Cinta Hatiku Sampai Ke Syurga

Tuesday, December 6, 2011

Rezeki Our Junior

Salam semua,

Selamat pagi semua, dah banyak hari tak update blog ni. En Myvitrd pun dah bising-bising suruh update, bila mood malas datang jangan cakap apa, mmg terus tak ada idea nak update. Ok malam ni nak cerita sikit pasal hadiah...Siapa agaknya yang dapat hadiah kauorang rasa???apa dia, En Myvitrd dapat hadiah! wah dia mmg dapat hadiah, tu yg senyum sampai hari ni tak habis-habis lagi....tapi bukan nk cerita tentang hadiah En Myvitrd tapi nk cerita tentang hadiah buat our junior.

Cuba kauorang tengok gambar kotak kat bawah tu, cantik kan balutan dia....Masa dapat je hadiah ni, jadi tak sabar nak buka, tapi tahan kan diri je sebab nak balik buka sama-sama dengan En Myvitrd.

Hadiah Dari seorang blogger
Hadiah ni kitaorang terima dari seorang blogger yang jauh di kedah. Tak sangka betul dia nak bagi hadiah. Tiba-tiba dia minta alamat katanya nak pos barang. So En Myvitrd minta aku bagi alamat office aku, sbb kalau pos kat rumah tak ada sapa nak terima nanti, tak ada orang kat rumah.

Jom kita tengok apa hadiahnya. Sekali buka set baju baby la....Wah sangat teruja, hadiah pertama buat Our Junior. Bertuah betul belum lahir dah dapat hadiah. Mamanya ni yang duk tunggu hadiah dari daddy, dapat ke tidak ni agak-agaknya,hehe....jangan lupa ya En Myvitrd hadiah ulang tahun perkahwinan dan hadiah b'day sayang....kalau tak merajuk balik kampung 100 hari,hehe...

Ni la hadiahnya, cantikkan....
Apa pun banyak-banyak terima kasih buat far_east atas hadiah yang diberi. Cantik sangat, sampai kan nak buka En Myvitrd kata sayang. Hadiah untuk anak, tapi mak bapak yang teruja lebih,hehe...

4 comments:

far_east said...

sama2 kasih malarang-kak...far east dah lama dok ikuti blog myvitrd dan malarang-kak...dah lama berhajat nak bagi hadiah bila tau malarang-kak pregnant, cuma baru aritu berkesmpatan tanya alamat hih...

Myvitrd said...

Alamak merajuk 100 hari kalau tak dapat hadiah... huhu.. kena belikan hadiah jugalah macam ni.. hehehe.. kalau buat2 lupa macam mana ye.. hehehe

malarang_kak said...

far_east : terima kasih banyak2, sgt menghargai...

myvitrd : hehe...kalau buat2 lupa tambah lagi 100 hari lagi...

atikah hassan said...

bestnye da nak ade baby. tahniah! hope semuanya dipermudahkan sampai melahirkan. take care the baby baik2 tau! akak, kite da follow. t kalau free2 singgah la ke blog kite plak ^^

Related Posts with Thumbnails