Cinta Hatiku Sampai Ke Syurga

Thursday, August 12, 2010

Kecantikan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan Yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuata n perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW :

"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat " Surah Al-Ahzab : Ayat 71

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya,maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.."

2 comments:

Anonymous said...

Lelaki kuat adalah yang sabar menerima rukun iman ke-6.
Iaitu meredhai qada dan qadar Allah sebagai bukti keimanan.

Redhai pemergianku, redhai bahawa aku bukan hak mu.

Ya Allah, aku sabar menantikan hak aku ya Allah. Aku redha akan takdirmu untuk ku.

Sebahagian dari pada maksud doa Iftitah dalam solat.

Wamah yaya wa mama tiii lillahirabbil alamiiin.

Sesungguhnya hidup dan matiku adalah hak Allah.

Ku pasrah menerima dugaan Mu ya Allah walau terlalu perit untukku telan. Amin.Untuk mereka-mereka yang pernah menyakiti ku tanpa sebab yang berpunca dariku. Amin.

Anonymous said...

Wamah yaya wa mama tiii lillahirabbil alamiiin.

Sesungguhnya hidup dan matiku adalah hak Allah, pemilik seluruh alam.

Ya Allah bagaimana hendak ku buang rasa sakit yang sudah sebati bersemadi dalam darah ini?

Dengan nama Allah yang Maha Adil ku tuntut hak ku sebagai hamba Mu ya Allah setelah aku usahakan memberikan hak Mu sebagai penciptaku. Amin.

Related Posts with Thumbnails