Cinta Hatiku Sampai Ke Syurga

Saturday, December 31, 2011

Rezeki Sempena Tahun Baru

Salam,

Apa khabar semua, lama juga tak update blog,insyallah memag niat di hati nak update lepas ni,banyak cerita yang nak di kogsi dengan kauorang, tapi sekarang tengah busy sikit dengan si kecil Harraz dan tengah kejar nak siapkan assigment yang banyak lagi,hehe..keja last minute kan,padam muka sendiri....

Ok la berbalik pada tajuk aku rezeki sempena tahun baru. Rezeki apa sebenarnya, alhamdullilah macam-macam rezeki hujung tahun ni tuhan bagi, itu nanti aku story kemudian, kali ni nak story pasal rezeki kasut baru,hehe...Cuba kauorg tengok dulu gambar kat bawah...

Thanks adikku..lain kali selalu la silap beli saiz lagi,haha...
Cantik tak???cantik kan, kasut ni adik aku yang kasi...Mulanya dia beli untuk dia, sekali aku g bilik dia aku tengok, cantik kasut ni, aku kata asal hang tak beli kat aku satu, dah la aku tak leh keluar shopping duk dalam pantang ni,kalau tengok cantik beli la aku satu nanti aku bayar la, buat ayat sedih la konon kan,hehe...

Tiba-tiba jawapan yang aku terima dari dia, kalau hang nak amb la, aku bagi hang. Aik pelik lak aku boleh tiba-tiba kasi orang macam tu je.Aku tanya balik kenapa tak nak ke? dia cakap nak la tapi aku masa try macam ok je saiz dia sekali balik rumah macam kecil je lak, nak g tukar malas, kalau hang muat amb la kat hang..apa lagi aku terus je try, mmg rezeki la kan,muat-muat kaki aku k, aku cakap kat dia muat kaki aku la,aku pun trs amb.

Walaupun dalam keadaan sedih tak dapat nak enjoy shopping hujung tahun ni, tapi ada juga rezeki tuhan bagi, alhamdullilah jimat duit aku,haha...so kauorang kalau ada yg tersalah beli malas nak g tukar, kasi kat orang tengah berpantang ni, semoga rezeki kauorang juga bertambah,hehe...Apa pun thanks adik ku...

Friday, December 30, 2011

iPhone 4S Cuma RM55 Sebulan Macam Tak Caya Je

Salam semua,

Rasanya semua orang tahu yang baru-baru ini iPhone 4S telah dilancarkan di Malaysia.. dan pastinya bagi peminat iPhone 4S mesti sedang tercari-cari pembekal talian mana yang akan menjadi pilihan dihati.

Spesifikasi iPhone 4S

Kini korang jangan risau lagi.. sebab dalam keadaan tidak percaya ni.. Digi menawarkan pelan terbaik untuk iPhone 4S ni dengan Pelan terbaiknya iaitu hanya RM55 bayaran sebulan..

Tak Percaya?

hanya dari DiGi Sahaja 

Tengok pelan dibawah ni yang dibawakan oleh DiGi Internet..


So apa tunggu lagi.. jom kita beli secara online sekarang ni..

Tuesday, December 6, 2011

Rezeki Our Junior

Salam semua,

Selamat pagi semua, dah banyak hari tak update blog ni. En Myvitrd pun dah bising-bising suruh update, bila mood malas datang jangan cakap apa, mmg terus tak ada idea nak update. Ok malam ni nak cerita sikit pasal hadiah...Siapa agaknya yang dapat hadiah kauorang rasa???apa dia, En Myvitrd dapat hadiah! wah dia mmg dapat hadiah, tu yg senyum sampai hari ni tak habis-habis lagi....tapi bukan nk cerita tentang hadiah En Myvitrd tapi nk cerita tentang hadiah buat our junior.

Cuba kauorang tengok gambar kotak kat bawah tu, cantik kan balutan dia....Masa dapat je hadiah ni, jadi tak sabar nak buka, tapi tahan kan diri je sebab nak balik buka sama-sama dengan En Myvitrd.

Hadiah Dari seorang blogger
Hadiah ni kitaorang terima dari seorang blogger yang jauh di kedah. Tak sangka betul dia nak bagi hadiah. Tiba-tiba dia minta alamat katanya nak pos barang. So En Myvitrd minta aku bagi alamat office aku, sbb kalau pos kat rumah tak ada sapa nak terima nanti, tak ada orang kat rumah.

Jom kita tengok apa hadiahnya. Sekali buka set baju baby la....Wah sangat teruja, hadiah pertama buat Our Junior. Bertuah betul belum lahir dah dapat hadiah. Mamanya ni yang duk tunggu hadiah dari daddy, dapat ke tidak ni agak-agaknya,hehe....jangan lupa ya En Myvitrd hadiah ulang tahun perkahwinan dan hadiah b'day sayang....kalau tak merajuk balik kampung 100 hari,hehe...

Ni la hadiahnya, cantikkan....
Apa pun banyak-banyak terima kasih buat far_east atas hadiah yang diberi. Cantik sangat, sampai kan nak buka En Myvitrd kata sayang. Hadiah untuk anak, tapi mak bapak yang teruja lebih,hehe...
Related Posts with Thumbnails