Disini saya ingin kongsikan Drama Habil & Qabil yang disiarkan di TV3 setiap hari Selasa, Rabu & Khamis jam 10.30 malam.
Berikut adalah Sinopsis Drama Samarinda Habil & Qabil:
Habil dan Qabil ialah kisah dua orang lelaki yang lahir pada hari yang sama, tapi dibesarkan dalam dua keluarga yang berbeza. Mereka selalu bersaing di sekolah hinggalah ke dunia korporat. Lepas tu jatuh cinta pulak dengan wanita yang sama. Persaingan yang hebat ni..siapakah yang dapat menambat hati wanita tu? Habil atau Qabil? Berdasarkan kisah Nabi Adam dulu, Habil dan Qabil ni memang jatuh cinta pada wanita yang sama kan? Dua hero hebat ni Zed Zaidi dan Aaron Aziz akan bertarung dalam drama Habil dan Qabil :)
Cerita bermula...Habil Najmi (Aaron Aziz) dibesarkan oleh Yusoff (Azhan Rani) dan Umairah (Zila Bakarin) setelah ditinggalkan oleh ibu kandungnya, Habibah (Abby Nazri). Habil ditatang bagai minyak penuh oleh Umairah tetapi Yusoff selalu bersikap garang terhadap anak angkat ini.
Qabil Iskandar (Zed Zaidi) pula dilahirkan dan membesar di keluarga yang mewah. Ayahnya, Qamarul (Rashidi Ishak) seorang pengusaha tanah yang berjaya tetapi jarang meluangkan masa bersama isterinya, Intan (Abby Abadi) dan Qabil kerana terlalu sibuk dengan urusan kerja. Qamarul yang bersikap dingin dengan Intan juga mengesyaki Qabil bukan anak kandungnya sebaliknya anak Intan bersama bekas kekasihnya, Smith (Geofrey Perrin Williams). Sementara itu, Qamarul juga sering terganggu dengan kisah silamnya di Kampung Sungai Manik.
Walaupun Habil dan Qabil belajar di sekolah berasrama yang sama di bandar, tetapi mereka tidak berkawan rapat dan sering bersaing dalam akademik dan sukan. Selepas tamat sekolah, Habil dan Qabil membawa haluan masing-masing sehingga bertemu kembali di dunia korporat. Kini, Qabil sibuk menguruskan syarikat arwah ayahnya yang telah bergabung dengan syarikat ayah tirinya, Smith iaitu Syarikat Qam & Smith Properties.
Sejak kematian suaminya, Intan telah memberi kepercayaan penuh kepada Smith dan tidak mengambil peduli mengenai hal ehwal syarikat. Habil pula berjaya memiliki syarikat sendiri. Habil menganggap pelaksanaan projek padang golf Qamarul di tanah Yusoff telah memusnahkan kehidupan Yusoff dan Umairah. Justeru itu,
Habil telah bertindak agresif untuk merampas semua mega projek Qam & Smith Propertis untuk membalas dendam. Mereka bukan sahaja bersaing dalam perniagaan tetapi juga jatuh hati kepada Maria (Siti Saleha). Tanpa diketahui, Maria juga menyimpan agenda sendiri selepas memutuskan untuk mengahwini Qabil.
Akhirnya Habil, seorang insan yang gigih dan pendiam berubah agresif kerana sentiasa mahu bersaing dengan Qabil yang membesar dalam kemewahan.
Dalam drama ni Maria (Siti Saleha pelakon baru) memegang watak hitam dan Habil di akhir cerita menjadi lumpuh dan sementara Qabil pulak mati kerana tekanan hidup sebelum dapat bertemu dengan Habil..oopps terlebih sudah, nampaknya cerita ni sedih kan..
Saksikan kesudahan drama Habi dan Qabil di tonton.com.my & TV3
Link Download Drama Slot Samarinda Habil & Qabil boleh di download terus di bawah :
Nota: akan diupdate dari masa ke semasa
Episode 13 - Link
Episode 14 - Link
Link diatas akan diupdate dari masa ke semasa..
Semua fail menggunakan format *.flv.. Perisian *.flv boleh didownload di 4shared.com
Tag : Free Download Drama Samarinda Habil & Qabil, Sinopsis Drama Samarinda Habil & Qabil
24 comments:
nape x leh download link 2 episod8?
it said 'The file link that you requested is not valid'
habil qabil link2 mati.tolong betulkan ye.tq
dah di betulkan link ini...
tuan punya blog,episode 12 part 1 tak boleh download..
puan...episod 12 link 1 tak boleh download..video not found.tlg repair ek..tq.
yup... epi 11 ngan 12 utk part 1 takleh dload...
apasl ek? tq.
puan,
episode 12,bila masuk separuh cerita suara hilang..tolong betulkan...terima kasih
saya cadangkan upload menggunakan Mediafire. mudah untuk didownload. kebanyakkan yang dah didownload ni sampai suku cerita je takde suara.
Episode 1 hingga Episode 25 terakhir telah selamat diupload.. Nantikan kemunculan Drama Terbaru
Asslmlkm..tkr topik ckit..Ahmad Dhurah nye xde ke kak?hehe..mcm best je..
nape ada episodes tak ada suara? ep 4.01(mula dr tgh2), ep10-01(dr 2:59),
ep13 (dr 6:07),ep14, dan ada lg..tlg betulkan lah...
episode 25-1 tak boleh download.. 4shared says the video stream is not correct... can you please reupload...
Thanks in advance...
akak,boleh tolong upload lagi skali tak episode 25 tu,tak bleh tgk la...macam2 nak dirungkai part ni...trima kasih yer...
bolehtak fix episode 25? ini semua pasal nora elena.... aaron aziz and siti saleha is best tv couple susahlah nak tonton drama melayu esp tonton.com asyik2 not listed in your region kat usa... thanks zackwiusa
Selamat Hari Raya...Leh tolong fix Episode 25 link 2 tak?? I tak bleh download la...Thanks so much.
Salam Sejahtera.. Episode 25,link 2 tidak dapat download.. boleh d betulkan?tq..
Salam.
Akak, mintak tlg fix link 2 episod 25 tu. saya x boleh download.
nape episod 25 link 2 x leh nak download??? please...sy bru nak tgk cite nie:)
knp sesetgh video xde suara erk???ni yg xbes nk tgk...
knp xleh tgk link2 last episod nih????
tlg la...nk tgk episod last nih..cmne nk tgk..sie2 jew la tgk separuh jew..nyampahnyew..........
Please please upload ep25-01 please please :(
Do you mind if I quote a few of your articles as long as I provide credit and sources back to your weblog?
My blog is in the very same area of interest as yours and my visitors would genuinely benefit
from a lot of the information you present
here. Please let me know if this alright with you.
Cheers!
Here is my web site; acoustic guitar chord
Post a Comment