Cinta Hatiku Sampai Ke Syurga

Monday, October 3, 2011

SENARAI BARANG KEPERLUAN BAYI BAKAL LAHIR - VERSI 1

Salam,

Kali ni aku nak berkongsi dengan rakan-rakan semua senarai barang baby yang aku dah senaraikan untuk preparation kelahiran cahaya mata pertama kami. Aku kongsi sikit dulu nanti aku bagi lagi k,kalau sapa-sapa yang nak dalam bentuk excel boleh minta kat aku nanti aku emailkan.


Senarai yang aku tulis ni hanya sebagai panduan tak semestinya kena beli,ikut keperluan dan kesesuaian.Ada orang cakap senarai aku ni banyak sangat dan membazir, terpulang pada diri sendiri,macam aku kata tadi ikut keperluan. Bagi aku dan ahm memang banyak nak kena beli sebab ni pertama kali kami akan menyambut cahaya mata,so sudah tentu semua barang tak ada.

Kalau ada kekurangan atau rasa terlebih dalam senarai aku ni, kau orang boleh lah kurang kan atau tambah sendiri ya...harap dapat membantu rakan-rakan semua.

Credit to my love Myvitrd

A. PAKAIAN / TIDUR 
  1. Baju Lengan Panjang & Seluar Panjang
  2. Baju Lengan Pendek & Panjang
  3. Baju Lengan Pendek & Seluar Pendek 
  4. Rompers
  5. Barut baby 
  6. Bengkung baby 
  7. Set Sarung kaki  & tanggan 
  8. Sarung Kaki 
  9. Tuala Kecil 
  10. Tuala Besar 
  11. Topi 
  12. Lampin Bayi
  13. Pampers ( New Born ) 
  14. Selimut Baby 
  15. Sapu tangan kecil 
  16. Bantal kepala & Peluk
  17. Tilam & sarung
  18. Kelambu 
  19. Buaian & Kain Buaian 
  20. Lapik baju (BIP)
Untuk lihat senarai seterusnya anda boleh rujuk link ini Versi 2 & Versi 3.

ADUH DUIT LAGI

Salam,

Hai semua,hari ini aku & ahm telah bercuti secara tidak sengaja, pagi macam biasa semangat hari isnin nak masuk keja,semangat la sangat kan,hehe....turun bawah masuk keta,siap cakap kat ahm,jap lagi nak beli kuih kat kedai depan tu tau, tapi sekali ahm hidup kan keta tak boleh,kali kedua pun tak boleh. Apa lagi aku tengik muka ahm,ahm tengok muka aku,aik aa dah jadi semalam elok je,berjalan sampai ke bukit tinggi.

Terus hilang mood kitaorg nak g keja, dekat setengah jam ahm cuba hidup kan dan check apa yang patut tapi still tak boleh-boleh, ahm try tanya jiran-jiran nak minta jumper tapi masing-masing tak ada wayar jumper.

So keputusannya ahm ajak aku naik atas rumah balik, nanti kul 10 pagi baru dia keluar g bengkel,awal-awal pagi mana ada bengkel buka kan. Lepas sarapan dalam kul 10 pagi ahm keluar g bengkel dengan muka sedih, muka ahm bertambah sedih bila terpaksa jalan kaki ke bengkel, motor pun tak ada sebab dia tinggalkan kat office.

Alhamdullilah dalam kul 11pagi macam tu keta dah ok,duit pun dah melayang,huhu....ahm balik dari betulkan keta terus tido,katanya nak cuti terus sehari,tak ada mood nak keja katanya,aku ok je,hehe...


saya dah ok,boleh sambung jalan-jalan,hehe...

Saturday, October 1, 2011

THIRD TRIMESTER

Aslm...

Apa khabar semua???lama rasanya aku tinggal kan blog ni bersawang. Cik Lily Putih pernah tegur aku kenapa tak update-update blog...aku senyum je...cuba teka jangan cakap la boleh kata kan hari-hari tanya aku bila nak update blog,aku senyum juga lagi,hehe....Hari ni tiba-tiba rasa macam rajin so nak la update sikit tentang perkembangan kandungan aku...

29 weeks sudah...
Usia kandungan aku hari ni dah masuk 29 minggu lebih kurang 11 minggu lagi due untuk bersalin. Rasa tak sabar ada,rasa takut pun ada...macam-macam duk dalam fikiran ni, semoga dipermudahkan segalanya. Alhamdullilah sepanjang mengandung ni, belum ada alah-alah atau mabuk, cuma mula masuk kandungan 4 bulan sampai hari ni belakang aku akan sakit kalau duduk lama sangat. Dr cakap kalau sakit pinggang tu normal tapi bila perut dah besar,tapi masalahnya aku bukan sakit pinggang, tapi sakit belikat, makna lain untuk belikat tak tau lak aku nak panggil apa.Sakit diantara tulang belakang, bahagian sebelah kanan belakang aku.

Aku mula rasa pegerakan baby masa usia kandungan 5 bulan lebih,time tu macam caya tak caya ada pergerakan dalam rahim aku ni...ahm paling teruja sekali, asyik nak rasa je baby gerak.Kalau dia tunggu lama,tapi baby still tak gerak,muka terus sedih,hehe....

Insyallah hujung bulan ni aku dah mula check up kat hospital tempat aku nak bersalin nanti,pening juga duk fikir mula-mula nak bersalin kat mana, tapi buat masa ni kitaorg dah buat keputusan untuk bersalin KPJ Damansara Specialist Hospital. Tapi tak tau la kan still ada masa untuk ubah fikiran,hehe...apa pun harap semuanya berjalan lancar.

Ok la nanti aku sambung cerita lagi k...

Tuesday, September 27, 2011

Projek Mencari Hospital Bersalin Bermula

Penulis Jemputan : Myvitrd.com

Salam semua,

Sejak tn. empunya blog ni berbadan dua.. rasa-rasanya boleh aku bilang dengan jari berapa kali dia update blog.. bukan setakat dah bersawang.. dan berlumut dan blog ni.. hehehe.

Tapi tak pelah selagi aku masih larat dan ada idea insyaallah aku tolong-tolong juga jaga & updatekan blog cik malarang ni.

Sekarang dah masuk minggu ke-28 kandungan cik malarang.. so banyak benda yang dah kena prepair dari sekarang ni.. salah satu persediaan adalah untuk memilih lokasi untuk bersalin.

Korang percaya tak aku ni dilahirkan dirumah je.. bukan hospital atau klinik dan mak bidan yang sambut aku dulu tu masih hidup dan kuat lagi.. ilmu apa yang dia amalkan aku pon tak pasti..he2

Credit : google.com

Malam semalam kami berdua dah start bincang-bincang lokasi cadangan untuk bersalin dekat KL ni.. ikut rancangan awalnya cik malarang nak bersalin dekat Penang.. tapi disebabkan jadual peperiksaan PJJ beliau dah bertukar so plan untuk bersalin dekat Penang pon terpaksa tukar sekali.

Mungkin sesetengah orang tak kisah nak bersalin dekat mana.. macam aku dengan cik malarang ni ada cerewet sikit.. yang cerewet akulah sebenarnya..hehehe.

Syarat yang wajib dekat tempat cik malarang nak bersalin tu adalah aku nak doktor perempuan yang sambut baby kami nanti.. dan antara hospital yang di cadangkan adalah Hospital KPJ Damansara.. tapi masalahnya sekarang ada sesetangah pendapat dari sumber internet mengatakan sesetengah doktor perempuan yang ada dekat hospital ni tak memberi layanan yang baik kepada pesakit.. Betul ke?

Sebab tu kalau boleh kami ni nak minta pandangan dan cadangan Hospital mana yang sesuai untuk kami pergi untuk bersalin nanti.. dan paling penting Hospital tu ada doktor perempuan yang akan sambut baby kami.

Mungkin korang yang dah jadi ibu & ayah ni ada pengalaman ... bolehlah bagi  sedikit panduan dan cadangan dekat kami berdua yang masih baru ni.. hehehe.

Apa pon kami berdua harapkan semoga semuanya selamat nanti... 
Related Posts with Thumbnails