Cinta Hatiku Sampai Ke Syurga

Tuesday, January 10, 2012

Breast Pump Baru | Madela Harmony Manual Breast Pump

Salam,

Selamat malam semua. Hari ni semangat sikit nak update blog sebab baru dapat barang yang di order. Ahad lepas aku order Manul brest pump. So isnin pagi baru aku dapat email order aku dah diproses dan dihantar 9.1.2011, so aku ingatkan esok baru sampai, tak sangka tengah rehat-rehat petang tadi dapat kol dari KTM kata dah ada kat depan rumah aku.

Ini kotaknya.

Jom kita buka kotak dan tengok isi kat dalam. Betul ke barang yang aku order dia hantar jangan di hantar lesung batu macam dalam berita hari ni, dah la, tak baik betul menipu orangkan. 

Tu dia barangnya.

Alhamdullilah betul barang yang dihantar. Bukn apa risau jugakan, dengar macam-macam penipuan sekarang ni, bro Eyriqazz pun ada pesan baru ni, hati-hati beli barang online ni, banyak orang dah terkena. So agak risau juga la kan sebab pertama kali order kat web littlewhiz ni.

Madela Citystyle Brest Pump Bag & Madela Storage Bottle
Madela Hormony Brest Pump

Member aku yang bagi web ni, dia kata tengah ada offer baik punya, bila tengok dan bandingkan dengan web lain memang pakej yang dia bagi ni, harga dia murah dari yang lain. Mula-mula aku berbelah bahagi nak beli Jenama Avent atau Madela. Tanya sana sini mana yang bagus, ramai cakap Madela, mula-mula ingat nak tunggu kak Sumi buat review pasal Brest Pump Avent tapi dah tak sabar terus tekan beli Madela,hehe..tapi akk buat juga review pasal Avent tu k,nanti kalau best, lain kali boleh beli Avent lak,hehe..

Tak sabar nak buka tengok isi kat dalam.

Sebenarnya aku dah ada Electric Brest pump, aku beli sebelum bersalin lagi. Tapi itu  nak guna untuk bawa g kerja atau kat rumah. Yang manual ni aku beli untuk nak bawa g jalan-jalan atau untuk guna kat dalam keta atau tempat yang tak ada electrik.

Set Madela Harmony Manual Breast Pump yang aku beli

Insyallah kalau aku ada masa nanti, aku review pasal ke dua-dua pump ni, itu kalau aku rajin la kan,hehe...Apa pun banyak-banyak terima kasih buat En Myvitrd yang tersayang sebab sudi belikan untuk sayang...

1 comment:

Myvitrd said...

Alhamdulillah selamat bukan lesung batu.. Syukur hope syg happy dgn barang tu ye.. Gunakn sebaiknya ye sygku..

Related Posts with Thumbnails