Cinta Hatiku Sampai Ke Syurga

Wednesday, July 28, 2010

SUAMI MITHALI

Selepas satu jemputan, satu jemputan lagi sampai ke meja. Sekarang ini jemputan kahwin tidak lagi bermusim pada cuti sekolah saja. Undangan perkahwinan dah kembali seperti tahun 50-an dulu agaknya, orang kahwin tak kira cuti sekolah atau tidak.

Bersama tergengamnya status baru, maka makin bertambah satu lagi tanggungjawab seorang lelaki. Jika selama ini tanggungj-jawabnya adalah pada ibunya dan adik-beradik perempuannya, sekarang sudah bertambah, tanggungjawab kepada isterinya pula.

Sesungguhnya kaum wanita itu adalah amanah kepada kaum lelaki. Di akhirat nanti, ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita, jika wanita tersebut melakukan maksiat terhadap Allah swt. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu.

Empat golongan tersebut adalah:-

1. Suami

Seorang suami bertanggungjawab mendidik isterinya menjadi isteri yang solehah. Jika isterinya melakukan maksiat kepada Allah seperti tidak menyem-purnakan penutupan aurat, memakai tudung tapi berbaju lengan pendek menampakkan kulitnya, hatta lengan ¾ sekalipun, itu dikira melakukan maksiat terhadap Allah. Maka wanita berkenaan akan mengheret suaminya ke neraka bersamanya.

2. Ayah

Sedari kecil lagi seorang ayah bertang-gungjawab mendidik anak-anaknya agar takutkan Allah, mencintai Allah dan meng-utamakan Allah dalam segala urusan. Jika ada anak-anaknya meringankan solat atau apa saja yang membelakangkan Allah, maka di akhirat kelak dia tidak memasuki neraka berseorangan, tetapi turut menarik ayahnya ke neraka.

3. Anak lelaki

Seorang anak lelaki wajib menjaga kehor-matan ibunya dan memelihara ibunya dari melakukan maksiat terhadap Allah. Jika sampai ibunya terheret melakukan maksiat seperti memakai pakaian ketat, maka anaknya juga terheret masuk ke neraka Allah

4. Adik-beradik lelaki

Adik atau abang wajib menjaga adik-beradik perempuannya baik dari segi kehormatan-nya, tingkah-lakunya, ibadahnya maupun kepercayaannya, jangan sampai dia terpesong dari Islam. Jika tidak, dia juga akan diheret ke neraka oleh wanita itu.

Sunday, July 18, 2010

UPDATE

hai semua...lama gila aku x bercerita dlm blog ni...hari2 aku buka blog tapi entah knp jadi mls gila nak update...life aku sekarang x ada banyak perubahan...just aku dan en suami tgh sibuk nak memperbaiki life ktorg kearah yang lebih baik...banyak perancangan yang sedang ktorg buat...baru kahwin,so banyak benda nak kena belajar lg,aik baru khwn ke,hehe...bagi aku baru lg la kan belum cukup setahun,hehe...buat masa terdekat ada benda yang ktorg berdua tgh usahakan,insyallah kalau ada rezeki kami dan dah berjaya apa yang ktorg usahakan,aku akan publish kat sini ya...

memang berubah kan ktorg...dua2 dah makin tembam...hehe...

Wednesday, July 14, 2010

GUGUR DOSA APABILA SUAMI ISTERI BERSALAMAN

Dosa gugur apabila suami, isteri bersalam RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: "Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya."

Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.

Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.

Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.

Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.

Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.

Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.

Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.

Rasulullah bersabda, yang bermaksud: "Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung- burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."

Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang memiliki mu."

Wedding anak2 org2 kaya msia

Layan gambar-gambar dekat bawah ni...

gerbang di cantik la...

The pelamin…

The lovely wedding souvenirs

Nak buat juga pun boleh – anak sapa nak buat dulu? Hihi..

huuhuhuhu Wedding cake

Siap ada orchestra lagi…

Handsome mamat ni.. chinese + indian looks = chindian?

Along the way, pictures of the bride and groom pre-wedding..

Wedding of Nur Nadiah SM Nasimuddin & Hamzah Alang Azman Shah
Nadia – anak arwah Nasimuddin NAZA
Hamzah – Anak Azman Shah, owner of holiday villa hotel chains...
Related Posts with Thumbnails