Cinta Hatiku Sampai Ke Syurga

Sunday, November 21, 2010

Tahniah Buat Proton Menjuarai Asia Pacific Rally Championship (APRC), Proton Kebanggaanku

48 hours Sticky Post. Scroll down for the latest entries.

 Tahniah Buat Pasukan Proton

Salam buat reader semua,

Dalam kehangatan kita bercerita dan melihat kejayaan Proton dalam penghasilan model terbarunya iaitu inspira, kita sekali lagi di beritakan dengan berita gembira apabila sekali lagi Jenama Proton melakar sejarah untuk tahun 2010 apabila menjuarai Asia Pasific Rally Championship (APRC) di China pada kedudukan 1-2 diatas podium.

 


“Bukti Proton Boleh! Dengan lahirnya Inspira”

Proton sememangnya tidak asing lagi dalam dunia motosport didalam Negara mahu pun luar Negara dengan pelbagai kejayaan yang telah dilakar sepanjang penglibatan dalam dunia motorsport ini.

 Sebelum ini Proton pernah 3 kali menjuarai kejohan ARPC sepanjang penubuhannya, iaitu bermula dari tahun 2001, 2002 dan 2004 Pasukan Proton sering donobatkan juara. Pada tahun 2002 juga proton memenangi  Produksi Mobil Fia Word Rally Championship (WRC)

Setelah berehat dalam tempoh 5 tahun bermula dari 2004-2009 akhirnya sekali lagi Proton menjuarai  tempat 1-2 di China. Bukan setakat itu sahaja, Proton di nobatkan sebagai pemenang ke -2 bagi kategori Manufacturer’s Championship.

"Chris and Ben

Hanya dengan jentera Satria Neo S2000 Proton mampu menyaingi semua pengeluar kereta yang handal seperti Mitsubishi dan Subaru. Ini membuktikan Proton Malaysia juga mampu mengalahkan pasukan-pasukan hebat diluar sana.

Secara tidak langsung Jenama Proton dapat diangkat lebih atas lagi dan dikenali sebagai satu jenama yang akan digeruni. Dengan kemenangan proton ini juga dapat membuktikan jentera Satria Neo memang hebat, kuat dan mempunyai prestasi yang tinggi. Dengan cara ini juga Proton dapat meluaskan penjualan jenamanya dinegara-negara pengimport jenama proton.



Harapan selaku rakyat Malaysia diharapkan suatu hari nanti Pasukan Proton dapat bersaing di WRC dengan jentera yang baru dilancarkan Inspira. Buktikan juga yang suatu hari nanti rakyat tempatan juga mampu menjadi pemandu untuk pasukan Proton. 

No comments:

Related Posts with Thumbnails