Cinta Hatiku Sampai Ke Syurga

Friday, July 29, 2011

Check-up Kali ke-4 Minggu ke-19

Ditulis oleh myvitrd.com

Salam semua,

Dah lebih sebulan blog ni tak terupdate.. tak tahulah pasal apa tn.punya blog ni kurang rajin sikit nak update blog kali ni.. adakah disebabkan alahan akibat berbadan dua.. hehehe.. entahlah saya sendiri pon kurang pasti.

Asalnya entri ni aku nak update dekat blog aku sendiri.. tapi disebabkan blog ni dah lama sangat bersawang aku rasa baik aku tolong updatekan bagi pihak cik Malarang.

Semalam merupakan kali ke-4 kami buat check-up baby kami.. diam-diam.. sedar tak sedar rupanya baby dalam perut cik malarang ni dah berusia 19 minggu rupanya.. dah besar ni rupanya anak ayah ni.. :-)


Masa buat check-up kali pertama tu kami tak nampak apa-apa cuma doktor kata ada nampak bintik dekat rahim tu je.. check-up kali kedua pulak adalah nampak bentuk daging dekat tengah-tengah rahim tu.. dah check-up ke -3 dah nampak bentuk janin.

Masa check-up semalam doktor tunjuklah semua apa yang ada dalam perut tu.. dia tunjuk ni kepala baby, ni kaki baby, ni tangan baby... yang berdenyut2 tu jantung baby.. wah rasanya seronok sangat tengok anak kami membesar dengan sihat dalam tu.

Doktor pon kata baby dalam perut tu aktif dan sihat.. cuma sepatutnya cik malarang dah boleh rasa pergerakkan baby tu.. tapi dia kata belum ada rasa lagi.. tak sabar pulak nak tunggu baby ni gerak2 dalam perut.

Sepanjang 19 minggu ni.. alhamdullilah cik malarang takda apa-apa alahan.. muntah2 pon takda lagi.. hope sampai baby lahir takdalah alahan yang teruk.

Semalam doktor kata 25hb Ogos 2011 kena check-up lagi.. dah satu perkara yang masih menjadi tanda tanya kami berdua adalah baby kami ni lelaki atau perempuan ye? ... hehehe

Apa pon jantina yang keluar nanti kami terima dengan hati terbuka.. diharapkan baby kami ni sentiasa berada dalam keadaan sihat, cergas dan selamat buat selama-lamanya... amin

Apa yang penting tolong doakan semoga si ibu dan baby ni sentiasa sihat sepanjang masa.. 

"Ayah tunggu baby keluar hujung tahun ni syg, mama dah tak sabar nak belikan baju cantik-cantik tu.. hehehe"


Friday, June 3, 2011

BERITA GEMPAR

Alhamdullilah hari ni baru aku rasa bersedia nak mengumunkan bahawa, insyallah tak lama lagi myvitrd akan menjadi daddy, dengan erti kata lain aku sedang mengandungkan zuriat kami,hehe....Syukur tak terhinga atas kurnian tuhan ini.

Sebenarnya dah lama nak umumkan, tapi saja je biar tunggu besar sikit perut, tapi yang sebenarnya tak besar mana pun lagi,hehe...myvitrd sangat la tidak sabar nak tengok perut aku besar k..hari-hari tanya bila nak besar ni, aduh pening nak layan....

Berita yang mengatakan aku dah berbadan dua ni, kitaorang dapat tahu masa usia kandungan aku 7 mgg lebih, time tu dah dekat 8 mgg...lambat kan...time tu  macam tak caya je, aku ingat pregnancy tests tu salah, siap ketuk-ketuk lagi,hehe...Untuk nak comfirm betul-betul aku pregnant, kitaorang g la jumpa doktor. Siap suruh doktor check betul-betul takut silap,hehe...

Credit gambar untuk istockphoto
Orang yang paling gembira sudah tentu la myvitrd kan....siap senyum sorang-orang.Apa pun kami berdoa semoga diberi kesihatan yang baik semasa aku mengandung ni, semoga baby dalam kandung sihat dan semoga dipermudahkan semua urusan.

Kalau kau orang nak tahu berapa usia kandungan aku, sila rujuk kat Maternity tickers kat sebelah tu, ada aku letakkan...

Tuesday, May 31, 2011

I like Nippon Paint because…

Salam semua,

Tertarik dengan contest yang dianjurkan oleh pihak nuffnang dengan kerjasama Nippon Paint rasanya rugi pulak kalau tak mencuba nasib ni.


Memandangkan kunci rumah baru telah kami terima.. so dengan rendah dirinya mencuba nasib untuk membolehkan rumah kami di makeover oleh pihak Nippon Paint.

Seperti tajuk entri diatas kenapa saya suka dengan cat Nippon Paint ni? 

"Saya Suka Nippon Point Kerana Dengan Pengalaman Menggunakan Nippon Point di Dalam Bilik Tidur Kami Sebelum Ini Membuatkan Kehidupan Dan Tidur Kami Sekeluarga Sentiasa Tenang Sepanjang Malam"

Jom aku cerita sikit pengalaman menggunakan cat Nippon Paint ni..

Pada awal tahun 2010 seawal perkahwinan kami, kami suami isteri telah berpindah ke rumah sewa baru untuk memulakan hipup baru.. tetapi sebelum masuk ke rumah baru si suami telah menghiasi bilik tidur kami dengan menggunakan Cat Nippon Paint seperti dibawah ni..


Dari model Matex Gold keluaran Nippon Paint menjadi pilihan si suami.. sebenarnya si suami buat kerja-kerja ni sorang-sorang je kebetulan masa tu aku belum berpindah lagi dan masih duduk dirumah ibu.

kredit foto Myvitrd

Proses mengecat rumah sewa.. mungkin masih baru dalam bidang cat mengecat ni.. korangh tengok jelah cara dia mengecat tu.. hehehe.

kredit foto Myvitrd

Alhamdulilah akhirnya proses mengecat telah selesai.. dengan 2 tone warna pilihan.. so ruangan ini adalah ruangan bilik tidor kami yang belum lagi dimasukkan perabut bulik tidor.

Jom kita view ruangan bilik & ruang tamu rumah baru kami... Maaflah ye .. rumah masih bersepah dan masih kosong lagi.. mungkin lepas kena cat tajaan dari Nippon Paint baru ceria rumah ni.. :-)



Jadi sekarang dengan adanya contest dari Nippon Paint dah Nuffnang kami mengaharapkan pihak Nippon Paint yang akan menaja cat bilik tidor untuk rumah baru kami ni..

Nota Pesanan : Kepada yang berminat untuk menyertai contest ini bolehlah melayari blog Nuffnang di sini http://www.nuffnang.com.my/blog/2011/05/19/nippon-paint/

Sunday, May 29, 2011

RUMAH SENDIRI

Alhamdullilah, akhirnya urusan jual beli rumah baru kami telah selesai. Kunci rumah kami terima 20.05.2011 baru ni..sangat teruja k...orang yang paling teruja adalah En Myvitrd,hehe...

Kalau tak salah pengiraan aku, hampir 9 bulan urusan jual beli ni, baru selesai semuanya. Kalau orang megandungkan, dah bersalin pun,hehe...Sebelum beli rumah ingat senang, rupa-rupanya macam-macam urusan kena buat....

Ini adalah rumah pertama kami berdua, walaupun tak besar mana, tapi kami tetap bersyukur sebab dah memiliki rumah sendiri. Kalau ada rezeki lebih, insyallah 10 tahun lagi boleh la kot beli rumah lagi besar,berangan ni,hehe....

Memiliki rumah sendiri menjadi impian setiap orang.
Insyallah paling cepat pertengahan bulan 6 kami akan pindah, paling lambat pun awal bulan 7, sekarang ni rumah kitaorang dalam proses renovation. Harap dapat la siap awal, sebab ibu, ayah dan saudara aku nak datang 18/6 ni...so boleh la bawa diaorang duduk rumah baru kitaorang,hehe...
Related Posts with Thumbnails