Cinta Hatiku Sampai Ke Syurga

Tuesday, June 29, 2010

MEMILIH DAN TERPILIH

Ini kisah perjumpaan dua orang sehabat yang sudah puluhan tahun berpisah. Mereka amat merindui antara satu sama lain, berbual, bersenda sambil minum kopi sebuah cafe. Awalnya topik yang dibicarakan adalah soal2 nostalgia zaman sekolah dulu, namun pada akhirnya menyangkut kehidupan mereka sekarang ini. "Mengapa sampai sekarang kamu belum menikah?" ujar seorang kepada temannya yang sampai sekarang masih membujang. "Sejujurnya sampai sekarang ini saya masih terus mencari wanita yang sempurna. Itulah sebabnya saya masih membujang.

Dulu waktu saya di Utara, saya berjumpa dengan wanita yang cantik yang amat bijaksana. Saya fikir inilah wanita ideal untuk saya dan sesuai menjadi isteri saya. Namun belakangan selepas itu pada masa berpacaran baru aku tahu dia sebenarnya amat sombong. Hubungan kami putus sampai disitu.

Di Ipoh saya ketemu seorang perempuan yang cantik jelita, ramah dan dermawan. Pada perjumpaan pertama aku begitu takjub dan seronok. Hati berdesir kencang, inilah wanita idealku. Namun selepas itu baru saya tahu, ia banyak tingkah laku yg tak baik dan tidak bertanggung jawab.

Dan ketika aku di JB, aku bertemu wanita yang manis, baik, periang dan pintar. Dia sangat menyenangkan bila diajak berbicara, selalu menyambung perbualan kami dan penuh humor. Tapi terakhir aku ketahui kalau dia dari keluarga yang berantakan yakni berpecah belah dan selalu menuntut sesuatu yang kita tidak mampu memenuhinya. Akhirnya kami berpisah.

Saya terus mencari, namun selalu mendapatkan kekurangan dan kelemahan pada wanita yang saya temui. Sampai pada suatu hari, saya bersua dengan wanita ideal yang saya dambakan selama ini begitu cantik, pintar, baik hati, dermawan dan penuh humor.

Dia juga sangat perhatian dan sayang kepada orang lain. Saya fikir inilah pendamping hidup saya yang dikirim oleh Tuhan untuk saya".

"Lantas", sergah temannya yang dari tadi tekun mendengarkan "Apa yang terjadi? Mengapa kamu tidak terus meminangnya?".

Yang ditanya diam sejenak dan akhirnya dengan suara perlahan si bujang itu menjawab,

"Baru sekarang aku mengetahui bahawa ia juga sedang mencari lelaki yang sempurna".

Kesimpulan :

Sudah diketahui maksud daripada cerita itu ? ... .

Nobody's perfect.

Jadi jangan Mensia-siakan apa yang sudah ada di hadapan kita ,belum tentu nanti kita mendapatkan yang lebih baikdari yang sekarang kita dapat, Kalau kita mau mencari yang sempurna, check dulu diri kita sendiri, apakah sudah sempurna di hadapan orang lain...????

6 comments:

Myvitrd said...

betul2 tu syg.. hargailah apa yang ada di hadapan kita. love u n miss ucygku

iniAKU said...

ades..btol tu.knkadang kte xappreciate bnda tu bila ada depan mate

Ms Haslina said...

sentiasa kita ingat mengingati...salam singgah..

Anonymous said...

Kalaulah saya ada kuasa meminang... dah lama saya pergi... mak ayah dia setuju atau tidak... saya redha... malangnya.... orang zaman sekarang ni nak bercinta dulu .... tak ada feel jiwang karat.. tak konpiden....

Yang tentukan bahagia rumah tangga adalah iradah allah... bukan cinta.

Kita beri hak allah... allah balas hak kita. Amin.

Anonymous said...

Jumpa lelaki A, rasa tawakal dan redhanya adalah tinggi.
Dia nak pinang saya tapi ditolak kerana saya baru abih SMP.

Lelaki B, seorang yang taat dan berpendidikan. Ayahnya sendiri meluahkan hasrat untuk menyunting saya kepada ayah saya sendiri.
Di tolak lagi ... apa sebab paling jelas... ayah saja yang tahu

Lelaki C, berkerjaya, seorang yang mengambil berat dan penyayang datang menyunting hati saya tetapi emak pula tak setuju atas sebab kurangnya amalan agama.

Saya dan emak dan ayah berkenan pada lelaki D, tapi keluarga lelaki pula tak dapat menerima kami kerana berlainan bangsa walau seagama.

Tak menunggu yang sempurna tapi cukuplah dia suka, keluarga dia suka, dan keluarga saya suka.
.............................
Khadijah yang pinang Rasulullah, Aishah yang pinang Rasulullah kerana Abu Bakar yang terlalu inginkannya... jika Rasul diberi pilihan siapa agaknya kehendak hati Rasul s.a.w?

Dalam sejarah Rasulullah, baginda tidak pernah meminang atau berkahwin atas pilihan sendiri.

Tetapi kerana baginda dipinang atau turunnya wahyu untuk membolehkan sesuatu hukum.

Contohnya perkawinan dengan Zainab untuk membuktikan anak kandung tidak sama dengan anak angkat maka itu adalah bukti Zainab boleh berkawin dengan ayah angkatnya sendiri iaitu Rasulullah.(APATAH LG ADIK DGN ABG ANGKAT YER, DGN MAK ANGKAT KER).

Jangan nak samakan adik angkat dengan adik sendiri. Nak jadi ayah nak pimpin keluarga, buat kerja biar tahu hukum.

Dan ada lagi contoh perkawinan Rasulullah adalah untuk memboleh kan kawin sepupu, namun tidak lama selepas itu keluar hadis mengatakan kawin sepupu boleh tapi tidak digalakan.

Anonymous said...

Jika lelaki berhak memilih isteri kerana agamanya.

Perempuan itu juga berhak menerima pinangan kerana agamanya.

..........

Kawin paksa... dijodohkan dengan firaun....wadduh-wadduh, saidatina Mashittah a.s jawabya kalau tak pun, Rabiatul Addawiyah yang bertahun sentiasa mendoakan supaya dirinya dibebaskan tanpa jemu.

Kesimpulan: Akan ku tunggu tanpa rasa putus asa.Aku redha dengan ketetapan Allah.
Rasulullah adalah kekasih yang paling agung tiada kuasa untuk membuat pilihan sendiri. Inikan pula aku seorang hamba yang hina lagi lemah ini.

Tak pernah mengimpikan yang sempurna ... tapi sedar diri ini sedang diuji dan diuji terus diuji dalam perjuangan membuktikan keimanan dan kasih sayang terhadap Allah dan Rasul.

Related Posts with Thumbnails