Cinta Hatiku Sampai Ke Syurga

Saturday, December 31, 2011

Rezeki Sempena Tahun Baru

Salam,

Apa khabar semua, lama juga tak update blog,insyallah memag niat di hati nak update lepas ni,banyak cerita yang nak di kogsi dengan kauorang, tapi sekarang tengah busy sikit dengan si kecil Harraz dan tengah kejar nak siapkan assigment yang banyak lagi,hehe..keja last minute kan,padam muka sendiri....

Ok la berbalik pada tajuk aku rezeki sempena tahun baru. Rezeki apa sebenarnya, alhamdullilah macam-macam rezeki hujung tahun ni tuhan bagi, itu nanti aku story kemudian, kali ni nak story pasal rezeki kasut baru,hehe...Cuba kauorg tengok dulu gambar kat bawah...

Thanks adikku..lain kali selalu la silap beli saiz lagi,haha...
Cantik tak???cantik kan, kasut ni adik aku yang kasi...Mulanya dia beli untuk dia, sekali aku g bilik dia aku tengok, cantik kasut ni, aku kata asal hang tak beli kat aku satu, dah la aku tak leh keluar shopping duk dalam pantang ni,kalau tengok cantik beli la aku satu nanti aku bayar la, buat ayat sedih la konon kan,hehe...

Tiba-tiba jawapan yang aku terima dari dia, kalau hang nak amb la, aku bagi hang. Aik pelik lak aku boleh tiba-tiba kasi orang macam tu je.Aku tanya balik kenapa tak nak ke? dia cakap nak la tapi aku masa try macam ok je saiz dia sekali balik rumah macam kecil je lak, nak g tukar malas, kalau hang muat amb la kat hang..apa lagi aku terus je try, mmg rezeki la kan,muat-muat kaki aku k, aku cakap kat dia muat kaki aku la,aku pun trs amb.

Walaupun dalam keadaan sedih tak dapat nak enjoy shopping hujung tahun ni, tapi ada juga rezeki tuhan bagi, alhamdullilah jimat duit aku,haha...so kauorang kalau ada yg tersalah beli malas nak g tukar, kasi kat orang tengah berpantang ni, semoga rezeki kauorang juga bertambah,hehe...Apa pun thanks adik ku...

1 comment:

Myvitrd said...

Masyuk... Rezeki dtang bergolek...he2

Related Posts with Thumbnails