Cinta Hatiku Sampai Ke Syurga

Showing posts with label terima kasih. Show all posts
Showing posts with label terima kasih. Show all posts

Wednesday, January 18, 2012

Rezeki Harraz | Terima Kasih

Salam,

Selamat pagi semua. Tak sabar rasanya nak tunggu esok, En Myvitrd nak balik penang. En Myvitrd nak datang ambil aku dan Harraz balik KL dah tu kitaorg bertiga nak balik Johor, nak bawa Harraz jumpa fuang, ambok wang, mak wang & family En Myvitrd. Ni kiranya first time Harraz nak jumpa orang Johor.

Ok la kita balik ke tajuk asal, aku dah melalut dah tadi,hehe. Firstly aku nak ucapkan terima kasih pada yang sudi bagi hadiah untuk Putera kesayangan kami Muhammad Harraz Fahim & tak lupa juga pada yang sudi bagi angpaw. Alhamdullilah atas rezeki yang tuhan berikan buat Harraz. Sayang rasanya nak buka hadiah-hadiah kat bawah tu, walaupun ada sebahagiannya kitaorang dah buka.  

Sebahagian hadiah Harraz yang belum dibuka.

Orang pertama yang bagi hadiah dan angpaw selepas 2 jam Harraz dilahirkan adalah member office dan big boss aku. Diaorang merupakan orang pertama yang datang melawat aku. Thanks Shida hadiah dan angpow buat harraz, thanks my big boss Pn Fazleen give a big angpaw untuk Harraz. Nanti Harraz simpan duit tu dalam bank ok,hehe..

Jelous lak aku tengok Harraz dapat hadiah banyak,mamanya tak dapat pun,huhu...kesian kat mamakan Harraz,hehe.. Apa pun sekali lagi terima kasih dari aku, En Myvitrd & baby Harraz pada semua yang baik hati. Kalau murah hati selalu-selalu la bagi hadiah dan angpaw kat Harraz ya auntie-auntie semua,hehe...

Sunday, January 9, 2011

BADAN KEBAJIKAN KEWANGAN TNB

Aku bukan nak cerita tentang Badan Kebajikan Kewangan TNB, saja je letak tajuk macam tu,hehe...aku nak cerita yang jumaat baru ni aku dapat hadiah b'day dari Badan Kebajikan Kewangan TNB. Best sangat, dah lama ternanti-nanti hadiah ni,hehe...

hadiah b'day dari badan kebajikan Kewangan TNB.

Kenapa aku cakap ternanti-nanti hadiah ni, macam aku tau je dia orang nak bagi hadiah ni kan. Sebenarnya mmg setiap bulan siapa yang menyambut b'day pada bulan tu di bahagian kewangan akan terima hadiah. Semua orang akan terima hadiah yang sama. Setiap tahun akan berubah-rubah hadiah dia. Jadinya aku dah tau la kan hadiahnya, sbb member-member yang lahir sebelum bulan 12 semua dah dapat kan. Sabar je menanti bila turn aku nak dapat lak kan, tgk orang letak atas meja jelous je, hehe...

 
 Bekas pensil yang sangat cantik.

Ini ada lah kali pertama aku dapat hadiah dari Badan Kebajikan Kewangan TNB, sbbnya aku baru je 11 bulan bertukar ke bahagian kewangan. Apa pun terima kasih banyak-banyak atas sumbangan hadiah ni, sangat suka. Harap tahun ni hadiahnya lagi best la kan,hehe...

 
 Jam pun ada.

 
Boleh letak gambar ahm kat sini.

Saturday, January 1, 2011

TAK RETI NAK UCAP TERIMA KASIH KE?????

Manusia ni kadang-kadang berat mulut betul kan nak ucap terima kasih, tapi kalau bab mengutuk orang atau bergosip ringan je mulut. Orang dah tolong kita atau dah bagi kita sesuatu, apa salahnya ringan kan mulut ucapkan terima kasih bukan orang minta kita balas apa2 pun, just dua perkataan je nak kena sebut, tu pun susah ke. Aku dah jumpa banyak orang macam tu, baru-baru ni pun ada jumpa seorang hamba allah ni, tak yah cerita la kat sini kang sentap lak.

Kat sapa aku marah ni???hehe.. tak marah kat sapa pun, marah kat diri sendiri sebab lambat siapkan entry ni. Dah lama nak tulis sebenarnya, asyik bz je kononnya. 

20.12.2010 baru ni adalah ulang tahun kelahiran aku yang ke 2_ , kebetulan jatuh hari isnin, so sambut kat office je  la kan. Tak ada buat majlis apa-apa pun, tapi tak sangka dan terharu sebab kawan-kawan office ingat b'day aku. Dia orang ada bagi hadiah kat aku, hadiahnya bukan berbentuk barang, tapi duit. Alhamdullilah  rezeki tuhan beri. Berapa jumlahnya tak payah la aku sebutkan,hehe...tapi sangat happy.

sampul yang berisi duit hadiah b'day dari memeber-member office

Entry ni aku buat khas nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada yang sudi beri hadiah ni, walaupun aku baru je 10 bulan bertukar ke department tu, baru sangat kenal diaorang. Tapi hubungan dan layanan diaorang kat aku macam dah kenal lama. Kau orang jangan ingat aku baru nak ucap terima kasih lak, masa dapat tu dah ucap dah terima kasih,hehe...tapi ni entry khas untuk ucapan terima kasih untuk member-member office yang super best. Entry ni sebagai antara simpanan kenangan aku sepanjang tahun 2010. Terima kasih banyak kawan-kawan, semoga tuhan murahkan rezeki anda semua, dah tu boleh bagi hadiah kat aku lagi tahun ni,hehe...sayang you all semua....
Related Posts with Thumbnails