Cinta Hatiku Sampai Ke Syurga

Showing posts with label b'day. Show all posts
Showing posts with label b'day. Show all posts

Thursday, January 5, 2012

Thanks Sayang - Surprise yang tak disangka

Salam,

Selamat tahun baru semua. Mood hari ni adalah sangat happy dan tersenyum smpai ke telinga,sbb salah satu impian tahun baru 2012 dah tercapai,hehe....

Petang tadi tiba-tiba En Myvitrd masuk bilik dan serahkan bungkusan dibawah. Aku perasan ada orang kol dia, dah tu dia keluar rumah tak lama dia masuk balik dan bagi bungkusan tu kat aku,katanya ada orang bagi. Aku dengan muka peliknya, sapa lak bagi ni,aku tak ada order apa-apa barang pun. Aku baru teringat nak order barang, tapi tak kan baru teringat nak order barang dah sampai kan,hehe...
Ini dia bungkusannya

Hujung tahun lepas En myvitrd ada tanya apa aku nak untuk hadiah ulang tahun perkahwinan kami dan hadiah birthday aku, so aku ada la senaraikan beberapa barang. Kalau aku tak senarai pun rasanya dia dah tahu kot apa yang aku suka. Satu hari aku ada jumpa satu benda ni,so aku bagi tau dia,aku suka benda tu, dia kata ok abg belikan. Tak sampai sejam, En Myvitrd kol dan bagi tau aku benda tu dah sold out, aku tak percaya mula-mula tu. En myvitrd cakap cuba buka tengok web tu,dah cuba try order, aku pun try la order,mmg betul dah sold out, huhu..kecewa gila rasanya. Tapi bila En Myvitrd cakap nanti kita cari yang lain sejuk la sikit hati.

Agaknya apakah di dalam kotak itu

Sebab pelik apa barang dalam tu dan sapa yang bagi kat aku,aku pun buka la bungkusan tu dengan rakusnya,haha...Kat luar bungkusan lak tak ada nama pengirim,just ada alamat je..mmg pelik la kan.Bila buka bungkusan dan ternampak kotak di atas aku terus terdetik ni mesti kerja En Myvitrd. Bila buka kotak dan ternampak barang di bawah mmg tak salah lagi, ini adalah surprise dari En Myvitrd. Sangat terharu k, rupanya dia dah order pun barang yang aku nak, dan kebetulan masa dia order, dia adalah orang yang terakhir sebelum barang sold out, apa lagi berlari aku cari En Myvitrd yang menyorok kat dapur, terlupa lak masih berpantang, kang mak aku nampak aku lari mau kena marah,hehe...Kata En Myvitrd surprise dia tak jadi kali ni sbb di ingat barang yang dia order ni akan sampai bila dia dah balik KL,tapi sebaliknya berlaku.

Jam Tanga dari Royal Crown.

Tu dia jam tangan yang dah lama teringin nak beli, bukan tak ada jam tangan sebelum ni, dah ada tapi aku tak pakai,sbb berat sangat, ikut kan mmg aku suka gila jam tangan yang sebelum ni. Sebab tu sampai sekarang still simpan baik-baik. Apa pun thanks sayang sebab penuhi salah satu impian 2012 dengan menghadiahkan sayang jam tangan ni. Semoga abang dimurahkan rezeki dan boleh penuhi impian sayang yang lain lagi,hehe....

Monday, March 21, 2011

HADIAH

Fuhuuu...tak lama je lagi b'day En Myvitrd yang ke 3_, hehe sila isi sendiri ya....En Myvitrd kata tak boleh bagi tau,rahsia....apa agaknya hadiah nak kasi...kalau tanya sure minta kaw-kaw yang mahal kan, pengsan den nak membelinya....

Teringat lak kat entry Eyriqazz ni, hadiah yang boleh buat suami menitis air mata, bagus juga cadangan hadiahnya, mmg supper best, betul-betul boleh buat suami menitis air mata, malah air mata ku juga menitis sbb duit habis,hehe...

salah satu idaman En Myvitrd, Nokia E7
Ada masa lagi 2 mgg untuk aku fikir nak beli apa, kalau susah sgt sayang belikan kek replika kamera boleh tak syg,hehe...Hadiah untuk orang laki mmg susah nak cari, kalau ada pun yang mahal-mahal gila...Tak boleh habis kan banyak duit untuk hadiah, sbb tahun ni banyak nak pakai duit...kena budget-buget. Ada beberapa projek untuk tahun ni yang perlu diselesaikan, perlukan kos yang banyak...ermmm, pening-pening...sapa yang ada cadangan sila bagi tahu...
Untuk kamera ni, insyallah tengah kumpul kan duit...
Nikon ni insyallah sayang kita kumpul duit sama-sama ya,nanti kita beli k. Tak pun kita minta sponser kat eyriqazz sikit ke dia kan masyukkk...sekarang ni,hehe...

Sunday, December 26, 2010

ROMANTIC DINNER - HAVEN RESTAURANT

haven restaurant

Ahad lepas ahm bawa aku g dinner kat haven restaurant seperti dalam gambar kat atas....Tujuan ahm bawa aku ke sana sure la sbb nak makan kan,hehe...

Sebenarnya tujuan utama ahm adalah untuk sambut ulangtahun perkahwinan kami yang pertama & b'day aku yang ke 2+....teka sendiri k...hehe...First time kami berdua sampai kat sana...tempat yang sangat best dan romantik..i like,hehe...

Pemandangan kat atas menara tinjau ni sangat la cantik...agak teruja aku bila ahm bawa dinner kat sini...Makanan yang di sediakan pun sangat sedap...kat atas ni ada mcm-mcm lagi restauran selain haven ni..kauorg blh pilih mana yang nak ikut selera kauorg.Harga dia pun ok.

Jom layan gambar kat bawah ni...sebelum tu nak ucapkan terima kasih kat my sayang sbb bawa dinner kat sini...memori yang sangat indah, tak akan di lupakan sampai bila2..thanks syg...

Pusat Pelancongan Dan Menara Tinjau (Look Out Point)

happy sgt dapat sampai ke sini......

ahm tersenyum malu..

air yang fresh dan sedap...

sup cendawan yang super best...

udang tempura yang ranggup gila...

Lamp chop adalah kegemaran aku...

Chicken chop lak fav. ahm...

ahm makan sampai lincin..dah tak pandang tempat lain...

sedap...tapi pisang ahm yang hbskan..

Romantic Dinner berlatar belakangkan bandaraya KL.

yeah dapat hadiah..

hadiah untuk ahm ada juga...senyum je dia.

apakah hadiahnya???kena tgg next entry aku...bila la agaknya,hehe...
Hadiah dari ahm utuk aku...

Cantik tak kad ni???cantik kan..tq syg...
Related Posts with Thumbnails