Cinta Hatiku Sampai Ke Syurga

Thursday, March 25, 2010

AWAS BILA BELI TEPUNG....

Jalan Ipoh,Kuala Lumpur,28 Jan 2010,12 tgh
Dua kali permohonan sijil halalnya dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jakim ditolak.Menurut pengusaha tepung ini, penggunaan sijil halal amat perlu dalam perniagaannya kerana ramai pelanggan mahukan jaminan halal dalam produk keluarannya.Jalan terakhirnya, ialah memohon sijil halal dari Islamic Food Research Center IFRC ,dan seperti biasa, sijil ini dengan mudah diperolehi dengan kadar bayaran yang ditetapkan pengeluar.Bagaimanapun, logo halal IFRC masih tetap tidak meyakinkan pengusaha kerana sijil halal ini bukan sijil halal dikeluarkan kerajaan,malah ianya tidak diiktiraf.
(Dalam undang-undang, tidak menjadi kesalahan meletakkan logo IFRC pada pembungkusan, walaupun ia tidak diiktiraf. Kelemahan ini menyebabkan sijil halal boleh diperolehi dengan mudah dengan membayar wang walaupun mungkin restoran/pengusaha turut menjual arak di dalamnya atau tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan.
Akta Halal akan dibentangkan di parlimen tidak lama lagi bagi mengelakkan lebih ramai pengguna Islam tertipu atau terpedaya dengan kewujudan berbagai pihak yang mengeluarkan sijil halal. Saya akan mendedahkan konflik sebenar yang mengelirukan umat Islam selama ini mengenai status sijil-sijil yang bermacam-macam ini.)
Jalan paling mudah, logo Halal Jakim dicetak pada pembungkusan.Malah, ketika serbuan ini dilakukan, pengusaha memberi pelbagai alasan mengapa dia meletakkan logo halal Jakim pada pembungkusannya.Antara alasannya ialah - dia telah memohon sijil Halal Jakim, tetapi tidak diluluskan,tetapi bagi menjaga pelanggan, dia tetap meletakkan logo itu.Tidak cukup di situ, pengusaha turut menyalahkan Jakim kerana lambat dalam mengeluarkan sijil halalkepada pihaknya walaupun telah beberapa kali berurusan dengan Jakim di Putrajaya..Untuk rekod, memang benar syarikat ada memohon sijil halal Jakim,dan kali terkahir ditolak pada penghujung tahun lalu.Tiada kompromi, apabila beginilah keadaannya persekitaran kilang,mana mungkin ia akan diluluskan.Itu jawapan paling tepat, mudah dan tiada berselindung.
(Jadi, kepada anda yang masih tidak faham akan sijil halal swasta seperti IFRC itu,silalah lihat contoh di dalam serbuan ini - apakah kriteria yang meluluskan pemberian sijil halal mereka kepada pengusaha?)
Kilang tepung ini telah beroperasi lebih 20 tahun lalu dan menjadi pilihan kepada ramai pengusaha restoran,suri rumah, dan makanan berempah serta makanan seperti kuih maruku.

Senarainya amat panjang,:

Serbuk Kunyit,Serbuk Kari Ayam,Serbuk Kari Ikan, Serbuk Rempah Biryani,Serbuk Cili,Serbuk Lada Putih,Serbuk Lada Hitam,Serbuk Kurma,Serbuk Jintan Putih,Serbuk Jintan Manis,Serbuk Ketumbar ,Tepung Beras,Tepung Atta, Tepung Kacang Kuda,Tepung Ragi,Tepung Suji, Tepung Kacang Hijau Goreng, Tepung Jagung, Tepung Kentucky, Tepung Kastard, Tepung Marukku, Tepung Kuih Bunga Ros, Tepung Addresam, Tepung Ommapodi & Tepung Raya Thosai.

Serbuan disertai Jakim dari Bahagian Hub Halalnya diketuai Penolong Pengarahnya Mohd Amri Abdullah.Masuk sahaja dalam kawasan kilang, kita akan mendapati satu suasana bising mesin-mesin sedang memproses tepung.Pekerjanya ada yang berselipar, berkaki ayam, menutup mulut, tidak bertutup beribu-biru guni tepung dan rempah-ratus bersepah di merata-rata tempat di dalam bangunan ini.Ada juga kawasan untuk menggaul campuran tepung yang terdedah dengan habuk,debu dan pekerja yang berkaki ayam memijak rempah ratus ini.Di dalam kawasan kilang ini juga terdapat sebuah bilik tempat tinggal beberapa pekerjadengan sistem pengudaraan yang amat teruk dan berbau busuk.Tidak cukup di situ, apabila semakin jauh ke belakang , kita akan menemui berbagai guni.kotak yang berdebu, bersawang dan kotor serta busuk.Dan, paling menjijikkan apabila najis anjing turut ditemui di dalam premis ini,kerana pemilik turut memelihara anjing yang diletakkan di belakang kilang,tetapi laluan tidak ditutup menyebabkan anjing bebas keluar masuk.Inikah kriteria untuk diluluskan pengeluaran sijil halal?

No comments:

Related Posts with Thumbnails