Cinta Hatiku Sampai Ke Syurga

Monday, November 29, 2010

MOOD EXAM

Mood sekarang adalah tgh exam....macam biasa setiap hujung tahun bulan 12 aku kena hadiri kursus intensif selama 3 mgg di USM, time ni ada kelas, presentation dan yang paling penting ada exam...amat menakut kan...tapi study x mana pun,hehe...so skrg ni aku ada kat kampung...ikut kan aku sorg je yang balik kampung, tapi ahm nak juga temankan aku cuti..katanya boring duk umah sorg-sorg so ahm pun cuti sama....

Tadi pagi kul 9 dah kena daftar masuk hostel...dah tu daftar kehadiran...kali ni dapat asrama sangat la jauh dari kelas..nak parking keta amat la jauh...tahun ni aku daftar je asrama tapi duduk umah juga hehe...sbbnya ahm ada..x kan nak tgl dia sorg-org kat umah mak aku kan..sure mati kutu dia...

ni la USM nya..ini salah satu pintu masuk dia..

Tahun ni masa dengan kawan-kawan dah kurang la...kalu tahun sblm2 ni sgt la enjoy dan best,sbb dapat study ramai-ramai...kalau lapar malam keluar makan, x takut gemuk pun time tu kalau makan, sbbnya sblm kahwin makan la banyak mana badan x juga-juga naik ,tapi bila dah khwn ni makan lbh sikit je dah naik badan...ngeri betul...ishhh..dah melalut lak aku ni...skrg masa banyak hbs dgn suami tercinta la, zaman enjoy-enjoy dgn kawan-kawan dah hbs, hehe...

ok la aku nak study..exam tgh menunggu aku tu...tak tau jawap nanti aku minta ahm jawap kan sbb dia nak temankan aku kan,hehe...k la Good Luck juga pada semuayang tgh exam...

Sunday, November 21, 2010

RAHA HAJI 2010

Fuhh.. penat baru sampai dari kampung semalam, pagi ni temankan ahm lak keja...Ikut kan perancangan awal pagi ahad baru nak gerak balik KL, tapi ahm kena keja la pulak..so sabtu terpaksa la balik...Raya Haji tahun ni buat pertama kalinya aku beraya di rumah mertua...Masa mula-mula kahwin dah janji raya mesti selang-seli, raya puasa hari tu dah raya kat penang, so raya haji kena la raya kat johor lak..tapi tahun depan raya puasa kena raya kat johor lak..dah tu raya haji kat penang lak...begitu la perjanjian kami...

beraya di rumah mertua...baju yang sama masa raya puasa hari tu,hehe...

Raya haji kat Johor agak meriah juga, sbb pagi-pagi akan pg solat hari raya, lps tu yang lelaki akan terus ziarah dari rumah-ke rumah untuk marhaban...ahm kata selalunya sampai petang tapi kali ni cepat sikit, kul 1 lbh dah siap marhaban...kalau kat penang memang tak ada budaya ni...habis solat raya balik umah masing-masing, tunggu sedara mara datang...dah tu raya seterusnya baru jalan-jalan ziarah sedara mara lak...

Kalau tanya raya mana best..bagi aku sama je..cuma yang bezanya mak, ayah dan family aku jauh x dapat jumpa...tapi x pa la perlahan-perlahan belajar beraya rumah mertua..kalau dah kahwin dgn org jauh ini memang kita kena lalui benda macam ni...kena give and take tak boleh pentingkan diri sendiri...

bersalaman di malam raya...hehe...
ni lakonan semula sbb pagi raya x sempat nak tangkap gambar...

Bab makanan lak aku dah biasa kalau raya sure makanan kesukaan aku adalah laksa,walaupun tak raya  ada je laksa jual merata-rata kan... rendang, ketupat, lemang, nasi impit & serunding kalau x ada time raya aku x rasa apa-apa pun, sbbnya aku tak suka makan benda-benda tu...tapi kalau x ada laksa, mmg tension...so raya baru ni kat umah mentua mmg tension sendiri la kan, x ada laksa, tapi terpaksa la redho,huhu...

Pagi-pagi raya makanan utama orang bugis adalah BURASAK so aku pagi tu buat pertama kalinya merasa burasak, aku makan sikit je..sbb x berapa kena dgn selera aku...tapi sebelah malamnya masa ktorg g beraya rumah atok ahm, aku cuba makan burasak dengan kuah kacang...sedap la pulak...so apa lagi aku makan dgn banyaknya sbb lapar gila...sampaikan dorg semua gelak kan aku, ya la masa mula-mula makan aku mmg x selera langsung nak makan...tapi dgn kuah kacang menjadi la pulak...ahm kata x pernah pun dia makan burasak dgn kuah kacang selalunya dia makan dgn daging masak kicap ke...so kiranya aku dah cipta resepi baru la kan,hehe...

Ok la aku dah penat bercerita jom layan gambar-gambar sepanjang aku berraya kat Johor.

makanan utama orang bugis masa raya..(Burasak)

 
 Raya kedua jalan-jalan di Pontian..

 aku & ahm...suka sangat gambar ni

 bersama adik ipar..aku yang paling tinggi dan besar,hehe...

 Kat Tanjung Piai..
Ahm & Tanjung Piai, bagus untuk memancing...
memang best dapat tgk singapore dari jauh...

 Duta Tanjung Piai Resort

Majlis Korban...Raya ke 4...Sepupu ahm buat Korban...

Tahniah Buat Proton Menjuarai Asia Pacific Rally Championship (APRC), Proton Kebanggaanku

48 hours Sticky Post. Scroll down for the latest entries.

 Tahniah Buat Pasukan Proton

Salam buat reader semua,

Dalam kehangatan kita bercerita dan melihat kejayaan Proton dalam penghasilan model terbarunya iaitu inspira, kita sekali lagi di beritakan dengan berita gembira apabila sekali lagi Jenama Proton melakar sejarah untuk tahun 2010 apabila menjuarai Asia Pasific Rally Championship (APRC) di China pada kedudukan 1-2 diatas podium.

 


“Bukti Proton Boleh! Dengan lahirnya Inspira”

Proton sememangnya tidak asing lagi dalam dunia motosport didalam Negara mahu pun luar Negara dengan pelbagai kejayaan yang telah dilakar sepanjang penglibatan dalam dunia motorsport ini.

 Sebelum ini Proton pernah 3 kali menjuarai kejohan ARPC sepanjang penubuhannya, iaitu bermula dari tahun 2001, 2002 dan 2004 Pasukan Proton sering donobatkan juara. Pada tahun 2002 juga proton memenangi  Produksi Mobil Fia Word Rally Championship (WRC)

Setelah berehat dalam tempoh 5 tahun bermula dari 2004-2009 akhirnya sekali lagi Proton menjuarai  tempat 1-2 di China. Bukan setakat itu sahaja, Proton di nobatkan sebagai pemenang ke -2 bagi kategori Manufacturer’s Championship.

"Chris and Ben

Hanya dengan jentera Satria Neo S2000 Proton mampu menyaingi semua pengeluar kereta yang handal seperti Mitsubishi dan Subaru. Ini membuktikan Proton Malaysia juga mampu mengalahkan pasukan-pasukan hebat diluar sana.

Secara tidak langsung Jenama Proton dapat diangkat lebih atas lagi dan dikenali sebagai satu jenama yang akan digeruni. Dengan kemenangan proton ini juga dapat membuktikan jentera Satria Neo memang hebat, kuat dan mempunyai prestasi yang tinggi. Dengan cara ini juga Proton dapat meluaskan penjualan jenamanya dinegara-negara pengimport jenama proton.



Harapan selaku rakyat Malaysia diharapkan suatu hari nanti Pasukan Proton dapat bersaing di WRC dengan jentera yang baru dilancarkan Inspira. Buktikan juga yang suatu hari nanti rakyat tempatan juga mampu menjadi pemandu untuk pasukan Proton. 

Sunday, November 7, 2010

Habil & Qabil - Slot Samarinda Free Download


Disini saya ingin kongsikan Drama Habil & Qabil yang disiarkan di TV3 setiap hari Selasa, Rabu & Khamis jam 10.30 malam.

Berikut adalah Sinopsis Drama Samarinda Habil & Qabil:

Habil dan Qabil ialah kisah dua orang lelaki yang lahir pada hari yang sama, tapi dibesarkan dalam dua keluarga yang berbeza. Mereka selalu bersaing di sekolah hinggalah ke dunia korporat. Lepas tu jatuh cinta pulak dengan wanita yang sama. Persaingan yang hebat ni..siapakah yang dapat menambat hati wanita tu? Habil atau Qabil? Berdasarkan kisah Nabi Adam dulu, Habil dan Qabil ni memang jatuh cinta pada wanita yang sama kan? Dua hero hebat ni Zed Zaidi dan Aaron Aziz akan bertarung dalam drama Habil dan Qabil :)

Cerita bermula...Habil Najmi (Aaron Aziz) dibesarkan oleh Yusoff (Azhan Rani) dan Umairah (Zila Bakarin) setelah ditinggalkan oleh ibu kandungnya, Habibah (Abby Nazri). Habil ditatang bagai minyak penuh oleh Umairah tetapi Yusoff selalu bersikap garang terhadap anak angkat ini.

Qabil Iskandar (Zed Zaidi) pula dilahirkan dan membesar di keluarga yang mewah. Ayahnya, Qamarul (Rashidi Ishak) seorang pengusaha tanah yang berjaya tetapi jarang meluangkan masa bersama isterinya, Intan (Abby Abadi) dan Qabil kerana terlalu sibuk dengan urusan kerja. Qamarul yang bersikap dingin dengan Intan juga mengesyaki Qabil bukan anak kandungnya sebaliknya anak Intan bersama bekas kekasihnya, Smith (Geofrey Perrin Williams). Sementara itu, Qamarul juga sering terganggu dengan kisah silamnya di Kampung Sungai Manik.

Walaupun Habil dan Qabil belajar di sekolah berasrama yang sama di bandar, tetapi mereka tidak berkawan rapat dan sering bersaing dalam akademik dan sukan. Selepas tamat sekolah, Habil dan Qabil membawa haluan masing-masing sehingga bertemu kembali di dunia korporat. Kini, Qabil sibuk menguruskan syarikat arwah ayahnya yang telah bergabung dengan syarikat ayah tirinya, Smith iaitu Syarikat Qam & Smith Properties.

Sejak kematian suaminya, Intan telah memberi kepercayaan penuh kepada Smith dan tidak mengambil peduli mengenai hal ehwal syarikat. Habil pula berjaya memiliki syarikat sendiri. Habil menganggap pelaksanaan projek padang golf Qamarul di tanah Yusoff telah memusnahkan kehidupan Yusoff dan Umairah. Justeru itu,

Habil telah bertindak agresif untuk merampas semua mega projek Qam & Smith Propertis untuk membalas dendam. Mereka bukan sahaja bersaing dalam perniagaan tetapi juga jatuh hati kepada Maria (Siti Saleha). Tanpa diketahui, Maria juga menyimpan agenda sendiri selepas memutuskan untuk mengahwini Qabil.
Akhirnya Habil, seorang insan yang gigih dan pendiam berubah agresif kerana sentiasa mahu bersaing dengan Qabil yang membesar dalam kemewahan.

Dalam drama ni Maria (Siti Saleha pelakon baru) memegang watak hitam dan Habil di akhir cerita menjadi lumpuh dan sementara Qabil pulak mati kerana tekanan hidup sebelum dapat bertemu dengan Habil..oopps terlebih sudah, nampaknya cerita ni sedih kan..

Saksikan kesudahan drama Habi dan Qabil di tonton.com.my & TV3


Link Download Drama Slot Samarinda Habil & Qabil boleh di download terus di bawah :

Nota: akan diupdate dari masa ke semasa

Episode 1 -   Link 1, Link 2
Episode 2 -   Link 1, Link 2
Episode 3 -   Link 1, Link 2
Episode 4 -   Link 1, Link 2

Episode 5 -   Link 1, Link 2
Episode 6 -   Link 1, Link 2
Episode 7 -   Link 1, Link 2
Episode 8 -   Link 1, Link 2

Episode 9 -   Link 1, Link 2
Episode 10 - Link 1, Link 2
Episode 11 - Link 1, Link 2
Episode 12 - Link 1, Link 2

Episode 13 - Link
Episode 14 - Link
Episode 15 - Link1, Link 2
Episode 16 - Link 1, Link 2

Episode 17 - Link1, Link 2
Episode 18 - Link1, Link 2
Episode 19 - Link1, Link 2
Episode 20 - Link1, Link 2

Episode 21 - Link 1, Link 2
Episode 22 - Link 1, Link 2
Episode 23 -Link 1, Link 2
Episode 24 - Link 1, Link 2

Episode 25 - Link 1, Link 2


Link diatas akan diupdate dari masa ke semasa..

Semua fail menggunakan format *.flv.. Perisian *.flv boleh didownload di 4shared.com

Tag : Free Download Drama Samarinda Habil & Qabil, Sinopsis Drama Samarinda Habil & Qabil

Friday, November 5, 2010

5 Buffered Earning 1 Metered Earning

Salam Readers,

Alhamdulilah sepanjang aku berblog dan join dengan nuffnang, nilah kali pertama aku dapat campaign buffered earning sebanyak dekat bawah ni.

Mungkin kali ini rezeki aku pulak sebab selama ni aku jarang-jarang dapat buffered earning, kekadang 2 bulan adalah satu buffered earning yang singgah.. tapi kali ini rezeki murah sebab 5 sekali campaign buffered earning tengah terbang dalam blog aku.


Terima kasih nuffnang, terima kasih juga kepada Nokia, Pizza Hut, Bank Islam, Digi, Hiz.fm dan juga Celcom.Harap-harap next time nuffnang sudi berikan lagi campaign ye.. hehehe

Thursday, November 4, 2010

Konvoi 136 Ekor Ulat Bulu.. team working


Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini;
Surah Al Furqan 25:63

UNGKAP RAHSIA YANG MAHA AGUNG

South Africa Isnin 6 September 2010: Sebanyak 136 ekor ulat bulu berkonvoi beratur rapat sepanjang 17 kaki membuatkan pemandu kenderaan pelancong terlihat peristiwa aneh itu lalu memberhentikan kenderaannya selama 20 minit untuk memberi laluan kepada ulat-ulat tersebut.


Jamie Rooney,38, bersama pelancong-pelancong lain dalam perjalanan dari melawat Kruger National Park,South Africa sempat merakam periistiwa aneh itu. Ulat-ulat bulu ini berpindah daripada tempat ia menetas menuju ke belukar kemudian berpecah ke haluan masing-masing menjadi kepompong sementara menunggu masa untuk berubah menjadi seekor rama-rama yang cantik.

Tindakan ulat-ulat bulu ini berbaris panjang telah menyelamatkan mereka daripada maut dilanggar kenderaan. "Berhati-hati dan bersopan di jalan raya dapat mengelakkan tragedi yang tiada sesiapa mengingini". SubhanAllah, Allahua’lam…

Monday, November 1, 2010

RAHSIA TAUGE

Menu TAUGE untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita. Tauge dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan.

Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.




Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.
Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.
Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)

Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.
Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.
Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.

Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.
Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya.

Jadi apalagi, mari kita ramai-ramai makan tauge hari-hari.
Related Posts with Thumbnails