Cinta Hatiku Sampai Ke Syurga

Wednesday, July 28, 2010

SUAMI MITHALI

Selepas satu jemputan, satu jemputan lagi sampai ke meja. Sekarang ini jemputan kahwin tidak lagi bermusim pada cuti sekolah saja. Undangan perkahwinan dah kembali seperti tahun 50-an dulu agaknya, orang kahwin tak kira cuti sekolah atau tidak.

Bersama tergengamnya status baru, maka makin bertambah satu lagi tanggungjawab seorang lelaki. Jika selama ini tanggungj-jawabnya adalah pada ibunya dan adik-beradik perempuannya, sekarang sudah bertambah, tanggungjawab kepada isterinya pula.

Sesungguhnya kaum wanita itu adalah amanah kepada kaum lelaki. Di akhirat nanti, ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita, jika wanita tersebut melakukan maksiat terhadap Allah swt. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu.

Empat golongan tersebut adalah:-

1. Suami

Seorang suami bertanggungjawab mendidik isterinya menjadi isteri yang solehah. Jika isterinya melakukan maksiat kepada Allah seperti tidak menyem-purnakan penutupan aurat, memakai tudung tapi berbaju lengan pendek menampakkan kulitnya, hatta lengan ¾ sekalipun, itu dikira melakukan maksiat terhadap Allah. Maka wanita berkenaan akan mengheret suaminya ke neraka bersamanya.

2. Ayah

Sedari kecil lagi seorang ayah bertang-gungjawab mendidik anak-anaknya agar takutkan Allah, mencintai Allah dan meng-utamakan Allah dalam segala urusan. Jika ada anak-anaknya meringankan solat atau apa saja yang membelakangkan Allah, maka di akhirat kelak dia tidak memasuki neraka berseorangan, tetapi turut menarik ayahnya ke neraka.

3. Anak lelaki

Seorang anak lelaki wajib menjaga kehor-matan ibunya dan memelihara ibunya dari melakukan maksiat terhadap Allah. Jika sampai ibunya terheret melakukan maksiat seperti memakai pakaian ketat, maka anaknya juga terheret masuk ke neraka Allah

4. Adik-beradik lelaki

Adik atau abang wajib menjaga adik-beradik perempuannya baik dari segi kehormatan-nya, tingkah-lakunya, ibadahnya maupun kepercayaannya, jangan sampai dia terpesong dari Islam. Jika tidak, dia juga akan diheret ke neraka oleh wanita itu.

2 comments:

Myvitrd said...

insyaallah syg.. abg cuba jadi suami yang terbaik..sama2lah kita sentiasa ingat mengingatkan ye..

Anonymous said...

Adik beradik ipar tak tersenarai pulak yer???.... Owh suami mereka kan ada... so jangan nak gedik lebih-lebih yer...

Related Posts with Thumbnails