Hari ni masuk hari ketiga berseorangan dirumah, En Myvitrd terpaksa bekerja, ikutkan aku ni penakut duduk sorang kat rumah, selalunya kalau hujung minggu dia berkerja sure aku akan ikut dia bekerja, tapi dah dekat-dekat nak bersalin ni, badan dah tak larat nak duduk lama-lama kat office dia. So terpaksa beranikan diri untuk duduk sorang-sorang kat rumah. Nak menhilangkan rasa takut aku online atau pun aku tido je.
So sebelum aku sambung tido, pagi ni aku nak bercerita sikit tentang buku Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerja yang aku dapat masa 2nd Maternity and Children Expo Mid Valley hari tu. Bagi aku buku ni sangat berguna, banyak panduan yang berguna, terutama buat ibu-ibu yang baru pertama kali ingin menyusukan anak secara eksklusif. Buku ini ditulis didalam Bahasa Melayu.
Buku Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerjaya |
Ok aku cerita sikit info tentang buku ni yang aku dapat dari web Moms Little Ones. Buku ini diterbitkan oleh Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu WPKL khusus buat ibu-ibu bekerjaya yang ingin meneruskan penyusuan susu ibu secara eksklusif. Kandungannya sangat sesuai untuk para ibu yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan penyusuan susu ibu.
Antara topik kandungan buku ini:
- Pilihan-pilihan bagi Ibu bekerjaya
- Penyusuan Susu Ibu
- Perancangan Awal Ibu Bekerja Yang Ingin Melakukan Perahan
- Latihan Memerah
- Memerah Susu dengan Tangan (Manual)
- Memerah Susu dengan Pam
- Jenis-jenis Pam
- Panduan Am Cara Menyimpan Susu Perahan
- Cara Menyimpan Susu Perahan
- Mencairkan Perahan Susu Ibu Yang Dibekukan
- Cara Memberi Perahan Susu Ibu
- Tips Kejayaan Penyusuan Susu Ibu Bekerjaya
- Cara Mudah Memantau Tumbesaran Bayi
- Carta Pertumbuhan WHO (2006)
- Sumber Makanan Berkhasiat yang Boleh Merangsang Penghasilan Susu
- Dilengkapi dengan 7 lampiran yang boleh dijadikan rujukan khusus untuk ibu bekerjaya yang menyusu.
Buku ni kauorang boleh dapat kan di Moms Little Ones dengan harga RM 10. Bagi aku harga buku ni murah, orang kata harga mampu milik dan panduannya sangat berguna. Nanti ada masa aku kongsi dengan kauorang serba sedikit isi dalam buku ni ya...
2 comments:
bila duenya farah?
insyallah 18.12.2011
Post a Comment