Cinta Hatiku Sampai Ke Syurga

Tuesday, January 17, 2012

Stok EBM hari ke 40 berpantang

Salam,

Selamat petang semua, mesti masing-masing tengah sibuk berkerja kan, tak pun tengah tunggu jam kul 5 je waktu balik. Aku macam biasa masih berpantang, so duk tunggu hari je nak habis pantang.

Jom nak tunjuk pencapaian aku setakat hari ke 40 berpantang dalam mengumpul stok EBM. Nak tunjuk pencapaian menguruskan badan rasanya macam tak berapa nak berjaya lagi sbb tak balik ke bentuk badan yang asal kan, walaupun ada penurunan. Tak pa bak kata En Myvitrd mana ada org  lepas bersalin terus kurus, kena amb masa sikit, ayat menenangkan aku la tu,huhu...Ok la untuk menyejuk kan hati sebab tak kurus-kurus balik macam dulu, aku pun buka la peti sejuk untuk tengok banyak mana aku dah kumpul EBM untuk Harraz.

Stok EBM

Lagi sikit nak penuh peti sejuk mak aku, selamat Jumaat ni dah nak balik KL, kalau tak mahu mak aku yang kena beli peti sejuk baru,hehe..Risau juga ni macam mana nak bawa balik KL dengan selamatnya, ada baca beberapa blog cara-cara nak bawa EBM dengan selamat dalam perjalanan jauh, insyallah akan cuba ikut cara diaorang tu. 

Kalau orang tanya aku cukup ke stok banyak ni, jawapan aku cukup tak cukup lain cerita yang penting aku dah usaha sebaik mungkin untuk sediakan stok EBM ni, harapan aku ia mencukupi dan akan bertambah dari masa ke semasa. Insyallah semoga semangat aku tak luntur nak BF kan Harraz.

Kesayangan kami

Semua susu kat atas adalah untuk si kecil Harraz. Cepat membesar ya sayang. Tak sabar nak tengok Harraz boleh berjalan dan berlari,hehe..

10 comments:

Myvitrd said...

Banyak dah stok ni syg... hehehe.. baby cepat besarlah macam ni..bagus2 ye sygku..

Suliana said...

alhamdulillah.. rezeki harraz :-)

jmput singgah ke blog saya. ada juga pglmn bf. now sambung plak utk anak kedua.. hehe.. harraz ok ke dgn puting botol?

http://suliana-mylittlesunshine.blogspot.com/

Ernie Zuraida said...

bestnye dpt byk hasil pump susu.. :)

Anonymous said...

emak ziana zain pernah bagi petua supaya berpantang 100 hari utk pastikan badan panas bukan sj untuk urat saraf tapi juga pembajaran lemak,

mak ucu saya guna set lengkap sendayu tinggi untuk 60 hari .... then pi spa sauna mengurutlah ....

mak pulak .... minum kacip fatimah yang asli yg akar tak proses lagi tu atau ada akar nenas aper ntah kat langkawi banyak ... sambil tu makan nasi putih dengan ikat rebus, digaul dengan lada hitam tumbuk, halia dan bawang putih .... if terlalu panas boleh pening kepala ..... antara 60-100 hari ..... stokin sentiasa pakai selain kuruskan badan boleh rawat luka dalaman ... jalan kepit-kepit jangan laju sangat .... insya allah dan lagi nak kurus ni... think pisitf..amin.biji manjakani yg asli dekat kedai india ada kot ... susah nak cari tapi berbaloi tak tau ler mcm mana mak dan ayah saya usahakan ...

Harraz boy or girl.pakaian nmpk mcm girl.

Anonymous said...

tak malu ke kak tunjuk kat orang?

mommyosh said...

salam singgah..
byk nye stok ebm mummy ye..jeles tgk..oh ya..kalu byk2 camni, mcm na nk bwk travelling jauh2 ye..pls aja heee

http://mummyosh.blogspot.com

mommyosh said...

salam singgah..
byk nye stok ebm mummy ye..jeles tgk..oh ya..kalu byk2 camni, mcm na nk bwk travelling jauh2 ye..pls aja heee

http://mummyosh.blogspot.com

malarang said...

myvitrd : tq syg

suliana: alhamdullilah ok dgn puting.

blue roses : alhamdullilah :)

Anonymous 1 : tq atas petua anda,sgt menghargainya.

Anonymous 2 : harraz boy...

Anonymous 3 : apa nak malunya..bukan saya bogel tgh jalan atau buat benda yang salah...sekurang-kurangnya dapat bagi semangat pada ibu2 lain.lagi satu lain kali nak comment letak la nama sendiri..kenapa nak malu ke...

mommyosh : kalau nak bawa jln jauh boleh tgk cara kat sini ya :)

http://www.myvitrd.com/2012/02/cabaran-membawa-pulang-stok-ebm-untuk.html

Related Posts with Thumbnails