Cinta Hatiku Sampai Ke Syurga

Saturday, January 1, 2011

SELAMAT TINGGAL 2010, SELAMAT DATANG 2011

Selamat pagi semua, mesti ramai lagi yang masih diulit mimpi kan pagi ni..penat katannya smlm g sambut tahun baru kan. Aku dan En Myvitrd masih seperti smlm, bangun awal bersiap-siap ke office, ahm masih lagi kena kerja hari ni, walaupun dalam keadaan yang tidak sihat. Semalam badan dia sangat panas, ajak g klinik agak liat ahm ni, so aku bagi dia makan panadol, selamat la ada panadol kat rumah, kalau tak mau aku paksa juga g klinik.Alhamdullilah pagi ni dah ok sikit demamnya, cuma batuk dan selsema dia tak kurang-kurang, jap lagi mmg nak ajak juga ahm g klinik ambil ubat. 


Tahun 2010 baru saja berlalu semalam meninggal kan kita. Sure semua orang ada kenangan masing-masing kan, tak kira kenangan manis atau pahit. Apa yang dah berlalu biarkan berlalu, yang indah dan baik jadikan kenangan terindah dalam hidup kita, yang pahit dan menyakitkan biarkan ia berlalu, apa yang dah di lalui boleh di jadikan panduan dan pendorang supaya kita menjadi lebih baik pada tahun 2011 dan tahun-tahun akan datang.

Selamat tinggal tahun 2010, penuh dengan kenangan yang menjadikan aku lebih matang dan mengajar aku erti sebuah kehidupan. 

Selamat datang tahun 2011 semoga perjalanan hidup aku tahun ni berjalan dengan lebih baik, bermakna di samping orang-orang yang ku sayangi dan di murahkan rezeki darinya. 

2 comments:

Myvitrd said...

Syg abg sangat terharu sebab setiap kali abg sakit syglah yang bersusah payah jaga abg.. semoga tuhan sahaja yang membalas jasamu isteriku..

Tahun baru dah masuk ni.. abg nak bagi satu cabarang dekat sayang supaya lebih rajin update blog bermula dari hari ini..

Cabarannya mudah sahaja.. abg nak sayang tewaskan abg dalam jumlah entri terkumpul pada 1/1/2012 nanti..

Andai kata entri sayang lagi banyak dari abg.. abg akan janjikan sesuatu hadiah istimewa buat sayang.. itu janji abg jika panjang umur..

cabaran ini sebagai menyuntik semangat untuk terus maju berblog dimasa akan datang..

Selamat tahun baru isteriku.. Love U Forever Sygku..

malarang-kak said...

tq suamiku yang di sayangi..itu kan tanggungjawap sorang isteri..

sayang sahut cabaran abg tu, tapi sila masukan streamyx kat rumah ya, kasi internet laju sikit, maca kat rumah ibu, baru la syok nak update blog,hehe...lawak je, insyallah sayang sahut cabaran abg tu...

Related Posts with Thumbnails