Cinta Hatiku Sampai Ke Syurga

Monday, November 28, 2011

Samsung Galaxy Note Buat En Myvitrd

Salam semua,

Wah En Myvitrd dapat hadiah Samsung Galaxy Note ke? Kalau la dia dapat sure tido malam dah tak peluk bini, samsung galaxy note tu yang di peluknya,haha....Cuba tanya dia kalau kauorang tak percaya,hehe...

Samsung galaxy note idaman En Myvitrd

Ahad petang lepas En Myvitrd balik keja, dia bawa aku keluar jalan-jalan, tujuan sebenarnya adalah untuk survey barang our junior dan Samsung Galaxy Note. Dari one utama sampai ke ikea dan ikano kitaorg survey akhirnya balik dengan tanggan kosong, barang untuk our junior belum jumpa yang berkenan di hati. Samsung Galaxy Note lak, En Myvitrd kata nak balik fikir-fikir dulu, nak beli ke tidak.

Jadinya aku biarkan dia balik dan fikir-fikir kan dulu. Tapi pagi isnin dia bangun tido sambil tersenyum, aku tanya kenapa senyum-senyum? dia kata semalam dia mimpi, aku tanya la mimpi apa? dia cakap mimpi beli benda tu... benda apa aku tanya lagi? sambil tersenyum-senyum dia cakap abg mimpi abg beli Samsung Galaxy Note, happy sangat katanya...aduh dah parah kalau macam ni....Nak kena beli juga ni...

Cantikkan
En Myvitrd minta pendapat aku nak beli ke tak, aku cakap kalau suka beli je, kalau rasa ada duit, kalau tak ada duit nanti aku potong gambar kat pamplet yang dapat tu aku kasi dia,hehe....Aku benarkan En Myvitrd beli sebab sebelum ni dia tak pernah nak bazirkan duit dia untuk gadget-gadget atau selalu tukar-tukar hp, hp buruk yang satu tu la dia pakai dari sebelum kahwin sampai sekarang. So Bagi aku apa salahnya dia beli kali ni, sbb aku tengok dia dah suka sangat. Kalau nak suruh aku belikan kena tunggu hujung bulan 12 la, itu pun kalau company aku murah hati nak kasi bonus,hehe....

Kalau nak tau apa keistimewaan Samsung Galaxy Note dan pakej yang ada boleh tgk kat sini.

5 comments:

far_east said...

dia skrg tgh mabuk racun tue hehe...sure dlm mimpi tue dah terbayang2 pakai samsung nie hihi..

shraqs said...

Tak rugi beli Note, sy sdr guna memang puas hati. Tapi kena tau la ckit2 nak optimize baru lebih bagus.

malarang_kak said...

far_east : haha...mimpi sampai megigau la agaknya...

shraqs : insyallah ada rezeki dapat la hadiah untuk En Myvitrd nanti.

kak ina kl said...

wah seronoknyalah dia..tertunailah hasrat di hati suami kamu..tak perlah bagi can dia nak merasa hp baru kan

Myvitrd said...

tq sygku.. seperti kata @kak ina.. tertunai hasratku... hehehe.. Dengan samsung Galaxy Note Macam2 ada... hehehe

Related Posts with Thumbnails