Sempena tahun baru 2012, aku nak cerita sikit pasal impian aku tahun 2011 & 2012. Mesti kau orang cakap, la baru nak cerita ke orang lain dah cerita habis dah tahun lepas dan awal tahun baru ni...hehe..biasa la aku kan, tahun ni punya cerita, tahun depan pun boleh cerita,hehe...
Macam-macam impian dan harapan setiap kali tahun baru menjelma, antara impian besar yang di harapkan pada tahun 2011 adalah, di kurniakan permata hati sebagai penyambung kasih dalam perkahwinan kami, memiliki rumah sendiri, memiliki kereta kedua dan memiliki peniagaan sendiri, bukan la business besar punya, kecil-kecil pun jadi la.
Macam-macam impian dan harapan setiap kali tahun baru menjelma, antara impian besar yang di harapkan pada tahun 2011 adalah, di kurniakan permata hati sebagai penyambung kasih dalam perkahwinan kami, memiliki rumah sendiri, memiliki kereta kedua dan memiliki peniagaan sendiri, bukan la business besar punya, kecil-kecil pun jadi la.
Line 2 yang ditunggu-tunggu selama ini |
Alhamdullilah berkat kesabaran serta usaha dan doa yang tak putus-putus, pada April 2011 aku telah disahkan mengandung 7 minggu, sangat tak sangka sebab tak ada sebarang perubahan kecuali berat badan aku makin naik, ingatkan mmg makin gemuk kan,hehe...Masa tu tak tergambar perasaan aku dan En Myvitrd, macam bermimpi pun ada. Siap En Myvitrd suruh aku tampar pipi dia time tu,hehe..
Masih kurus ketika kunci diterima,hehe.. |
Akhirnya kunci rumah yang kami nanti-nantikan, telah kami terima pada bulan Mei 2011. Maka tercapai la satu lagi impian aku. Sangat bersyukur proses pembelian rumah berjalan dengan lancarnya, walaupun tepaksa lalui macam-macam prosidur. Dapat je kunci rumah, minggu depannya terus cari orang untuk renovate, siap je renovate dalam 2 minggu terus kami berpindah ke rumah baru, punya la tak sabarkan. Walaupun hanya rumah yang kecil, bukan rumah banglo, tapi sangat bersyukur sebab telah memiliki rumah sendiri.
Permata hati yang di tunggu-tunggu |
December 2011 adalah bulan yang penuh bermakna dalam hidup kami sekeluarga. Sebab bulan dec adalah ulang tahun perkahwinan kami berdua selain itu ulang tahun kelahiran aku dan ayah juga jatuh pada bulan dec dan yang paling bermakna adalah permata hati kami yang pertama juga lahir pada bulan tersebut. Syukur tak terkira atas kelahiran yang dinanti-nanti ini.
Antara impian atau azam tahun 2012 aku adalah untuk BF Harraz sehingga usianya mencapai 2 tahun atau lebih, memiliki kereta kedua dan memiliki perniagaan sendiri. Impian untuk memiliki kereta kedua dan memiliki perniagaan sendiri ni tahun lepas punya tapi tak tercapai, so kita bawa tahun ni,hehe.. kalau tahun ni pun tak tercapai kita bawa ke tahun berikutnya,haha...
Rocks tu,hehe.. |
Semoga dipermudahkan, dimurahkan rezeki dan di beri semangat yang kuat untuk meneruskan BF kepada permata hati kami Muhammad Harraz Fahim. Sebelum mengandung lagi memang dah berazam kalau di kurniakan cahaya mata, aku nak BF sepenuhnya anak kami insyallah.
Keta idaman |
Ini keta dah lama teringin nak beli, bila dah bertambah ahli keluarga keinginan tu lagi bertambah, so En Myvitrd dan aku kena keja keras untuk nak capai impian ni. Tapi tak pa jangan risau sayang kalau tak ada rezeki nak beli lagi, kita postpone tahun lain ya, jangan risau i tak paksa u,hehe..
Semoga tercapai hasrat memiliki perniagaan sendiri |
Impian memiliki perniagaan sendiri ni dah lama juga terpendam, bukan la nak business besar-besarkan atau nak buka company ke, tapi business kecil-kecil dulu pun jadi la. Insyallah akan di usahakan supaya tercapainya impian ini, lambat atau cepat tu tak tau la, yang penting ada usaha kan.
So itu la antara impian yang dah tercapai, yang tak tercapai, akan cuba di capai dan yang bakal di capai,hehe...Hope semuanya berjalan lancar, amin...
3 comments:
semoga tercapai hendaknya
Insyallah sygku.. abg sentiasa memberi sokongan luar dan dalam dalam apa sahaja impian yang dihajat.. Semoga tahun2 berikutnya kita terus dimurahkan rezeki amin..
* Alhamdulillah semangat sidia untuk kembali aktif berbloging telah bermula... Cayalah sygku.. hehehe
Wah nanti Harraz akan sambut makan doa selamat dalam satu majlis ar ... dec nanti .... hhhmmmm ...buat sekali arung .... meriah share majlis .... hu hu ... Insya Allah ..... dulu hilang kejap sorang peminat ..... ntah ler masa buat sunat dhuha tadi blog yg dah lama dilupakan ...... if ada kesempatan luangkan masa buat dunat dhuha .... biler baca maksud doa dia ... rasa mcm yakin jer .... mcm ada harapan ajer .... rezki Allah tu depan kita ..... peminat yg menghilang sekian lama datang semula .... itu dah kira rezki .... dugaan korang nak dapatkan business tapi hubungan korang berjalan lancar insya allah ... anggota kerja yg tiada luka dan parut biler cari rezki ... tak sakit langsung ... insya allah
Post a Comment