Cinta Hatiku Sampai Ke Syurga

Tuesday, October 4, 2011

SENARAI BARANG KEPERLUAN BAYI BAKAL LAHIR - VERSI 3

Salam,

Hari ni aku nak kasi habis versi senarai barang baby. Siap aku kasi extra lagi barang keperluan ibu masa kat hospital nanti. Untuk tengok versi sebelumnya sila ke link ini Versi 1 & Versi 2.

Ok jom kita tengok versi terakhir ni. Harap dapat membantu kawan-kawan semua yang memerlukan. Kalau ada kekurangan harap maaf dan kalau perlu penambahan sila tambah sendiri ya,hehe...

D. MAKAN BABY
  1. Botol Susu Kecil 
  2. Botol Susu Sederhana 
  3. Botol Susu Besar
  4. Susu Tepung
  5. Puting susu spare
  6. Puting kosong
  7. Pembersih botol susu 
  8. Termos
  9. Tupperware susu
  10. Botol air masak
E. BARANG BERJALAN
  1. Stroller
  2. Baby car seat
  3. Diaper bag (Daddy)
  4. Travelling tilam set
F. LAIN-LAIN BARANG
  1. Bottle Warmer
  2. Electric Steam Steriliser 
  3. Double electric brestpump
  4. Bakul Baby
  5. Beg Pakaian Baby 
  6. Sealing Clips 
  7. Tongs
  8. Bouncer
G. KEPERLUAN MAMA
  1. Kain batik
  2. Stokin 
  3. Maternity Pad 
  4. T-shirt 
  5. Bra 
  6. Underware
  7. Alatan mandi
  8. Selipar
  9. Yasin

SENARAI BARANG KEPERLUAN BAYI BAKAL LAHIR - VERSI 2

Salam,

Seperti yang di janjikan aku akan berkongsi senarai barang baby versi 2, saja je bagi banyak versi, kalau tak berderet panjang sangat satu entry kan, kalau kauorg nak tengok versi pertama boleh tgk kat link ni Versi 1.

Jangan risau k, senarai ni hanya akan ada sampai versi 3 je,hehe....Apa pun jom kita tengok senarai seterusnya.

credit to my love Myvitrd

B. PERALATAN MANDI
  1. Bakul Barang Mandian 
  2. Baby bath 
  3. Baby Shampoo
  4. Besen Mandi baby
  5. Putik Kapas
  6. Tikar Getah 
  7. Bakul Baju Kotor
  8. Minyak Rambut  
C. PENJAGAAN DIRI  
  1. Bakul Peralatan diri
  2. Minyak Yuyi cap limau
  3. Minyak Telon 
  4. Tisu Lembab 
  5. Vicks
  6. Losyen Baby 
  7. Sikat
  8. Set ketip kuku
  9. Krim lampin 
  10. Tiub sedut hingus
  11. Bedak baby 

Monday, October 3, 2011

PERKEMBANGAN FETUS - 29 MINGGU

Salam,

Terlebih rajin la pulak aku update entry kali ni, sebelum ni tak ada mood langsung, aku just tengok je ahm update. Tapi bila mood aku dah ada baik aku cepat-cepat update, sebenarnya aku nak cerita perkembangan kandungan pada usia 29 week, tapi aku tak pandai nak cerita, kang tersalah cerita lak. So aku copy & paste maklumat dari web baby center.

Cepatnya anak mama & daddy membesar
Berat bayi anda lebih kurang 2.5 paun / 1.1 kilogram dan ukuran panjangnya 15 inci / 38 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Bagi lelaki, testikel menurun dari tempat berdekatan buah pinggang lalu merentasi groin dan terus ke skrotum. Bagi perempuan, kelentit masih menonjol sebab belum lagi ditutup oleh bibir vulva yang masih halus. Ianya akan membesar dan menutupi kelentit dalam minggu-minggu terakhir sebelum kelahiran. 

Kepala bayi anda semakin besar, dan pertumbuhan otaknya adalah amat pantas pada masa ini. Hampir kesemua bayi menunjukkan reaksi kepada bunyi menjelang 30 minggu. 

Keperluan pemakanan bayi anda akan berkemuncak semasa trimester ketiga. Anda akan memerlukan sejumlah besar protin, vitamin C, folik asid,zat besi dan kalsium (lebih kurang 200 miligram diserapkan ke dalam kerangka tulang bayi setiap hari). Jadi, makanlah makanan yang kaya dengan nutrien-nutrien ini. Kerangka terus mengeras dan otak, otot-otot dan paru-paru menjadi semakin matang. Dengan itu, lihatlah panduan makanan sempurna kami bagi memastikan anda mendapatkan mineral dan vitamin yang mencukupi. 


• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.

Credit to babycentre.

SENARAI BARANG KEPERLUAN BAYI BAKAL LAHIR - VERSI 1

Salam,

Kali ni aku nak berkongsi dengan rakan-rakan semua senarai barang baby yang aku dah senaraikan untuk preparation kelahiran cahaya mata pertama kami. Aku kongsi sikit dulu nanti aku bagi lagi k,kalau sapa-sapa yang nak dalam bentuk excel boleh minta kat aku nanti aku emailkan.


Senarai yang aku tulis ni hanya sebagai panduan tak semestinya kena beli,ikut keperluan dan kesesuaian.Ada orang cakap senarai aku ni banyak sangat dan membazir, terpulang pada diri sendiri,macam aku kata tadi ikut keperluan. Bagi aku dan ahm memang banyak nak kena beli sebab ni pertama kali kami akan menyambut cahaya mata,so sudah tentu semua barang tak ada.

Kalau ada kekurangan atau rasa terlebih dalam senarai aku ni, kau orang boleh lah kurang kan atau tambah sendiri ya...harap dapat membantu rakan-rakan semua.

Credit to my love Myvitrd

A. PAKAIAN / TIDUR 
  1. Baju Lengan Panjang & Seluar Panjang
  2. Baju Lengan Pendek & Panjang
  3. Baju Lengan Pendek & Seluar Pendek 
  4. Rompers
  5. Barut baby 
  6. Bengkung baby 
  7. Set Sarung kaki  & tanggan 
  8. Sarung Kaki 
  9. Tuala Kecil 
  10. Tuala Besar 
  11. Topi 
  12. Lampin Bayi
  13. Pampers ( New Born ) 
  14. Selimut Baby 
  15. Sapu tangan kecil 
  16. Bantal kepala & Peluk
  17. Tilam & sarung
  18. Kelambu 
  19. Buaian & Kain Buaian 
  20. Lapik baju (BIP)
Untuk lihat senarai seterusnya anda boleh rujuk link ini Versi 2 & Versi 3.
Related Posts with Thumbnails