Cinta Hatiku Sampai Ke Syurga

Tuesday, September 17, 2013

Masih Ada Yang Melawat Ke Blog Ni


Saya mewakili owner blog ini ingin meninggalkan sedikit jejak disini.. Hampir setahun blog ni tak diusik.. tak diupdate.. mungkin juga ownernya sebuk dengan urusan kerja hakiki dan urusan perniagaan sambilan sekarang.. 

mama & harraz


Banyak kali juga aku cuba bagi semangat dekat owner blog ni.. tapi masih tak berjaya lagi nak kembalikan semangat beliau untuk menulis kembali.. Harapnya semoga satu hari nanti ownernya kembali aktif semula...

Sunday, October 21, 2012

Kebaikan Penyusuan Susu Ibu

Aslm,

Alhamdullilah sehingga sekarang Harraz berusia 10 bulan 1 minggu 6 hari masih menyusu susu ibu sepenuhnya tanpa FM, walaupun aku hanya EP mom. Usia Harraz 6 bulan baru aku mula bagi dia makan Solic Food. Harapan aku semoga dapat menyusukan Harraz sehingga usianya 2 tahun,insyallah.

Ok la, hari ni aku nak kongsi sikit mengenai Kebaikan Penyusuan Susu Ibu & Kebaikan Penyusuan Susu Ibu Untuk Ibu yang aku baca dari buku nota yang dikeluarkan oleh Pusat Maklumat Pemakanan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya. Nota ni aku dapat semasa aku join Karnival Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2012 peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Perpustakaan Negara.

Panduan Penyusuan Susu Ibu Yang Berjaya
Kebaikan Penyusuan Susu Ibu
  1. Mengandungi bahan pencegah penyakit(antibodi).
  2. Mempunanyai komposisi nutrien yang mencukupi dan suhu yang sesuai.
  3. Elak risiko kurang zat makanan, cirit-birit dan penyakit saluran pernafasan.
  4. Mengurang risiko kepada alahan.
  5. Perkembangan daya intelek yang lebih baik(IQ tinggi).
  6. Kurang masalah pergigian dan ortodontik.
  7. Mengurangkan risiko penyakit kencing manis pneumonia dan jangkitan telinga pada kanak-kanak.
  8. Mengalakan tumbesaran.
  9. Penghadaman yang mudah.
Kebaikan Penyusuan Susu Ibu Untuk Ibu
  1. Membantu mengecutkan rahim dan mengurangkan pendarahan.
  2. Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak(bonding).
  3. Mengurangkan risiko kanser payudara dan ovari.
  4. Penyusuan susu ibu sepenuhnya membantu menjarakkan kelahiran.
  5. Menjimatkan masa dan wang.
  6. Mudah dan tidak perlu persedian.
So kauorang dah baca kebaikan yang kita boleh dapat dari penyusuan susu ibu, banyakkan kebaikannya, apa lagi rebutlah kebaikan tersebut dengan menyusukan anak sepenuhnya. Nasihat aku sebagai orang yang tak berapa banyak pengalaman dan masih mempelajari tentang penyusuan susu ibu ni,jangan putus asa, jangan malas tuntut ilmu, jangan banyak bagi alasan tanpa berusaha terlebih dahulu dan jangan lupa doa kepada Allah supaya dimurahkan rezeki buat anak tersayang.

Sepanjang 10bulan lebih menyusukan Harraz pelbagai cabaran yang telah ku lalui, susu banyak, susu kurang, susu tak cukup dan macam-macam lagi, tapi atas dorongan En Suami dan cita-citaku untuk beri yang terbaik untuk Harraz kesayanganku, alhamdullilah aku dapat cekalkan hati.

Kepada ibu-ibu di luar sana jangan putus asa ya, kita sama-sama berjuang untuk beri yang terbaik buat anak kita ya. Semoga allah beri kekuatan, murahkan rezeki dan cekalkan hati kita semua.

Sunday, September 30, 2012

Thanks Sayang

Salam,

Ucapan ni dah lama aku nak entrykan,tapi biasa la kan,alasan tetap sama,kemalasan melanda,hehe...Tapi aku dah ucap terima kasih lama dah,cuma belum sempat nak tuliskan entry penghargaan buat En Suami. Amboi siap Entry penghargaan gitu,bukn apa nak kena bodek lebih sikit,sebab harapannya dapat lagi tahun depan,hehe...

Terima kasih banyak-banyak buat suami tercinta sebab tunai kan impian isterimu ini. Raya baru ni En Suami hadiah kan aku sebuah beg jenama coach, yang dah lama aku idam-idamkan. Sebenarnya banyak yang aku suka,so ini salah satu darinya.Kalau ikut hati nak je beli semua, mau botak kepala suami.Rayaku tahun ini lebih bermakna,hehe....

Jenama  beg yang dah lama teringin nak beli
Melaram dengan beg Hadiah En Suami
Pesan En Suami dah dapat beli beg ni,lepas ni jangan duk termenung depan laptop tengok beg coach kat internet ya,hehe...masa baru-baru dapat memang dah tak tengok la,tapi sekarang dah mula tengok balik,haha..jangan marah ya En Suami,i tengok je, tak minta pun,tapi kalau u nak beli i terima je, :).

Nampaknya nak kena kumpul duit ni,untuk beli satu lagi tahun depan, sebab dah ada yang terbekenan lagi ni,hehe...kalau ibu aku tahu ni,mau dia bising membazir,tak ada la ibu anak mu nak simpan duit nak masukkan dalam tabung haji. Daftar haji dah,so sekarang masa untuk cukupkan duit. Apa pun thanks buat En Suami...Doakan la isteri mu tak mengidam lagi beg coach,tapi beg jenama lain boleh kan,hehe...

Saturday, September 29, 2012

Puding Roti Cinta

Salam,

Apa khabar semua,dah lama berhenti berceloteh kat blog yang tak seberapa ni,sampaikan keluarnya entri ni, oleh En Suami,entah la kenapa aku malas sangat,mungkin sbb penat kerja,balik rumah siap kan kerja rumah,kul 10mlm confirm mata aku dah berat dan terus lelap,so mmg tak sempat nak berblog. Kat office lak tak ada internet, kalau ada pun mmg tak sempat nak update.Office aku kalau sapa online time kerja walaupun menggunakan smart phone sendiri,adalah salah,tambahan ada orang yang sangat baik hati untuk jadi mata-mata bos...member aku siap pernah kena tegur sbb online...Dah tu si mata-mata ni,bila bos baru masuk dia siap g canang kat bos baru yang tak tau apa-apa ni,kata kawan aku suka online time kerja,sangat baik hati kan dia...Ish melalut lak aku ni...ok la apa2 pun alasan yang aku bagi,aku mmg malas,hehe..sbb ada blogger yang hebat,sibuk-sibuk pun still sempat updatekan...so tiada alasan ya malarang-kak,hehe....

Kembali kepada tajuk asal kita. Aku sebenarnya pertama kali buat puding roti ni. Mungkin bagi yang pandai masak sure cakap senangkan,aku yang tak pandai masak ni,sangat la teruja bila nak buat k.

Alhamdullilah percubaan pertama aku berjaya,so bertitik tolak dari situ la,En suami asyik request suruh buat,tiap-tiap minggu mst dia nak makan. Tadi balik dari jalan-jalan kat one utama dia request lagi,walaupun baru lps makan kat luar. Selamat bahan dah mmg ada kat rumah dan cara penyedianya pun tak susah,so aku tunaikan la keinginaan En suami tercinta.

Mai nak kongsi sikit resepi dan gambar-gambar puding yang baru aku siapkan tadi,walaupun sebenarnya aku pun flow buku resepi,hehe....

Puding Roti

Bahan A
8 Keping roti (aku suka guna roti gardenia)
2 Cawan fresh milk

Bahan B
5 sudu gula halus
(sebenarnya 4 tapi aku letak 5 sbb aku tak buat krinnya En suami tak suka makan dengan krimnya)
2 sudu margerin
2 biji telur
1 sudu tepung jagung
1 sudu teh esen vanilla
Kismis sebanyak mana yang anda suka
(aku letak Choclate Chip,sbb aku tak suka makan kismis yang di campur kedalam bahan-bahan lain)

Cara-caranya
1. Koyak-koyakkan roti dan rendam dengan susu selama 30 minit.
    (kalau ikut aku tak sampai 30minit pun aku rendam,hehe..)
2. Campur kesemua bahan B dan gaul sehingga sebati.
3. Setelah bahan B sebati, campurkan kedalam bahan A dan gaul.
4. Masukkan ke dalam bekas dan bakar selama 30minit dengan suhu 180.


Roti yang dah dikoyak-koyak
2 gelas cawan fresh milk
Roti yang telah di rendam susu
2 sudu Marjerin
Esen vanila,Tepung jagung,Telur, Gula halus &Choclate chip
Bahan B yang telah digaul rata
Bahan A & B dicampur
Bhaan A & B digaul rata
Taburan Choclate Chip
Gaul rata Choclate chip dengan bahan adunan tadi
Masukkan dalam bekas yang sesuai
Apa lagi bakar la
Alhamdullilah siap,nampak je naik tinggi tu,jap lagi dia akan turun balik dan cantik je,hehe...
Ni la hasilnya
Fuhhh memang sedap,bukan nak puji diri sendiri,tapi nak puji tuan yang kongsi resepi ni,resepi yang dia kongsi memang mudah dan insyallah menjadi. Nak lawan tokey Cookies lepas ni,nak jadi sehebatnya dalam masakan dan berblog,boleh ke aku ni,berangan je la kan,hehe...

Resepi ni aku ambil dari buku 1 Hari 1 Resepi dari Chef Hanieliza's.
Related Posts with Thumbnails