Cinta Hatiku Sampai Ke Syurga

Thursday, March 31, 2011

MISTERI APA PULAK YANG SEDANG MELANDA NI

Salam semua,

Sejak aku belikan en.hubby dengan Digital Kamera.. bukan main seronok lagi dia main petik gambar.. tak kira siang ke malam ke..semua nak dipetiknya.. sebagai contoh gambar klcc dekat bawah ni.. sehari selepas beli Digital Kamera tu terus gi ronda-ronda klcc.. katanya nak ambil gambar.

KLCC Kebanggaan Negara
Tapi yang peliknya semalam seorang sepupu yang berada di Penang mengirim satu gambar yang penuh dengan tanda tanya?.. KENAPA?

Apa yang peliknya gambar yang sepupu aku kirim tu nampak berbeza dengan gambar yang en.hubby pernah ambil sebelum ni.. ini kerana gambar yang sepupu aku kirim tu ada satu simbol pelik diatas menara klcc tu.. Pada awalnya bila aku amat-amati aku sangkakan awan.. tapi kalau awam mana ada boleh kita nampak diwaktu malamkan..

sepupu aku minta aku siasat apa benda ni.. sebab kebetulan opis hubby aku dekat je dengan KLCC ni takut-takut nanti hubby aku kena jangkitan pulak.. huuhu.. takut ni..


Tiba-tiba je aku rasa macam aku meremang je bulu roma tengok lama-lama photo tu.. semacam ada tanda isyarat sesuatu akan berlaku... YaAllah apa akan berlaku ni?

Menguatkan lagi degupan jantung aku bila video ini ku temuai..







Dalam benak fikiran aku tertanya-tanya...

Mungkinkan ini isyarat satu petanda perkara besar akan berlaku... ohhh moga dijauhkan atau hanya kesilapan lanser kamera sahabat yang mengambilnya..  atau simbol dari mahluk asing yang tinggal di planet lain.... masih berteka-teki sampai sekarang aku ni..

Sampaikan nak tidor pon aku masih terbayang-bayang simbol pelik tu.. Tolonglah bantu aku.. rasa-rasa korang apa sebenarnya akan berlaku ni?

** Aku tidak mahu hidup aku diselubungi dengan misteri...

Monday, March 28, 2011

RANDOM GIVEAWAY POLO WALLET BY DARKBATMAN

Tengah jalan-jalan kat blog member-member blogger lain, tiba-tiba terjumpa lak GiveAway yang menarik dari blog darkbatman.

Best juga hadiah ni....Kalau menang nanti ni boleh bagi hadiah b'day En Myvitrd tak lama je lagi ni. Harap-harap boleh la menang ya darkbatman,hehe....


Ni la hadiah untuk pemenang Give Away,menarik kan...

Jom  kita tengok macamana nak join giveaway ini 

1. Buat entri dengan copy tajuk entri kat atas tu ‘’Random GiveAway Polo Wallet by darkbatman’’.

2. Sertakan Gambar Wallet Polo sekali.

3. Tag 3 orang rakan untuk join contest ini (sapa – sapa pun boleh tapi mestilah blogger )

4. Tinggalkan link entri anda kat bawah ruangan komen supaya senang darkbatman nak jejak entri anda semua. 


3 orang rakan yang aku nak tag adalah,jeng-jeng,hehe....

Monday, March 21, 2011

HADIAH

Fuhuuu...tak lama je lagi b'day En Myvitrd yang ke 3_, hehe sila isi sendiri ya....En Myvitrd kata tak boleh bagi tau,rahsia....apa agaknya hadiah nak kasi...kalau tanya sure minta kaw-kaw yang mahal kan, pengsan den nak membelinya....

Teringat lak kat entry Eyriqazz ni, hadiah yang boleh buat suami menitis air mata, bagus juga cadangan hadiahnya, mmg supper best, betul-betul boleh buat suami menitis air mata, malah air mata ku juga menitis sbb duit habis,hehe...

salah satu idaman En Myvitrd, Nokia E7
Ada masa lagi 2 mgg untuk aku fikir nak beli apa, kalau susah sgt sayang belikan kek replika kamera boleh tak syg,hehe...Hadiah untuk orang laki mmg susah nak cari, kalau ada pun yang mahal-mahal gila...Tak boleh habis kan banyak duit untuk hadiah, sbb tahun ni banyak nak pakai duit...kena budget-buget. Ada beberapa projek untuk tahun ni yang perlu diselesaikan, perlukan kos yang banyak...ermmm, pening-pening...sapa yang ada cadangan sila bagi tahu...
Untuk kamera ni, insyallah tengah kumpul kan duit...
Nikon ni insyallah sayang kita kumpul duit sama-sama ya,nanti kita beli k. Tak pun kita minta sponser kat eyriqazz sikit ke dia kan masyukkk...sekarang ni,hehe...

Saturday, March 19, 2011

PAMERAN DINOSAUR (DINOS ALIVE)

Sapa yang dah pernah g tengok pameran dinosaur ni angkat tangan,hehe...sebenarnya aku belum berkesempatan nak pegi sana lagi, ingat nak tgg budak kecik kesayangan kami semua datang dari penang, baru nak pg, tapi dia tak datang la pulak. So insyallah ingat esok kalau rajin nak jalan-jalan pg sana, nak tengok apa yang menarik kat sana.

sapa yang belum pernah pg boleh la pegi tengok...
Harga masuk kesini pun aku tengok murah,tak macam tempat lain yang sangat mahal. Ok la nanti dah pegi, baru aku bercerita panjang lagi k.
Related Posts with Thumbnails