Cinta Hatiku Sampai Ke Syurga

Monday, November 28, 2011

Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerjaya

Salam selamat pagi semua,

Hari ni masuk hari ketiga berseorangan dirumah, En Myvitrd terpaksa bekerja, ikutkan aku ni penakut duduk sorang kat rumah, selalunya kalau hujung minggu dia berkerja sure aku akan ikut dia bekerja, tapi dah dekat-dekat nak bersalin ni, badan dah tak larat nak duduk lama-lama kat office dia. So terpaksa beranikan diri untuk duduk sorang-sorang kat rumah. Nak menhilangkan rasa takut aku online atau pun aku tido je.

So sebelum aku sambung tido, pagi ni aku nak bercerita sikit tentang buku Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerja yang aku dapat masa 2nd Maternity and Children Expo Mid Valley hari tu. Bagi aku buku ni sangat berguna, banyak panduan yang berguna, terutama buat ibu-ibu yang baru pertama kali ingin menyusukan anak secara eksklusif.  Buku ini ditulis didalam Bahasa Melayu.

Buku Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerjaya

Ok aku cerita sikit info tentang buku ni yang aku dapat dari web Moms Little Ones. Buku ini diterbitkan oleh Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu WPKL khusus buat ibu-ibu bekerjaya yang ingin meneruskan penyusuan susu ibu secara eksklusif. Kandungannya sangat sesuai untuk para ibu yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan penyusuan susu ibu.

Antara topik kandungan buku ini: 

  1. Pilihan-pilihan bagi Ibu bekerjaya 
  2. Penyusuan Susu Ibu 
  3. Perancangan Awal Ibu Bekerja Yang Ingin Melakukan Perahan
  4. Latihan Memerah 
  5. Memerah Susu dengan Tangan (Manual)
  6. Memerah Susu dengan Pam 
  7. Jenis-jenis Pam
  8. Panduan Am Cara Menyimpan Susu Perahan 
  9. Cara Menyimpan Susu Perahan 
  10. Mencairkan Perahan Susu Ibu Yang Dibekukan 
  11. Cara Memberi Perahan Susu Ibu 
  12. Tips Kejayaan Penyusuan Susu Ibu Bekerjaya 
  13. Cara Mudah Memantau Tumbesaran Bayi 
  14. Carta Pertumbuhan WHO (2006) 
  15. Sumber Makanan Berkhasiat yang Boleh Merangsang Penghasilan Susu
  16. Dilengkapi dengan 7  lampiran yang boleh dijadikan rujukan khusus untuk ibu bekerjaya yang menyusu.
Di bahagian akhir buku ini (Lampiran 7) terdapat senarai maklumat lengkap kaunselor - kaunselor laktasi untuk bantuan dalam penyusuan.

Buku ni kauorang boleh dapat kan di Moms Little Ones dengan harga RM 10. Bagi aku harga buku ni murah, orang kata harga mampu milik dan panduannya sangat berguna. Nanti ada masa aku kongsi dengan kauorang serba sedikit isi dalam buku ni ya...
Related Posts with Thumbnails