Cinta Hatiku Sampai Ke Syurga

Monday, October 18, 2010

SAPA YANG BENGAP???

Bos:

Dua org bos besar sedang lepak2 sambil minum kopi di Coffee Bean. Bos sorang ni berkata, "Hey, awak nak tahu, saya punya driver punya laa bengap. Kalau tak percaya, sekejap saya panggil dia". Dia memanggil driver dia dan berkata,"Ah Beng... awak amik ini RM10, pergi kat showroom dan belikan saya Porche 911 Turbo". Ah Beng jawab,"Yes sir! Orait!!" dan terus bergegas ke showroom kereta..

Bos yg satu lagi pulak berkata,"Ohh.. tu ok lagi. Saya punya driver lagi bengap. Leman!, meh sini kejap!!". Leman berlari ke bosnya. "Apahal tuan?". Bosnya berkata, "Awak pegi balik rumah, check sama ada saya ada di rumah atau tidak". Leman jawab, "Orait tuan!!", lalu bergegas balik ke rumah bosnya. Bosnya berkata kpd bos satu lagi, "Tengok! Si Leman ni mmg bengap nak mampos. Dah tau saya kat sini, takkan laa dia tak boleh fikir yg saya ni ada di rumah ke tidak. Hahaha...".

Driver

Petang itu, bertemu laa dua org driver tadi. Si Ah Beng berkata,"Lu tau ka, gua punya bos aa... maaaaanyak bengap laa. Dia kasi sama gua sepuluh ringgit suruh beli Porche. Dia tatak tau ka ini hari, hari Ahad. Mana kedai bukak?".

Si Leman balas balik, "Hehe.. bos aku laaagi bengap. Ada ke dia suruh aku check dia ada kat rumah ke tak. Dia ada henset, call je laa rumah kalau nak tau sangat. Bengap betul".

4 comments:

Tn.Punya said...

hahaha..abg rasa bos dia bengap..sebab tanya soalan bodoh dekat pekerja dia..hahaha

Omar said...

dua-dua sama bengap la tu..haha

Anonymous said...

Kalau sakit hati dengan bos, baca je kat dia pantun ni (dari buku ‘Alamak, Bosku Seperti Hitler!’) hahaha:

Pagi-pagi, sudah mencemuh,
Si pemandu terus terdiam mengeluh,
Bos ini jenis yang kecoh,
Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.

“Ada pelanggan hendak jumpa”,
Itulah kata si setiausaha,
Bos enggan, mengantuk katanya,
Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.

Bos memanggil mesyuarat mengejut,
Ada pekerja berjalan bak siput,
Bos pun menengking sampailah semput,
Para pekerja terkentut-kentut.

Anonymous said...

Rasulullah adalah orang yang paling bijak... tapi lidahnya tidak pernah menyebut sesiapa pun bengap atau bodoh.
Kenapa yer?
Hanya Allah saja yang berhak ke atas ciptaannya tapi ... ya Allah ampunilah aku.

Related Posts with Thumbnails