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain.. Itulah kali pertama beliau mendapat sawan.

Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan kurang responsif. Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung (bulging). Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak ( Brain CT Scan).

Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang serius, Acute and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed! Terkejut. Kali ini ibu bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya bertanyakan lagi sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita atau sejarah yang relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya tinggi-tinggi. Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang.

Health Info
SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)

SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi.. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.

Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.

Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.....( occupational stress ).

Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.

PENCEGAHAN
1.
Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
2.
Jangan memegang bayi anda ketika marah.

3.
Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih baik anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.

4.
Minta bantuan orang lain.
Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.

PERBEZAAN CINTA SAYANG, SUKA, & MINAT

Jangan salah faham di antara cinta, sayang, suka dan minat... .

Cinta –kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa
yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak
nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya.

Sayang – kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk
berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan
seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita.

Suka – kita sukakan dia kerana dia kelakar. dia happy-go-lucky. bila
bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. tapi,
kita taklah rindu giller kat dia bila tak berjumpa seminggu...

Minat – apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk
mendekatinya.

footnote: jangan anggap remeh perkataan I LOVE YOU...

AWAS BILA BELI TEPUNG....

Jalan Ipoh,Kuala Lumpur,28 Jan 2010,12 tgh
Dua kali permohonan sijil halalnya dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jakim ditolak.Menurut pengusaha tepung ini, penggunaan sijil halal amat perlu dalam perniagaannya kerana ramai pelanggan mahukan jaminan halal dalam produk keluarannya.Jalan terakhirnya, ialah memohon sijil halal dari Islamic Food Research Center IFRC ,dan seperti biasa, sijil ini dengan mudah diperolehi dengan kadar bayaran yang ditetapkan pengeluar.Bagaimanapun, logo halal IFRC masih tetap tidak meyakinkan pengusaha kerana sijil halal ini bukan sijil halal dikeluarkan kerajaan,malah ianya tidak diiktiraf.
(Dalam undang-undang, tidak menjadi kesalahan meletakkan logo IFRC pada pembungkusan, walaupun ia tidak diiktiraf. Kelemahan ini menyebabkan sijil halal boleh diperolehi dengan mudah dengan membayar wang walaupun mungkin restoran/pengusaha turut menjual arak di dalamnya atau tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan.
Akta Halal akan dibentangkan di parlimen tidak lama lagi bagi mengelakkan lebih ramai pengguna Islam tertipu atau terpedaya dengan kewujudan berbagai pihak yang mengeluarkan sijil halal. Saya akan mendedahkan konflik sebenar yang mengelirukan umat Islam selama ini mengenai status sijil-sijil yang bermacam-macam ini.)
Jalan paling mudah, logo Halal Jakim dicetak pada pembungkusan.Malah, ketika serbuan ini dilakukan, pengusaha memberi pelbagai alasan mengapa dia meletakkan logo halal Jakim pada pembungkusannya.Antara alasannya ialah - dia telah memohon sijil Halal Jakim, tetapi tidak diluluskan,tetapi bagi menjaga pelanggan, dia tetap meletakkan logo itu.Tidak cukup di situ, pengusaha turut menyalahkan Jakim kerana lambat dalam mengeluarkan sijil halalkepada pihaknya walaupun telah beberapa kali berurusan dengan Jakim di Putrajaya..Untuk rekod, memang benar syarikat ada memohon sijil halal Jakim,dan kali terkahir ditolak pada penghujung tahun lalu.Tiada kompromi, apabila beginilah keadaannya persekitaran kilang,mana mungkin ia akan diluluskan.Itu jawapan paling tepat, mudah dan tiada berselindung.
(Jadi, kepada anda yang masih tidak faham akan sijil halal swasta seperti IFRC itu,silalah lihat contoh di dalam serbuan ini - apakah kriteria yang meluluskan pemberian sijil halal mereka kepada pengusaha?)
Kilang tepung ini telah beroperasi lebih 20 tahun lalu dan menjadi pilihan kepada ramai pengusaha restoran,suri rumah, dan makanan berempah serta makanan seperti kuih maruku.

Senarainya amat panjang,:

Serbuk Kunyit,Serbuk Kari Ayam,Serbuk Kari Ikan, Serbuk Rempah Biryani,Serbuk Cili,Serbuk Lada Putih,Serbuk Lada Hitam,Serbuk Kurma,Serbuk Jintan Putih,Serbuk Jintan Manis,Serbuk Ketumbar ,Tepung Beras,Tepung Atta, Tepung Kacang Kuda,Tepung Ragi,Tepung Suji, Tepung Kacang Hijau Goreng, Tepung Jagung, Tepung Kentucky, Tepung Kastard, Tepung Marukku, Tepung Kuih Bunga Ros, Tepung Addresam, Tepung Ommapodi & Tepung Raya Thosai.

Serbuan disertai Jakim dari Bahagian Hub Halalnya diketuai Penolong Pengarahnya Mohd Amri Abdullah.Masuk sahaja dalam kawasan kilang, kita akan mendapati satu suasana bising mesin-mesin sedang memproses tepung.Pekerjanya ada yang berselipar, berkaki ayam, menutup mulut, tidak bertutup beribu-biru guni tepung dan rempah-ratus bersepah di merata-rata tempat di dalam bangunan ini.Ada juga kawasan untuk menggaul campuran tepung yang terdedah dengan habuk,debu dan pekerja yang berkaki ayam memijak rempah ratus ini.Di dalam kawasan kilang ini juga terdapat sebuah bilik tempat tinggal beberapa pekerjadengan sistem pengudaraan yang amat teruk dan berbau busuk.Tidak cukup di situ, apabila semakin jauh ke belakang , kita akan menemui berbagai guni.kotak yang berdebu, bersawang dan kotor serta busuk.Dan, paling menjijikkan apabila najis anjing turut ditemui di dalam premis ini,kerana pemilik turut memelihara anjing yang diletakkan di belakang kilang,tetapi laluan tidak ditutup menyebabkan anjing bebas keluar masuk.Inikah kriteria untuk diluluskan pengeluaran sijil halal?

Monday, March 22, 2010

ZOO NEGARA

Cerita pasal zoo ni dah lama sbnrnya,tapi nk juga crt kan,kalau x salah aku g zoo negara 6 feb 2010.ktorg g pun sbb adik ipar aku ajak,dia nk bw anak2 dia g tgk binatang.so kebetulan ktorg x ada apa2 keja,ktorg pun join la sx.adik aku nisa pun join sx.ktorg gerak dari umah aku kalau x salah dlm kul 10.smp sana aku x ingat kul bapa,tapi x ada la jauh sgt dari umah aku.punya la panas time ktorg smp tu,parking lak jauh.ktorg pg 5 dewasa & 2 kanak2.bayaran dia bagi aku amat la mahal RM20 sorg.tapi blh la pg untuk sx seumur hidup.kalau org ajak g lagi aku x nak dah pg,x larat nk jln,hehe...dah tu binatang dia x ada la banyak sgt,aku rasa kat zoo taiping lg best.sapa x penah pg zoo,baik pg skrg sbb mana tau lg 2/3 tahun naik harga dia lg mahal kan.tapi apa pun aku happy sbb dapat luangkan masa dgn family ahm.sekurang-kurangnya blh mengiratkan silatulrahim...

Saturday, March 20, 2010

BALIK PENANG

Aku skrg kat penang,pagi td kul 5.00 pg ktorg smp penang.kalau ikut kan ktorg blh smp lg awal,tapi husband aku mgantuk, dua x ktorg berhenti untuk rehat dan tido.ahm la xcted lbh nak blk penang,ptg sblm blk keja dia kol aku cakap,"syg kita gerak balik penang kul 8 mlm ya" aku ok je,aku takut ahm je yang penat nanti.so smp je umah,ahm basuh semua baju ktorg,aku lak kemas umah sikit2 dah tu kemas2 barang,siap semua baru ktorg gerak,itu pun dah terlewat sejam dari yang dirancang,bukan apa tgg mesin basuh, xhbs lg bsh bj,kena basuh 2 round sbb bj ktorg byk gila,ya la smgg punya baju.bukan x nk basuh ari2 tapi aku rasa rugi je,sbb ktorg berdua je,so baik ktorg kumpul smgg sx bsh,jimat sgala2nya.
Ari ni satu ari x ada bt apa2 pun,just rehat2 kat umah,aku tlg ibu kemas umah,iron bj yang byk,itu je kot dah tu membuta,ibu ajak g kenduri tapi mcm mls gila,bj kurung lak x bw blk.x kan nk g beli baju lg kan mcm balik Johor ari tu,hehe...nanti aku crt lak pasa blk Johor aritu.Ahm lak tadi tlg ibu kilat kan lantai baru ibu.pagi2 tadi ibu merungut kat ktorg lantai dia x berkilat2 juga dah mcm2 dbt,dia x puas ati.so ahm pun offer nk tlg kilat kan, ahm nk try guna satu bahan yg dia ada.ahm berjaya bt ibu tersenyum,walaupun ahm penat smp terbongkang kat ruang tamu baru ibu.tgh ari ktorg kuar jap dalm satu jam mcm tu.ktorg pg pekan kongsi,belikan kawan2 ahm dan aku jeruk,sj2 nk bg dorg kat office,tapi sgt la x tahan kat luar sana amat la panas gila.baik duk umah dan tido..zzzzzzzzzzz.....k la jap lg aku nk smbng lg entry2 strsnya,byk crt yg aku nk crt kan.aku nk kuar jap g belikan nenek aku mknan.

Friday, March 19, 2010

HP MINI 210

Thanks kepada suamiku yg sudi belikan aku HP Mini 210,aku suka sgt senang nak bw g mana2.tapi sedih sbb laptop lama aku rosak,laptop yg aku beli dgn duit titik peluh aku,husband aku cakap kena ganti berapa2 barang dlm tu sure dah blh guna,nanti dia ganti.yang lama letak kat umah je,yang baru boleh bawa g mana,sbb kecil dan ringan.kalau nk ikut kan dah lama gila aku x update blog,ridu btl aku nak update,dah dapat HP Mini 210 dan broadband hadiah dari suami ku blh la aku sambung berblog skrg ni...byk sgt crt yang aku dah tertingga untuk update.insyallah aku akan update satu persatu.apa pun thanks syg,love u farever...
Related Posts with Thumbnails