Cinta Hatiku Sampai Ke Syurga

Tuesday, January 10, 2012

EBM Stock buat Harraz

Salam,

Selamat petang semua, hari ni nak tunjuk stok EBM yang dah berjaya aku kumpul selama sebulan dalam pantang, ini buat bekalan Harraz bila aku dah masukkerja nanti...

Alhamdullilh dengan rezeki yang tuhan beri, berharap rezeki untuk Harraz akan terus ada sampai usianya mencapai 2 tahun atau lebih...

Susu Harraz ni, Daddy tak leh minta ya,haha..

Kena usaha lebih lagi ni, nak kumpul sebanyak boleh...Harraz sekarang sangat kuat menyusu takut tak cukup je bekalan yang aku kumpul ni...Penuh peti sejukrumah mak aku, sampai adik laki aku cakap, "bila aku buka peti sejuk ingat kan ais ketul, rupanya susu yang banyak"hehe.."aku siap warning kat adik aku,hang jangan silap pi minum lak susu tu,kang tak pasal-pasal jadi anak susuan aku"haha...

Terima kasih atas sokongan suami tercinta En Myvitrd, yang banyak beri kata dorongan dan menyediakan kelengkapan untuk menyusukan Harraz, buat keluarga tercinta yang sangat mengalakkn saya BF Harraz dan buat kawan-kawan yang banyak membantu memberi maklumat mengenai BF dan tak jemu-jemu menjawap setiap persoalan saya, biasa la kan banyak tanya, budak baru belajar,hehe..Ok la doakan yang terbaik untuk aku dalam menyusukan Harraz k..

3 comments:

mrs eyza said...

rasa cam baru jer baby harraz lahir...skrg dah nak abis pantang dah yer farah?

malarang_kak said...

misz_eyza : tu la,kalau ikut pantang 44 hari, lagi 10 hari nak habis pantang,hehe..best sgt..tapi kalau ikut pantang 100 hari,itu untuk cuba teka, lagi 66 hari,haha..

Myvitrd said...

wah ni baru stok sebulan.. kalau untuk 2 tahun kena beli peti sejuk abru dekat umah kita ni sygku.. hehehe..

Insyaallah abg akan beri sokongan terbaik untuk pembesaran anak kita sygku... Mama dia mesti kuat semangat ye..

Related Posts with Thumbnails