Cinta Hatiku Sampai Ke Syurga

Sunday, October 21, 2012

Kebaikan Penyusuan Susu Ibu

Aslm,

Alhamdullilah sehingga sekarang Harraz berusia 10 bulan 1 minggu 6 hari masih menyusu susu ibu sepenuhnya tanpa FM, walaupun aku hanya EP mom. Usia Harraz 6 bulan baru aku mula bagi dia makan Solic Food. Harapan aku semoga dapat menyusukan Harraz sehingga usianya 2 tahun,insyallah.

Ok la, hari ni aku nak kongsi sikit mengenai Kebaikan Penyusuan Susu Ibu & Kebaikan Penyusuan Susu Ibu Untuk Ibu yang aku baca dari buku nota yang dikeluarkan oleh Pusat Maklumat Pemakanan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya. Nota ni aku dapat semasa aku join Karnival Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2012 peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Perpustakaan Negara.

Panduan Penyusuan Susu Ibu Yang Berjaya
Kebaikan Penyusuan Susu Ibu
  1. Mengandungi bahan pencegah penyakit(antibodi).
  2. Mempunanyai komposisi nutrien yang mencukupi dan suhu yang sesuai.
  3. Elak risiko kurang zat makanan, cirit-birit dan penyakit saluran pernafasan.
  4. Mengurang risiko kepada alahan.
  5. Perkembangan daya intelek yang lebih baik(IQ tinggi).
  6. Kurang masalah pergigian dan ortodontik.
  7. Mengurangkan risiko penyakit kencing manis pneumonia dan jangkitan telinga pada kanak-kanak.
  8. Mengalakan tumbesaran.
  9. Penghadaman yang mudah.
Kebaikan Penyusuan Susu Ibu Untuk Ibu
  1. Membantu mengecutkan rahim dan mengurangkan pendarahan.
  2. Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak(bonding).
  3. Mengurangkan risiko kanser payudara dan ovari.
  4. Penyusuan susu ibu sepenuhnya membantu menjarakkan kelahiran.
  5. Menjimatkan masa dan wang.
  6. Mudah dan tidak perlu persedian.
So kauorang dah baca kebaikan yang kita boleh dapat dari penyusuan susu ibu, banyakkan kebaikannya, apa lagi rebutlah kebaikan tersebut dengan menyusukan anak sepenuhnya. Nasihat aku sebagai orang yang tak berapa banyak pengalaman dan masih mempelajari tentang penyusuan susu ibu ni,jangan putus asa, jangan malas tuntut ilmu, jangan banyak bagi alasan tanpa berusaha terlebih dahulu dan jangan lupa doa kepada Allah supaya dimurahkan rezeki buat anak tersayang.

Sepanjang 10bulan lebih menyusukan Harraz pelbagai cabaran yang telah ku lalui, susu banyak, susu kurang, susu tak cukup dan macam-macam lagi, tapi atas dorongan En Suami dan cita-citaku untuk beri yang terbaik untuk Harraz kesayanganku, alhamdullilah aku dapat cekalkan hati.

Kepada ibu-ibu di luar sana jangan putus asa ya, kita sama-sama berjuang untuk beri yang terbaik buat anak kita ya. Semoga allah beri kekuatan, murahkan rezeki dan cekalkan hati kita semua.

Sunday, September 30, 2012

Thanks Sayang

Salam,

Ucapan ni dah lama aku nak entrykan,tapi biasa la kan,alasan tetap sama,kemalasan melanda,hehe...Tapi aku dah ucap terima kasih lama dah,cuma belum sempat nak tuliskan entry penghargaan buat En Suami. Amboi siap Entry penghargaan gitu,bukn apa nak kena bodek lebih sikit,sebab harapannya dapat lagi tahun depan,hehe...

Terima kasih banyak-banyak buat suami tercinta sebab tunai kan impian isterimu ini. Raya baru ni En Suami hadiah kan aku sebuah beg jenama coach, yang dah lama aku idam-idamkan. Sebenarnya banyak yang aku suka,so ini salah satu darinya.Kalau ikut hati nak je beli semua, mau botak kepala suami.Rayaku tahun ini lebih bermakna,hehe....

Jenama  beg yang dah lama teringin nak beli
Melaram dengan beg Hadiah En Suami
Pesan En Suami dah dapat beli beg ni,lepas ni jangan duk termenung depan laptop tengok beg coach kat internet ya,hehe...masa baru-baru dapat memang dah tak tengok la,tapi sekarang dah mula tengok balik,haha..jangan marah ya En Suami,i tengok je, tak minta pun,tapi kalau u nak beli i terima je, :).

Nampaknya nak kena kumpul duit ni,untuk beli satu lagi tahun depan, sebab dah ada yang terbekenan lagi ni,hehe...kalau ibu aku tahu ni,mau dia bising membazir,tak ada la ibu anak mu nak simpan duit nak masukkan dalam tabung haji. Daftar haji dah,so sekarang masa untuk cukupkan duit. Apa pun thanks buat En Suami...Doakan la isteri mu tak mengidam lagi beg coach,tapi beg jenama lain boleh kan,hehe...

Saturday, September 29, 2012

Puding Roti Cinta

Salam,

Apa khabar semua,dah lama berhenti berceloteh kat blog yang tak seberapa ni,sampaikan keluarnya entri ni, oleh En Suami,entah la kenapa aku malas sangat,mungkin sbb penat kerja,balik rumah siap kan kerja rumah,kul 10mlm confirm mata aku dah berat dan terus lelap,so mmg tak sempat nak berblog. Kat office lak tak ada internet, kalau ada pun mmg tak sempat nak update.Office aku kalau sapa online time kerja walaupun menggunakan smart phone sendiri,adalah salah,tambahan ada orang yang sangat baik hati untuk jadi mata-mata bos...member aku siap pernah kena tegur sbb online...Dah tu si mata-mata ni,bila bos baru masuk dia siap g canang kat bos baru yang tak tau apa-apa ni,kata kawan aku suka online time kerja,sangat baik hati kan dia...Ish melalut lak aku ni...ok la apa2 pun alasan yang aku bagi,aku mmg malas,hehe..sbb ada blogger yang hebat,sibuk-sibuk pun still sempat updatekan...so tiada alasan ya malarang-kak,hehe....

Kembali kepada tajuk asal kita. Aku sebenarnya pertama kali buat puding roti ni. Mungkin bagi yang pandai masak sure cakap senangkan,aku yang tak pandai masak ni,sangat la teruja bila nak buat k.

Alhamdullilah percubaan pertama aku berjaya,so bertitik tolak dari situ la,En suami asyik request suruh buat,tiap-tiap minggu mst dia nak makan. Tadi balik dari jalan-jalan kat one utama dia request lagi,walaupun baru lps makan kat luar. Selamat bahan dah mmg ada kat rumah dan cara penyedianya pun tak susah,so aku tunaikan la keinginaan En suami tercinta.

Mai nak kongsi sikit resepi dan gambar-gambar puding yang baru aku siapkan tadi,walaupun sebenarnya aku pun flow buku resepi,hehe....

Puding Roti

Bahan A
8 Keping roti (aku suka guna roti gardenia)
2 Cawan fresh milk

Bahan B
5 sudu gula halus
(sebenarnya 4 tapi aku letak 5 sbb aku tak buat krinnya En suami tak suka makan dengan krimnya)
2 sudu margerin
2 biji telur
1 sudu tepung jagung
1 sudu teh esen vanilla
Kismis sebanyak mana yang anda suka
(aku letak Choclate Chip,sbb aku tak suka makan kismis yang di campur kedalam bahan-bahan lain)

Cara-caranya
1. Koyak-koyakkan roti dan rendam dengan susu selama 30 minit.
    (kalau ikut aku tak sampai 30minit pun aku rendam,hehe..)
2. Campur kesemua bahan B dan gaul sehingga sebati.
3. Setelah bahan B sebati, campurkan kedalam bahan A dan gaul.
4. Masukkan ke dalam bekas dan bakar selama 30minit dengan suhu 180.


Roti yang dah dikoyak-koyak
2 gelas cawan fresh milk
Roti yang telah di rendam susu
2 sudu Marjerin
Esen vanila,Tepung jagung,Telur, Gula halus &Choclate chip
Bahan B yang telah digaul rata
Bahan A & B dicampur
Bhaan A & B digaul rata
Taburan Choclate Chip
Gaul rata Choclate chip dengan bahan adunan tadi
Masukkan dalam bekas yang sesuai
Apa lagi bakar la
Alhamdullilah siap,nampak je naik tinggi tu,jap lagi dia akan turun balik dan cantik je,hehe...
Ni la hasilnya
Fuhhh memang sedap,bukan nak puji diri sendiri,tapi nak puji tuan yang kongsi resepi ni,resepi yang dia kongsi memang mudah dan insyallah menjadi. Nak lawan tokey Cookies lepas ni,nak jadi sehebatnya dalam masakan dan berblog,boleh ke aku ni,berangan je la kan,hehe...

Resepi ni aku ambil dari buku 1 Hari 1 Resepi dari Chef Hanieliza's.

Thursday, July 26, 2012

Precious Moments with Trudy & Teddy

Salam ramadhan semua,

Semua orang tahu yang sekarang ni adalah bulan ramadhan, habis sahaja bulan ramadhan maka hari raya akan menjelma.. sebelum menjelangnya hari raya pasti inginkan pakaian yang cantik-cantik dan baru untuk si comel... Betul tak?


Terus terbayang dikepala apa kata kita terjah Trudy & Teddy untuk dicarikan pakaian yang cantik-cantik untuk si comel di hari raya nanti.

Ya memang di Trudy & Treddy ni trekenal dengan pakaian kanak-kanak yang comel-comel..


Tentu saja si Harraz nanti nampak segak kalau pakai macam dalam gambar diatas tu.. hehehe.. atau seperti dibawah ni..


Tak sabar rasanya nak berkunjung di Trudy & Teddy.. insyaallah rasanya sebelum raya kami akan sampai di sana.. Jom kita beraya bersama Trudy & Teddy

Sunday, July 8, 2012

Wedding Nadirah | Member Kuis

Salam,

Semalam sempat aku sekeluarga meluangkan masa menghadirkan diri ke majlis perkahwinan salah sorang kawan rapat aku masa kat kolej dulu, dalam keempat-empat orang dari kami, dia yang terakhir kahwin dan dia la paling kecil sekali. Kalau orang tengok dia mesti ingat dia budak sekolah lagi.

Jom layan gambar yang sempat aku amb masa majlis semalam. Harraz sangat baik masa ni, tak meragam langsung. Mengantuk pun tido kat bahu daddy dia je, so lepas ni boleh selalu la bawa Harraz makan kenduri.
Apa pun thanks buat nadirah sebab sudi jemput kitaorg dan layan kitaorg buat kecoh semalam,hehe..cantik kau..tak sangka kau dah besar nadirah,hehe...

Pasangan pengantin yang dirai.
Sampai je jumpa member trs makan,hehe...
Pasangan merpati sejoli bersama Harraz.
Kami semua kawan.
Ni aksi apa pun tak tau,masing-masing tengok tempat lain.
Bersama pengantin poyo, Harraz sibuk nak tarik selendang pengantin.
Ina & Family bersama pengantin.
Shahida & Suami.
Farid &adik (katanya,tapi rasanya macam girlfriend dia je)hehe.

Tuesday, June 5, 2012

Pure Beauty | Collagen

Salam,

Ingat tak entry sebelum ni aku ada cakap nak cerita pasal Pure Beauty kan. Hari ni aku free sikit,walaupun sebenarnya tak free,hehe...study tak habis lagi esok nak exam...

Kalau sebut cantik,semua orang teruja kan,semua orang nak cantik,termasuk la aku. Setiap tahun usia  kita meningkat, dengan peningkatan usia pelbagai perubahan dalam diri akan berlaku termasuk la hormon-hormon kita kan. Tambahan orang perempuan, dah beranak pinak, pelbagai perubahan terjadi,makin lama wajah kita pun nampak tua, sebut tua lagi la menakutkan,betul tak,hehe...disebabkan itu aku perlukan satu produk yang dapat membantu melambatkan penuaan. Produk yang aku rasa terbaik adalah Pure Beauty.



Pure Beauty merupakan satu produk anti penuaan yang berasaskan Collagen tanpa menggunakan sebarang suntikan dan rawatan laser. Kalau orang dengar suntikan dan laser semua dah takut kan. Jadi kalau kau orang berminat nak ambil collagen rasanya pure beauty adalah terbaik,sebab ia hanya perlu minum je. Rasanya pun sedap.

Pure beauty adalah gabungan antioksida dari pelbagai sumber berlainan yang memenuh fungsi produk anti penuaan. Ia diperkayakan dengan : 
  • Astaxanthin
  • Fish Hydrolized Collagen
  • Glutathione.
  • Vitamin C
Ok jom kita tengok lak antaa kebaikan Pure Beauty :
  • Menggunakan gabungan antioksidan terhebat didunia.
  • Sesuai untuk lelaki dan perempuan.
  • Merawat serta mencegah jerawat.
  • Wajah berseri.
  • Mengecilkan liang roma
  • Merawat Enzema dan Prorisis
  • Mencegah kedutan dan kekenduran pada kulit.
  • Alternatif kepada suntikan Vitamn C dan Glutathione
  • Menghilangkan Tompok Hitam dan Parut.
  • Meningkatkan fungsi setiap sel dan melambatkan proses penuaan.
  • Mencegah kerosakan Kologen
  • Meningkatkan daya ketahan badan
  • Rambut dah kuku menjadi lebih sihat.
  • Melindungi daripada sinaran UA-B
  • Menyembuhkan luka dan mencegah parut.
  • Badan menjadi lebih sihat dan bertenaga.
  • Membantu menyah toksikdidalam tubuh dan menghasilkan kulit yang cerah.
Pure beauty merupakan produk kecantikan dan juga kesihatan. Kiranya  macam dua dalam satu la, umpama beli satu dapat duakan. Macam mana kauorang berminat tak. Harganya sekotak adalah RM179.00 terdapat 15 sachets kat dalam. Sekirannya kau org berminat boleh hubungi Afra yuri di talian 019-6237730, atau kauorang boleh ke page atau email pada diaorg.

Tuesday, May 15, 2012

Pure Beauty | Mz. Nina Bakery Cafe

Salam,

Kita layan gambar dulu. Ada sapa-sapa pernah dengar atau cuba Pure Beauty, cuba angkat tangan nak tengok,hehe...nampak ke kalau kaiorang angkat tangan kan..


Kalau nak tahu apa itu pure beauty, nantikan review dari saya k....

Saturday, May 5, 2012

SeeBaby Super Mini Baby Stroller | Harraz Baby Shoppe

Salam,

Hari ni aku nak promosi salah satu produk yang dijual di Harraz baby shoppe. Barangnya adalah Jenama SeeBaby Super Mini Baby Stroller. Jom kita tengok macam mana rupa bentuk stroller tu

Comelkan, Hanya RM120
Harraz baby shoppe menawarkan dengan hanya RM120.00 sahaja termasuk kos pos. Ready stock hanya ada 3 buah sahaja. Jika berminat boleh PM saya di Page Harraz baby shoppe. Cepat-cepat jangan terlambat,sapa cepat dia dapat, :).

Cara nakl lipat

Tuesday, March 20, 2012

Wang Tunai RM5000 untuk Blogger

Salam semua,


Korang faham tak apa maksud banner diatas tu? Sebenarnya pemilik blog bloggerwanita (unik betul nama tu) akan melancarkan satu program berbentuk Ganjaran Wang Tunai RM5000 untuk Blogger di Malaysia ni sempena ulang tahun ke-2 BloggerWanita.com.

Tuah ayam nampak di kaki.. tuah anda siapa yang tahu... apa kata jom kita join bersama-sama.. 

Nota : Terhad untuk 100 penyertaan terawal... jadi rebut peluang ini sebelum terlambat.

Sunday, March 4, 2012

Cara Menyimpan Susu Perahan

Salam,

Disebabkan Deep Freezer tak sampai-sampai lagi so aku duk kena fikir macam mana nak manage susu Harraz ni.So hari ni aku nak kongsi sama-sama cara nak simpan susu perahan. Ada 5 cara menyimpan susu perahan. Jom kita tengok cara-caranya...
  
 
   1) Susu fresh baru perah (Suhu bilik) 
                          Suhu 25c - 37c  - 4 jam
                          Suhu 15c - 25c  - 8 jam
      2) Peti sejuk (Rak atas) - Bahagian sejuk
                  Suhu 2c - 4c  -3-5 hari 
       (> 5 hari - perlu masukkan dalam freeze)
             3) Peti sejuk (1 pintu)
         Bahagian beku - 2 minggu
4) Peti sejuk (2 Pintu) -20c bahagian beku - 3 bulan
5) Deep Freeze - 6 bulan

Ini apa yang aku tahu dan aku baca dalam internet dan dari buku Panduan Penyususan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerjaya. Kalau salah atau tak betul, tolong betul kan ya kawan-kawan...

p/s : Gambar credit google...

Oh...Deep Freezer ku..

Salam semua..

Mood untuk menulis kembali,tapi tak tau la berapa lama mood ini bertahankan,hehe...tapi mood sebenar adalah tidak ok,sbbnya Deep Freezer yang aku beli tak sampai-sampai lagi. Dah 2 kali tertangguh pengantaran, stok EBM Harraz dah penuh peti sejuk kat bahagian beku tu..yang kat bahagian sejuk pun dah separuh.

Mulanya agak keberatan nak beli Deep Freezer ni, bukan apa duk fikir mana nak letak, rumah kecil je kan, dah tu duk berkira membazir tak beli, berapa lama nak pakai, bincang punya bincang akhirnya nak tak nak mmg kena beli sbb dah tak termuat peti sejuk kitaorg, kat bahagian sejuk tak boleh lbh dari 7 hari, dah tu kena masuk kan ke tempat beku. Tempat beku mmg dah penuh, dah tu duk fikir mgg depan nak balik kampung ambil stok EBM bawa balik KL,kalau tak beli mana nak letak kan stok-stok tu.

Ni lah rupa Deep Freezernya..

Masa mula-mula dapat tau kata Deep Freezer diaorg tak dapat hantar sbb masih belum sampai stok, terus rungsing mana nak letak susu-susu Harraz, tak kan nak buang lagi kan,sayang la sgt. Nak menumpang rumah orang adalah sgt aku tak berkenan, bukan apa takut orang tak suka. Tapi akhirnya terpaksa juga tumpangkan kat rumah pengasuh Harraz, setelah mendapat nasihat dari beberapa orang kawan termasuk tokey walfer,hehe.. apa pun thanks kak Nor sbb sudi tumpangkan peti sejuk...

Ok la entry pendek dulu ya,pendek ke?bukan tadi membebel panjang ke,hehe... nanti aku update lagi k,ni kiranya entry amb mood dulu...

Wednesday, January 18, 2012

Rezeki Harraz | Terima Kasih

Salam,

Selamat pagi semua. Tak sabar rasanya nak tunggu esok, En Myvitrd nak balik penang. En Myvitrd nak datang ambil aku dan Harraz balik KL dah tu kitaorg bertiga nak balik Johor, nak bawa Harraz jumpa fuang, ambok wang, mak wang & family En Myvitrd. Ni kiranya first time Harraz nak jumpa orang Johor.

Ok la kita balik ke tajuk asal, aku dah melalut dah tadi,hehe. Firstly aku nak ucapkan terima kasih pada yang sudi bagi hadiah untuk Putera kesayangan kami Muhammad Harraz Fahim & tak lupa juga pada yang sudi bagi angpaw. Alhamdullilah atas rezeki yang tuhan berikan buat Harraz. Sayang rasanya nak buka hadiah-hadiah kat bawah tu, walaupun ada sebahagiannya kitaorang dah buka.  

Sebahagian hadiah Harraz yang belum dibuka.

Orang pertama yang bagi hadiah dan angpaw selepas 2 jam Harraz dilahirkan adalah member office dan big boss aku. Diaorang merupakan orang pertama yang datang melawat aku. Thanks Shida hadiah dan angpow buat harraz, thanks my big boss Pn Fazleen give a big angpaw untuk Harraz. Nanti Harraz simpan duit tu dalam bank ok,hehe..

Jelous lak aku tengok Harraz dapat hadiah banyak,mamanya tak dapat pun,huhu...kesian kat mamakan Harraz,hehe.. Apa pun sekali lagi terima kasih dari aku, En Myvitrd & baby Harraz pada semua yang baik hati. Kalau murah hati selalu-selalu la bagi hadiah dan angpaw kat Harraz ya auntie-auntie semua,hehe...

Tuesday, January 17, 2012

Stok EBM hari ke 40 berpantang

Salam,

Selamat petang semua, mesti masing-masing tengah sibuk berkerja kan, tak pun tengah tunggu jam kul 5 je waktu balik. Aku macam biasa masih berpantang, so duk tunggu hari je nak habis pantang.

Jom nak tunjuk pencapaian aku setakat hari ke 40 berpantang dalam mengumpul stok EBM. Nak tunjuk pencapaian menguruskan badan rasanya macam tak berapa nak berjaya lagi sbb tak balik ke bentuk badan yang asal kan, walaupun ada penurunan. Tak pa bak kata En Myvitrd mana ada org  lepas bersalin terus kurus, kena amb masa sikit, ayat menenangkan aku la tu,huhu...Ok la untuk menyejuk kan hati sebab tak kurus-kurus balik macam dulu, aku pun buka la peti sejuk untuk tengok banyak mana aku dah kumpul EBM untuk Harraz.

Stok EBM

Lagi sikit nak penuh peti sejuk mak aku, selamat Jumaat ni dah nak balik KL, kalau tak mahu mak aku yang kena beli peti sejuk baru,hehe..Risau juga ni macam mana nak bawa balik KL dengan selamatnya, ada baca beberapa blog cara-cara nak bawa EBM dengan selamat dalam perjalanan jauh, insyallah akan cuba ikut cara diaorang tu. 

Kalau orang tanya aku cukup ke stok banyak ni, jawapan aku cukup tak cukup lain cerita yang penting aku dah usaha sebaik mungkin untuk sediakan stok EBM ni, harapan aku ia mencukupi dan akan bertambah dari masa ke semasa. Insyallah semoga semangat aku tak luntur nak BF kan Harraz.

Kesayangan kami

Semua susu kat atas adalah untuk si kecil Harraz. Cepat membesar ya sayang. Tak sabar nak tengok Harraz boleh berjalan dan berlari,hehe..

Friday, January 13, 2012

Kopiah untuk Harraz & Daddy

Salam,

Selamat petang semua. Macam mana jumaat anda semua, mesti bestkan esok dah nak cuti. Bagi  aku disini masih menanti kepulangan yang tersayang. Insyallah minggu depan kami akan kembali bertiga. Tak sabar dah rasanya, rasa macam lama je lagi nak tunggu khmis depan.

Ok la tak nak cerita pasal tu, tak mau sedih-sedih, tak lama lagi je kan nak jumpa. Hari ni aku tunjuk Kopiah pertama Harraz. Sejak aku tengok anak kawan aku pakai kopiah jenis tu aku dah tertarik hati dan berniat nak belikan satu buat Harraz. Dok cari kat online takjumpa-jumpa, last sekali senang cerita aku tanya terus dia beli kat mana. So dia bagi aku link kat blog mana dia beli. Tanpa membuang masa aku terus buka blog tu dan order. 

Barangnya dah sampai

Mula-mula niat nak order untuk Harraz je, sambil tengah-tengah pilih corak, tiba-tiba terlintas kat hati, kenapa aku tak order sekli untuk En Myvitrd kan. Nanti Harraz dan daddy boleh pakai sama-sama. Jadinya aku pun order la dua.Corak dan warna yang sama.

Harraz & Daddy punya
Yeah Harraz dah ada kopiah boleh ikut daddy g surau

Itu dia kopiah diaorang, yang Harraz punya aku letak nama, yang En Myvitrd punya kasi corak je, kalau aku tempah nama juga mau dia tak pakai, katanya macam budak-budak punya,haha...Harga kopiah ni bagi aku ok la tak mahal, dia ikut saiz juga la, tapi kalau ukuran budak harga RM10 satu yang dewasa lak RM15 satu.

Harraz dah pakai dulu

Kalau kauorang nak order boleh  tengok blog ni ya kopiah kait.Cuba-cuba la tengok mana tau ada yang berkenan kan. Comel je tengok budak-budak pakai kopiah macam ni.

Thursday, January 12, 2012

Impian 2011| Impian 2012

Salam,

Sempena tahun baru 2012, aku nak cerita sikit pasal impian aku tahun 2011 & 2012. Mesti kau orang cakap, la baru nak cerita ke orang lain dah cerita habis dah tahun lepas dan awal tahun baru ni...hehe..biasa la aku kan, tahun ni punya cerita,  tahun depan pun boleh cerita,hehe...

Macam-macam impian dan harapan setiap kali tahun baru menjelma, antara impian besar yang di harapkan pada tahun 2011 adalah, di kurniakan permata hati sebagai penyambung kasih dalam perkahwinan kami, memiliki rumah sendiri, memiliki kereta  kedua dan memiliki peniagaan sendiri, bukan la business besar punya, kecil-kecil pun jadi la.

Line 2 yang ditunggu-tunggu selama ini

Alhamdullilah berkat kesabaran serta usaha dan doa yang tak putus-putus, pada April 2011 aku telah disahkan mengandung 7 minggu, sangat tak sangka sebab tak ada sebarang perubahan kecuali berat badan aku makin naik, ingatkan mmg makin gemuk kan,hehe...Masa tu tak tergambar perasaan aku dan En Myvitrd, macam bermimpi pun ada. Siap En Myvitrd suruh aku tampar pipi dia time tu,hehe..

Masih kurus ketika kunci diterima,hehe..

Akhirnya kunci rumah yang kami nanti-nantikan, telah kami terima pada bulan Mei 2011. Maka tercapai la satu lagi impian aku. Sangat bersyukur proses pembelian rumah berjalan dengan lancarnya, walaupun tepaksa lalui macam-macam prosidur. Dapat je kunci rumah, minggu depannya terus cari orang untuk renovate, siap je renovate dalam 2 minggu terus kami berpindah ke rumah baru, punya la tak sabarkan. Walaupun hanya rumah yang kecil, bukan rumah banglo, tapi sangat bersyukur sebab telah memiliki rumah sendiri.

Permata hati yang di tunggu-tunggu

December 2011 adalah bulan yang penuh bermakna dalam hidup kami sekeluarga. Sebab bulan dec adalah  ulang tahun perkahwinan kami berdua selain itu ulang tahun kelahiran aku dan ayah juga jatuh pada bulan dec dan yang paling bermakna adalah permata hati kami yang pertama juga lahir pada bulan tersebut. Syukur tak terkira atas kelahiran yang dinanti-nanti ini.

Antara impian atau azam tahun 2012 aku adalah untuk BF Harraz sehingga usianya mencapai 2 tahun atau lebih, memiliki kereta kedua dan memiliki perniagaan sendiri. Impian untuk memiliki kereta kedua dan memiliki perniagaan sendiri ni tahun lepas punya tapi tak tercapai, so kita bawa tahun ni,hehe.. kalau tahun ni pun tak tercapai kita bawa ke tahun berikutnya,haha...

Rocks tu,hehe..

Semoga dipermudahkan, dimurahkan rezeki dan di beri semangat yang kuat untuk meneruskan BF kepada permata hati kami Muhammad Harraz Fahim. Sebelum mengandung lagi memang dah berazam kalau di kurniakan cahaya mata, aku nak BF sepenuhnya anak kami insyallah.

Keta idaman

Ini keta dah lama teringin nak beli, bila dah bertambah ahli keluarga keinginan tu lagi bertambah, so En Myvitrd dan aku kena keja keras untuk nak capai impian ni. Tapi tak pa jangan risau sayang kalau tak ada rezeki nak beli lagi, kita postpone tahun lain ya, jangan risau i tak paksa u,hehe..


Semoga tercapai hasrat memiliki perniagaan sendiri
Impian memiliki perniagaan sendiri ni dah lama juga terpendam, bukan la nak business besar-besarkan atau nak buka company ke, tapi business kecil-kecil dulu pun jadi la. Insyallah akan di usahakan supaya tercapainya impian ini, lambat atau cepat tu tak tau la, yang penting ada usaha kan. 

So itu la antara impian yang dah tercapai, yang tak tercapai, akan cuba di capai dan yang bakal di capai,hehe...Hope semuanya berjalan lancar, amin...
Related Posts with Thumbnails