Cinta Hatiku Sampai Ke Syurga

Wednesday, April 13, 2011

SAYA MAHU DITEGUR EYRIQAZZ

Salam semua,

Entri ni di tulis oleh en. Myvitrd, yang mana saya mewakili tn.blog ni untuk memohon untuk menyertai segmen tegur-menegur dari eyriqazz.


Sebagai seorang blogger kita perlu bersedia untuk ditegur.. lagi-lagi dari blogger berpengalaman.. so untuk itu saya perlukan teguran membina dari otai eyriqazz untuk menegur mana yang kurang didalam blog cik.pn saya ni.

Hope lepas teguran membina tu.. tn. enpunya blog ni bolehlah memperbaiki apa yang patut untuk masa akan datang. kekadang kalau kita tak ditegur kita syok je menulis tanpa kira orang sekeliling.. tak gitu eyriqazz..

P/S : Aku memberi izin untuk menegur blog wife aku ni bro.. kalau nak tegur blog aku pon boleh.. kira entri ni 2 dala satulah.. hahaha

Monday, April 11, 2011

SANTAI DI TASIK TITIWANGSA

Boring-boring duduk rumah, kitaorang suami isteri pun melepak la kat tasik titiwangsa sambil test camera baru kan, suka pemandangan tasik ni di waktu malam... macam-macam aktivi yang ada walaupun malam..

Pemandangan malam di  Tasik titiwangsa gambar dari Google
Lepak di sanny Char Keow Teow
Sebelum tu kitaorang singgah jap sanny char keow teow, mula ingat nak minum-minum je, tapi tiba-tiba terorder makanan la pulak,hehe... tapi mee dia tak sedap, dah la bau kapur, menyesal je order, buang duit aku je...
Jadi model untuk En Myvitrd
Lepas makan kitaorang lepak-lepak tepi tasik, sambil-sambil test camera kan, best juga sekali sekala lepak sini, patutnya kita orang pakai je baju sukan malam tu, boleh la jogging kan, ramai rupanya orang jogging kat tasik ni malam-malam...Ingat next time nak jogging kat sini la.....

Testing amb gambar bungan apa guna Nicon Coolpix S1100pj
En Myvitrd lak jadi model,hehe..

Tu la antara hasil camera baru kitaorang, kiranya puas ati la, sbb gambar dalam gelap boleh amb dengan baik kan. Gambar bunga api tu la yang paling puas ati, nampak terang..banyak lagi gambar yang En Myvitrd amb, tapi aku malas nak upload,hehe...

WEDDING TIME

Lama je tersimpan entry ni dalam draft aku, sebabnya, aku malas,hehe...dah taip separuh tiba-tiba idea habis,boleh ka mcm tu,hehe...

Cerita ni bulan lepasnya aku pegi kenduri kahwin kawan lama masa kolej dan sepupu aku kat area selangor. Kenduri first kat puchong...masa sampai pengantin belum sampai lagi...habis makan dah nak gerak balik baru pengantin sampai, tapi aku tak tgg la diaorang nak berarak...tak boleh lama-lama sebab nak berkejar pegi kenduri rumah sepupu aku lak kan...masa kat puchong ni jenuh juga la mencari rumah, berapa kali juga la pusing sesat jalan,hehe...

first kenduri,kahwin aku masa belajar dulu...
Tema rumah pertama adalah hijau, cantik aku suka, tahun ni baju raya nak tema hijau atau merah ya??? puasa pun belum dah fikir nak raya kan,hehe...

tunggu pengantin tak sampai-sampai...
Lepak jap lepas makan ingat nak tunggu pengantin,tapi lama sangat kan, so kitaorang gerak la g rumah sepupu aku lak...mencabar betul nak g kenduri kali ni sbb dua-dua rumah tak tau jalan, mai redah je...berpusing-pusing banyak kali baru jumpa...selamat jumpa kan kalau tak mau balik perut lapar,hehe...

Ini lah pengantinnya...
Yang mana satu agaknya sepupu aku???sepupu aku yang perempuan...diaorang duduk kat jenjarom..pertama kali sampai sini....tu yang tak tau jalan kan...

Kenduri ke dua rumah sepupu aku
Gambar sebelum balik, nak juga berposing dengan banner tu,hehe...Apa-apa pun buat kedua-dua pengantin selamat pegantin baru, walaupun dah sebulan,kira baru la lagi kan....semoga bahagia dan berkekalan hingga ke syurga...teringat masa kitaorang kahwin dulu, mcm nak patah balik je ke majlis kahwin kitaorang, best,hehe...

Sunday, April 10, 2011

TROPICANA CITY MALL & SUBWAY

Hai selamat berhujung mgg semua, banyak cerita basi aku nak cerita hari ni,hehe...gila malas kan nak update...cerita dah banyak mgg sebenarnya ni....

Kalau balik keja hari-hari mmg depan tropicana ni la akan ku lalu, tapi kalau nak di kira masuk hari tu baru 2 kali aku pergi dgn En Myvitrd...balik keja kita orang singgah sana sbb ada urusan...

Tropicana City Mall
Tengah tengok apa tu agaknya...
Sampai je, terus naik atas...sekali terjumpa la pulak Subway...mmg dah lama nak makan tapi asyik tak ada masa je...sejak pertama kali rasa subway ni, trs jatuh cinta...So apa lagi kitaorang singgah makan dulu sebelum selesaikan urusan kitaorang,hehe....

Sangat bersemangat En Myvitrd makan...
Jom kita tengok antara menu yang subway ada...bagi aku sangat kenyang dan sedap subway ni.... Masa pertama kali kitaorang beli hari tu, siap kongsi lagi, satu lagi simpan esok paginya masuk microwave panaskan balik...makan panas-panas lagi la sedap...

Antara menu subway..
So sapa-sapa yang tak pernah lagi makan subway ni, sila la mencuba, pasti kau orang puas hati. Kalau tak pandai order kau orang mula-mula sampai ambil je pamplet dia, dah tu tgk, kalau tak faham juga boleh tanya kat juru jual dia...aku mula-mula dulu pun tak pandai juga...lps dah beli sekali trs pandai,hehe...Aduh dah bercerita ni, terasa lak nak makan subway...

mesti ingat aku makan dua sekali kan,tak la...itu satu En Myvitrd punya..
Suasana Subway di Tropicana City Mall
Related Posts with Thumbnails