Cinta Hatiku Sampai Ke Syurga

Saturday, October 1, 2011

THIRD TRIMESTER

Aslm...

Apa khabar semua???lama rasanya aku tinggal kan blog ni bersawang. Cik Lily Putih pernah tegur aku kenapa tak update-update blog...aku senyum je...cuba teka jangan cakap la boleh kata kan hari-hari tanya aku bila nak update blog,aku senyum juga lagi,hehe....Hari ni tiba-tiba rasa macam rajin so nak la update sikit tentang perkembangan kandungan aku...

29 weeks sudah...
Usia kandungan aku hari ni dah masuk 29 minggu lebih kurang 11 minggu lagi due untuk bersalin. Rasa tak sabar ada,rasa takut pun ada...macam-macam duk dalam fikiran ni, semoga dipermudahkan segalanya. Alhamdullilah sepanjang mengandung ni, belum ada alah-alah atau mabuk, cuma mula masuk kandungan 4 bulan sampai hari ni belakang aku akan sakit kalau duduk lama sangat. Dr cakap kalau sakit pinggang tu normal tapi bila perut dah besar,tapi masalahnya aku bukan sakit pinggang, tapi sakit belikat, makna lain untuk belikat tak tau lak aku nak panggil apa.Sakit diantara tulang belakang, bahagian sebelah kanan belakang aku.

Aku mula rasa pegerakan baby masa usia kandungan 5 bulan lebih,time tu macam caya tak caya ada pergerakan dalam rahim aku ni...ahm paling teruja sekali, asyik nak rasa je baby gerak.Kalau dia tunggu lama,tapi baby still tak gerak,muka terus sedih,hehe....

Insyallah hujung bulan ni aku dah mula check up kat hospital tempat aku nak bersalin nanti,pening juga duk fikir mula-mula nak bersalin kat mana, tapi buat masa ni kitaorg dah buat keputusan untuk bersalin KPJ Damansara Specialist Hospital. Tapi tak tau la kan still ada masa untuk ubah fikiran,hehe...apa pun harap semuanya berjalan lancar.

Ok la nanti aku sambung cerita lagi k...

3 comments:

Myvitrd said...

yehhh. akhirnya tulisan tangan dari isteriku tercinta dah keluar.. tak sabar nak tunggu entri seterusnya cygku.. mcm tulah cyg dia

ked :) said...

wah tahniah :D

malarang_kak said...

myvitrd : tiba-tiba terajin la syg.

ked : tq...

Related Posts with Thumbnails