Salam semua,
Sejak tn. empunya blog ni berbadan dua.. rasa-rasanya boleh aku bilang dengan jari berapa kali dia update blog.. bukan setakat dah bersawang.. dan berlumut dan blog ni.. hehehe.
Tapi tak pelah selagi aku masih larat dan ada idea insyaallah aku tolong-tolong juga jaga & updatekan blog cik malarang ni.
Sekarang dah masuk minggu ke-28 kandungan cik malarang.. so banyak benda yang dah kena prepair dari sekarang ni.. salah satu persediaan adalah untuk memilih lokasi untuk bersalin.
Korang percaya tak aku ni dilahirkan dirumah je.. bukan hospital atau klinik dan mak bidan yang sambut aku dulu tu masih hidup dan kuat lagi.. ilmu apa yang dia amalkan aku pon tak pasti..he2
Credit : google.com |
Malam semalam kami berdua dah start bincang-bincang lokasi cadangan untuk bersalin dekat KL ni.. ikut rancangan awalnya cik malarang nak bersalin dekat Penang.. tapi disebabkan jadual peperiksaan PJJ beliau dah bertukar so plan untuk bersalin dekat Penang pon terpaksa tukar sekali.
Mungkin sesetengah orang tak kisah nak bersalin dekat mana.. macam aku dengan cik malarang ni ada cerewet sikit.. yang cerewet akulah sebenarnya..hehehe.
Syarat yang wajib dekat tempat cik malarang nak bersalin tu adalah aku nak doktor perempuan yang sambut baby kami nanti.. dan antara hospital yang di cadangkan adalah Hospital KPJ Damansara.. tapi masalahnya sekarang ada sesetangah pendapat dari sumber internet mengatakan sesetengah doktor perempuan yang ada dekat hospital ni tak memberi layanan yang baik kepada pesakit.. Betul ke?
Sebab tu kalau boleh kami ni nak minta pandangan dan cadangan Hospital mana yang sesuai untuk kami pergi untuk bersalin nanti.. dan paling penting Hospital tu ada doktor perempuan yang akan sambut baby kami.
Mungkin korang yang dah jadi ibu & ayah ni ada pengalaman ... bolehlah bagi sedikit panduan dan cadangan dekat kami berdua yang masih baru ni.. hehehe.
Apa pon kami berdua harapkan semoga semuanya selamat nanti...
3 comments:
tak der cadangan hospital mana cuma nak share jer pengalaman my sis..
dia kata kalao nak bersalin lebih baik kat bidan atau nurse sebab lagi cekap dari doktor.. ;)
xjuga...mase dlu org bsalin pun dokter pompuan...lg die memahami..tp tengok dokter jugak kot...kalau farah nk besalin kat kpj 2 myb lg ok...cz kte yg bayar die kan...tp selamat mencari yang terbaik k..
tq,kitaorg masih buntu mencari hospital.
Post a Comment