Salam semua,
Dah lebih sebulan blog ni tak terupdate.. tak tahulah pasal apa tn.punya blog ni kurang rajin sikit nak update blog kali ni.. adakah disebabkan alahan akibat berbadan dua.. hehehe.. entahlah saya sendiri pon kurang pasti.
Asalnya entri ni aku nak update dekat blog aku sendiri.. tapi disebabkan blog ni dah lama sangat bersawang aku rasa baik aku tolong updatekan bagi pihak cik Malarang.
Semalam merupakan kali ke-4 kami buat check-up baby kami.. diam-diam.. sedar tak sedar rupanya baby dalam perut cik malarang ni dah berusia 19 minggu rupanya.. dah besar ni rupanya anak ayah ni.. :-)
Masa buat check-up kali pertama tu kami tak nampak apa-apa cuma doktor kata ada nampak bintik dekat rahim tu je.. check-up kali kedua pulak adalah nampak bentuk daging dekat tengah-tengah rahim tu.. dah check-up ke -3 dah nampak bentuk janin.
Masa check-up semalam doktor tunjuklah semua apa yang ada dalam perut tu.. dia tunjuk ni kepala baby, ni kaki baby, ni tangan baby... yang berdenyut2 tu jantung baby.. wah rasanya seronok sangat tengok anak kami membesar dengan sihat dalam tu.
Doktor pon kata baby dalam perut tu aktif dan sihat.. cuma sepatutnya cik malarang dah boleh rasa pergerakkan baby tu.. tapi dia kata belum ada rasa lagi.. tak sabar pulak nak tunggu baby ni gerak2 dalam perut.
Sepanjang 19 minggu ni.. alhamdullilah cik malarang takda apa-apa alahan.. muntah2 pon takda lagi.. hope sampai baby lahir takdalah alahan yang teruk.
Semalam doktor kata 25hb Ogos 2011 kena check-up lagi.. dah satu perkara yang masih menjadi tanda tanya kami berdua adalah baby kami ni lelaki atau perempuan ye? ... hehehe
Apa pon jantina yang keluar nanti kami terima dengan hati terbuka.. diharapkan baby kami ni sentiasa berada dalam keadaan sihat, cergas dan selamat buat selama-lamanya... amin
Apa yang penting tolong doakan semoga si ibu dan baby ni sentiasa sihat sepanjang masa..
"Ayah tunggu baby keluar hujung tahun ni syg, mama dah tak sabar nak belikan baju cantik-cantik tu.. hehehe"
6 comments:
thanks syg tolong update...entah la knp mls sgt nak update,hehe...
wah..bestnye...tahniah!!
beshnyer dah preggy!
Bes nye baby g bbuka poser ng nuffnang ..huihuh..jelssss
salam singgah...
:)
salam kenal semua..
Post a Comment