Selamat petang semua. Macam mana jumaat anda semua, mesti bestkan esok dah nak cuti. Bagi aku disini masih menanti kepulangan yang tersayang. Insyallah minggu depan kami akan kembali bertiga. Tak sabar dah rasanya, rasa macam lama je lagi nak tunggu khmis depan.
Ok la tak nak cerita pasal tu, tak mau sedih-sedih, tak lama lagi je kan nak jumpa. Hari ni aku tunjuk Kopiah pertama Harraz. Sejak aku tengok anak kawan aku pakai kopiah jenis tu aku dah tertarik hati dan berniat nak belikan satu buat Harraz. Dok cari kat online takjumpa-jumpa, last sekali senang cerita aku tanya terus dia beli kat mana. So dia bagi aku link kat blog mana dia beli. Tanpa membuang masa aku terus buka blog tu dan order.
Barangnya dah sampai |
Mula-mula niat nak order untuk Harraz je, sambil tengah-tengah pilih corak, tiba-tiba terlintas kat hati, kenapa aku tak order sekli untuk En Myvitrd kan. Nanti Harraz dan daddy boleh pakai sama-sama. Jadinya aku pun order la dua.Corak dan warna yang sama.
Harraz & Daddy punya |
Yeah Harraz dah ada kopiah boleh ikut daddy g surau |
Itu dia kopiah diaorang, yang Harraz punya aku letak nama, yang En Myvitrd punya kasi corak je, kalau aku tempah nama juga mau dia tak pakai, katanya macam budak-budak punya,haha...Harga kopiah ni bagi aku ok la tak mahal, dia ikut saiz juga la, tapi kalau ukuran budak harga RM10 satu yang dewasa lak RM15 satu.
Harraz dah pakai dulu |
Kalau kauorang nak order boleh tengok blog ni ya kopiah kait.Cuba-cuba la tengok mana tau ada yang berkenan kan. Comel je tengok budak-budak pakai kopiah macam ni.
2 comments:
comel2.... memang dah boleh ikut gi surau ni.. sebab dah sunatkan.. hehehe
hsbd saya ada kopiah ala2 mcm ne.. mcm kait2kan?
Post a Comment