Cinta Hatiku Sampai Ke Syurga

Showing posts with label brestfeeding. Show all posts
Showing posts with label brestfeeding. Show all posts

Tuesday, January 17, 2012

Stok EBM hari ke 40 berpantang

Salam,

Selamat petang semua, mesti masing-masing tengah sibuk berkerja kan, tak pun tengah tunggu jam kul 5 je waktu balik. Aku macam biasa masih berpantang, so duk tunggu hari je nak habis pantang.

Jom nak tunjuk pencapaian aku setakat hari ke 40 berpantang dalam mengumpul stok EBM. Nak tunjuk pencapaian menguruskan badan rasanya macam tak berapa nak berjaya lagi sbb tak balik ke bentuk badan yang asal kan, walaupun ada penurunan. Tak pa bak kata En Myvitrd mana ada org  lepas bersalin terus kurus, kena amb masa sikit, ayat menenangkan aku la tu,huhu...Ok la untuk menyejuk kan hati sebab tak kurus-kurus balik macam dulu, aku pun buka la peti sejuk untuk tengok banyak mana aku dah kumpul EBM untuk Harraz.

Stok EBM

Lagi sikit nak penuh peti sejuk mak aku, selamat Jumaat ni dah nak balik KL, kalau tak mahu mak aku yang kena beli peti sejuk baru,hehe..Risau juga ni macam mana nak bawa balik KL dengan selamatnya, ada baca beberapa blog cara-cara nak bawa EBM dengan selamat dalam perjalanan jauh, insyallah akan cuba ikut cara diaorang tu. 

Kalau orang tanya aku cukup ke stok banyak ni, jawapan aku cukup tak cukup lain cerita yang penting aku dah usaha sebaik mungkin untuk sediakan stok EBM ni, harapan aku ia mencukupi dan akan bertambah dari masa ke semasa. Insyallah semoga semangat aku tak luntur nak BF kan Harraz.

Kesayangan kami

Semua susu kat atas adalah untuk si kecil Harraz. Cepat membesar ya sayang. Tak sabar nak tengok Harraz boleh berjalan dan berlari,hehe..
Related Posts with Thumbnails