Cinta Hatiku Sampai Ke Syurga

Wednesday, August 18, 2010

ROH DI BULAN RAMADHAN

Pagi tadi sempena hari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia ini, aku  menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan Ramadhan. Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz penceramah bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadhan. Menurut satu hadith Rasulullah.. (maaf aku tak sempat catat perawi hadith ini).. menceritakan  apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada         penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.                                            
                                                                         
Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.              
                                                                         
Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa   hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.                                
                                                                         
Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang,yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.      

Sesame la kite besedekah... pada roh roh tu

" Walau setinggi mana kasih sayangku, sesungguhnya Allah lebih berhak menyayangimu,Damai lah engkau disana di bawah limpahan rahmat dan kasih sayang-Nya,
Sesungguhnya kami semua akan menyusulmu di kemudian hari...Al-Fatihah buat semua muslimin dan muslimat yang telah pergi mendahului kita"

7 comments:

mynuffnang said...

insyaallah syg..kita sama2 banyakkan amal di bulan mulia ni..

izyantyPersonalTaste said...

thank's for info...

diraja22 said...

Semoga damailah di sana..

hazman aka species1980 said...

Sedekah AL FATIHAH.... ;-P

Mrs. Q! said...

sungguh menginsafkan
thnx sudi sharing ;D

Anonymous said...

thx sharing...ia byk memberi saya kesedaran...amin...alhamdulillah...

Anonymous said...

Al-Fatihah ibu segala doa... setiap doa walaupun dari sepotong ayat contonhnya seribu dinar... mulakanlah dengan fatihah....

Bila bangun tidur mulakanlah al-Fatihah kerana kekuasaan surah itu pada diri saya terletak pada ayat 6 & 7 yang bermaksud

Tujukilah kami jalan yang lurus
yaitu jalan yang kau anugerahkan NIKMAT,
bukan jalan yang dimurkai dan bukan pula jalan yang sesat.

Related Posts with Thumbnails