Cinta Hatiku Sampai Ke Syurga

Tuesday, May 31, 2011

I like Nippon Paint because…

Salam semua,

Tertarik dengan contest yang dianjurkan oleh pihak nuffnang dengan kerjasama Nippon Paint rasanya rugi pulak kalau tak mencuba nasib ni.


Memandangkan kunci rumah baru telah kami terima.. so dengan rendah dirinya mencuba nasib untuk membolehkan rumah kami di makeover oleh pihak Nippon Paint.

Seperti tajuk entri diatas kenapa saya suka dengan cat Nippon Paint ni? 

"Saya Suka Nippon Point Kerana Dengan Pengalaman Menggunakan Nippon Point di Dalam Bilik Tidur Kami Sebelum Ini Membuatkan Kehidupan Dan Tidur Kami Sekeluarga Sentiasa Tenang Sepanjang Malam"

Jom aku cerita sikit pengalaman menggunakan cat Nippon Paint ni..

Pada awal tahun 2010 seawal perkahwinan kami, kami suami isteri telah berpindah ke rumah sewa baru untuk memulakan hipup baru.. tetapi sebelum masuk ke rumah baru si suami telah menghiasi bilik tidur kami dengan menggunakan Cat Nippon Paint seperti dibawah ni..


Dari model Matex Gold keluaran Nippon Paint menjadi pilihan si suami.. sebenarnya si suami buat kerja-kerja ni sorang-sorang je kebetulan masa tu aku belum berpindah lagi dan masih duduk dirumah ibu.

kredit foto Myvitrd

Proses mengecat rumah sewa.. mungkin masih baru dalam bidang cat mengecat ni.. korangh tengok jelah cara dia mengecat tu.. hehehe.

kredit foto Myvitrd

Alhamdulilah akhirnya proses mengecat telah selesai.. dengan 2 tone warna pilihan.. so ruangan ini adalah ruangan bilik tidor kami yang belum lagi dimasukkan perabut bulik tidor.

Jom kita view ruangan bilik & ruang tamu rumah baru kami... Maaflah ye .. rumah masih bersepah dan masih kosong lagi.. mungkin lepas kena cat tajaan dari Nippon Paint baru ceria rumah ni.. :-)



Jadi sekarang dengan adanya contest dari Nippon Paint dah Nuffnang kami mengaharapkan pihak Nippon Paint yang akan menaja cat bilik tidor untuk rumah baru kami ni..

Nota Pesanan : Kepada yang berminat untuk menyertai contest ini bolehlah melayari blog Nuffnang di sini http://www.nuffnang.com.my/blog/2011/05/19/nippon-paint/

Sunday, May 29, 2011

RUMAH SENDIRI

Alhamdullilah, akhirnya urusan jual beli rumah baru kami telah selesai. Kunci rumah kami terima 20.05.2011 baru ni..sangat teruja k...orang yang paling teruja adalah En Myvitrd,hehe...

Kalau tak salah pengiraan aku, hampir 9 bulan urusan jual beli ni, baru selesai semuanya. Kalau orang megandungkan, dah bersalin pun,hehe...Sebelum beli rumah ingat senang, rupa-rupanya macam-macam urusan kena buat....

Ini adalah rumah pertama kami berdua, walaupun tak besar mana, tapi kami tetap bersyukur sebab dah memiliki rumah sendiri. Kalau ada rezeki lebih, insyallah 10 tahun lagi boleh la kot beli rumah lagi besar,berangan ni,hehe....

Memiliki rumah sendiri menjadi impian setiap orang.
Insyallah paling cepat pertengahan bulan 6 kami akan pindah, paling lambat pun awal bulan 7, sekarang ni rumah kitaorang dalam proses renovation. Harap dapat la siap awal, sebab ibu, ayah dan saudara aku nak datang 18/6 ni...so boleh la bawa diaorang duduk rumah baru kitaorang,hehe...

Tuesday, May 17, 2011

SANTAI DI CHOP N STICK KAMPUNG BARU

Cerita ni sebenarnya dah lama gila,dah basi pun,hehe...tapi aku nak juga cerita...Biasa la bila kemalasan melanda diri....cerita yang banyak tersimpan macam tu je kan,rugi-rugi...dah tau rugi tapi malas juga kan,hehe...

Kak Norli family & me...
Kalau tak salah gambar ni masa bulan tiga, masa tu kenduri sepupu aku kahwin, so ni kakak dia la, diaorang datang tido rumah kita orang satu malam. Malam esoknya diaorang tido hotel lak, katanya nak bawa anak-anak dia mandi kolan renang.

Antara menu yang ada kat kedai ni.
Balik je keja hari jumaat tu terus siap-siap keluar jemput diaorang kat hotel...diaorang tak berapa tahu jalan kat kl ni. Mula-mula tak tau nak g mana makan. Tiba-tiba teringat pernah makan sebelum ni kat kedai ni,sedap juga, tu yang bawa diaorang g makan kat sana.

Faezah & Me
Tapi agak megecewakan kali ni sebabnya makanan yang kami order lambat siap dan tak sedap...Agaknya mungkin ramai orang kot, sbb tu jadi macam tu..yang kecewanya sebab kita orang bawa orang jauh datang makan sini,siap cakap, makan kat sini sedap...sekali rupanya kureng...Sorry ya kak norli & family...

Terseyum kekeyangan..
Tapi apa pun kitaorang happy sebab dapat berkumpul satu keluarga ramai-ramai. Bukan selalu dapat macam ni kan..so masa yang ada tu luang-luangkan la bersama family...

Gambar ni wajib ada,hehe..
Kak Norli & Abg Anuar

Wednesday, May 11, 2011

MISTERI SIMBOL TERJAWAB DENGAN KEHADIRAN KOLONY

Salam semua,

Mungkin bukan rahsia lagi cerita tentang simbol misteri yang menyerang beberapa lokasi dinegara ini beberapa bulan yang lepas.. kenapa saya cakap begitu? ini kerana simbol-simbol yang dimaksudkan adalah merujuk kepada satu website yang diberi nama KOLONY (www.kolony.com.my).


ANDA TAHU APA ITU KOLONY?

KOLONY sebenarnya adalah salah satu kaedah untuk bersosial didalam rangkain XPAX, yang mana anda boleh berkomunikasi dengan rakan-rakan anda dimana sahaja dengan hujung jari anda sahaja.

Sehingga ke hari ini sudah lebih 1 juta pengguna telah dijangkiti dengan infeksi KOLONY ini.. dan anda boleh menjadi sebahagian daripada mereka dengan mengikuti langkah dibawah.

Sebelum itu apa yang menariknya tentang KOLONY ini adalah terdapat beberapa fungsi khusus untuk berkomunikasi antaranya DING, BOMM, FREN danPOPP di dalam KOLONY ini.




BAGAIMANA UNTUK MEMULAKAN KOLONY INI?

Anda perlulah pengguna Celcom dan langkah pertama anda adalah hanya taipsahaja KOLONY  nama samaran anda dan hantar ke 25333... mudah bukan?



Selepas berjaya nama samaran anda akan dihantar melalui smas, dan anda sudah boleh bersosial dengan rakan-rakan anda melalui fungsi dibawah.


DING – Ding rakan taulan anda dengan meninggalkan mesej kepada mereka. Ceriakan hari mereka dengan mesej ingatan anda pada mereka. Hantar KDING  dan hantar ke 25333.

BOMM – Ingin berkongsi berita hangat dan ia harus disebarkan ke teman-teman dengan kadar segera? BOMM mereka dengan menaip KBOMM  dan hantar sahaja ke25333.

FREN – Berhubung dan berkenalan dengan rakan baru seramai mana yang anda boleh! Dengan KOLONY, semuanya anda mampu lakukan. Hanya hantar KFREN  ke 25333.

POPP – Komen apa yang rakan-rakan anda perkatakan. Anda hanya perlu hantar KPOPP  ke 25333.

** Untuk  mendapatkan lebih banyak aktiviti menarik bersama KOLONY, anda hanya perlu  hantar KHELP ke 25333. Selepas itu, anda boleh memulakan eksplorasi diri anda ke seluruh dunia KOLONY.



PERLUKAN KITA MEMBAYAR UNTUK MEMULAKAN KOLONY INI?

Sebenarnya untuk memulakan fungsi KOLONY diatas anda perlukan KOINZ. Apa bendanya pulak KOINZ ni dan bagaimana untuk mendapatkan KOINZ ni? Nak dapatkan KOINZ ni mudah sahaja.. hanya perlu buat banyak panggilan ke mana-mana pelan terbaru XPAX .. lagi banyak panggilan sehari lagi banyaklah KOINZ yang korang dapat.
  • 1 – 5 panggilan sehari  = Percuma 10 KOINZ setiap panggilan
  • 6 &  lebih panggilan sehari = Percuma 20 KOINZ setiap panggilan
  • Setiap KOINZ akan dikreditkan pada hari berikutnya.
  • Bukan itu sahaja, KOINZ juga boleh dibeli dengan harga RM0.30 untuk 10 KOINZ, RM1.50 untuk 50 KOINZ dan beli 100 KOINZ dengan harga RM3.00
Kini dengan pelan terbaru dari Celcom XPAX anda akan lebih menikmati kesan infeksi dari Kolony semaksimumnya.. Jom kita tengok kelebihan pelan-pelan terbaru dari XPAX.




Jadi macam mana sekarang anda dah faham tentang KOLONY? Jika inginkan maklumat lanjut berkenaan pelan baru dari XPAX ni boleh rujuk terus website http://www.xpax.com.my/new_plan.html.

Sebelum tu jika anda belum lagi mendaftar di KOLONY.. daftar terus di  https://kolony.com.my/ untuk pendaftaran dan rasai sendiri bagaimana infeksi  ini menyerang anda..

Kami semua telah dijangkiti.. jangan berlengah lagi.. daftar sekarang di KOLONY.

Tuesday, May 10, 2011

APAKAH YANG TERJADI SEBENARNYA?????

Cuba kau orang perhatikan gambar kat bawah ni, apakah bendanya?

apakah bendanya ni???
Kenapa banyak sangat???ada jualan murah ke????menjadi tanda tanya ni.....sapa yang buat jualan murah lak ni, tak bagi tau awal-awal pun....

ni apa lak bendanya???tiba-tiba tingal satu je???
Kenapa ada dua garisan lak tiba-tiba....aduh pening aku nak fikir, apa kata kauorang yang tolong fikirkan boleh,hehe.....ok lanak rehat dulu, aku tgg jawapan dari kauorang ....
Related Posts with Thumbnails